Tuesday, April 9, 2013

1st time nak post tentang politik

Politik???Oooppss...ummi tak campur politik... Daftar pun tak...camner nak ngundi ni..?hehe
Parlimen dah dibubarkan, pilihanraya akan menjelma tak lama lagi.. Bendera-bendera kempen dah berkibar sepanjang jalan. Dalam berita pun tak habis2 cerita politik...
Ummi tak suka orang2 yang EMO cakap tentang politik.. Macam nak gaduh..huhu.. Kita kan ISLAM..itu lagi penting.. Jagalah maruah sesama saudara. Walaupun ummi pegawai kerajaan, tak semestinya ummi sokong kerajaan & tak semestinya ummi sokong pembangkang. Tapi bagi ummi, sesiapa yang mengundi tu, ummi & semua rakyat Malaysia berharap pilihlah yang betul2 dapat menggunakan duit serta amanah ALLAH dengan cara yang betul.. Tu je, sebab yang bagi rezeki bukan kerajaan, tapi ALLAH... Kita hanya memilih orang-orang yang betul amanah & boleh dipercayai untuk melaksanakan/menjalankan tanggungjawap menguruskan amanah ALLAH ini kepada rakyat... Ingat!! mereka ini kita pilih untuk menguruskan rezeki/amanah dari Allah, tapi bukan mereka ini yang beri rezeki...

Apa yang ummi belajar Sirah dulu, kepimpinan selepas wafatnya Rasulullah SAW melalui musyawwarah.. Konsep yang digunakan sahabat semuanya berlandaskan ISLAM(point nya di sini adalah ISLAM..bukan matlamat menghalalkan cara yg mementingkan duit, pangkat & kesenangan semata-mata)
Bayangkan bagaimana Abu Bakar R.A. memerangi orang-orang murtad (keluar dari agama Islam) selepas wafatnya Rasulullah SAW. Konsep kepercayaan & kepimpinan para sahabat membuatkan program tersebut berjaya.
Pada zaman kepimpinan Umar Al-Khattab(Amirul mukminin). Beliau meletakkan diri beliau sebagai rakyat bagi merasai sendiri penderitaan rakyat untuk memberi zakat yang hak(benar) serta adil.
Teringat ummi tentang cerita ustazah masa di tingkatan di sekolah dulu..
"Beliau(Umar) menyalakan lampu di malam hari, seperti rakyat2 lain. Beliau berbincang dengan menggunakan lampu tersebut untuk urusan kenegaraan. Apabila orang yang berbincang-bincang dengannya membicarakannya hal-hal di luar urusan kaum muslimin, maka beliau memadamkan lampu. “Lampu ini milik Negara. Oleh kerana itu, tidak benar jika digunakan untuk keperluan peribadi.”
"Beliau sering meronda di waktu malam untuk memerhati rakyat jelatanya dalam keadaan seperti mereka juga(rakyat). Beliau meronda dari satu kampung ke satu kampung sehingga 5batu jauhnya.. Ingatkah lagi anda cerita ini??di mana Umar/Amirul mukminin ternampak seorang ibu merebus batu untuk melekakan anak-anaknya sehingga mereka tertidur kelaparan? Dan dengan rasa bersalah Amirul Mukminin balik ke BaitulMal dan memilih tepung & minyak yang paling bagus, dipikul di atas badannya sendiri untuk diberikan kepada ibu tersebut. Malah memasak sendiri tepung tersebut buat anak-anak yang kelaparan itu.. SubhanALLAH.. 
Ummi tiba-tiba teringat cerita abi tentang Khalifah Umar Abd Aziz. Di bawah kepimpinan Khalifah Umar, tiada seorang pun rakyat mustahiq atau yang menerima zakat. Semuanya muzakki..yang memberi zakat. Betapa makmurnya kepimpinan di bawah khalifah Umar. 
Khalifah Umar tidak pernah juga membeli pakaian rasmi untuk ceramah(hal-hal kerajaan) menggunakan duit BaitulMal. Beliau hanya mempunyai sepasang baju untuk ceramah & pada suatu hari sambil memberi ceramah beliau mengipas2 bajunya.Setelah selesai ceramah, salah seorang sahabat menghampiri beliau dan bertanya, “Baginda, ada apa gerangan engkau mengikas-ngipaskan bajumu?”. Kemudian Khalifah Umar menjawab “Bajuku basah, aku cuma punya satu baju, tadi aku cuci dan sekarang aku pakai kembali”.
Mendengar jawaban tersebut tentu saja sahabat sangat kaget. Sahabat kemudian bertanya “Mengapa engkau tidak membeli baju saja dari dana Baitul Mal, engkau adalah pemimpin kami”. Mendengar pertanyaan tersebut khalifah umar kembali menjawab “Ah tidak usah, Aku tidak ingin memberatkan dana umat”.

Sumber: Buku-buku khalifah/kepimpinan abi kat rak buku. Musim pilihanraya bagus baca..hehe



Ummi hanya berdoa semoga kita dapat pemimpin2 yang amanah, baik & bertanggungjawap dalam melaksanakan urusan & amanah ALLAH ini. Ingat, semuanya akan di soal di akhirat nanti..
Dalam sebuah pemerintahan harus ada pemimpin yang adil dan mahu berkorban untuk rakyatnya. Selain itu, pemimpin harus dibantu oleh ahli-ahli parlimen yang punya karakter seperti Abu Bakar yang bekerjasama, Umar yang berani dan bertanggungjawap, Utsman yang kaya raya dan dermawan, serta Ali yang punya jiwa pejuang tak kenal lelah.***
Ummi nak kongsikan cerita PAKCIK & ABG POSMEN ni...macam related sangat dengan post ummi kali ini.. :)

Alkisah posmen…

Ada seorang pakcik tua suka menerima surat.

Setiap hari dia akan menunggu kedatangan posmen.

“Terima kasih banyak-banyak. Anta paling hebat di dunia. Tiap-tiap hari ada surat untuk pakcik,” pakcik itu memuji posmen.

“Pakcik, ana ini penghantar surat sahaja,” jawab posmen itu.

“Tidak. Tanpa anta manalah surat ini dapat datang,” jawab pakcik itu kembali.

Pakcik ini menjadi terlalu memuja posmen.

Satu hari, di bulan Ramadhan…

Pakcik menunggu surat, tapi posmen tidak berhenti di depan rumahnya.

Untuk 4 hari berturut-turut, posmen tidak berhenti.

Hari ke 5, pakcik tak tahan, lalu menahan posmen.

“Mengapa anta tak hantar surat pada pakcik?” sergah pakcik itu.

“Sebab tak ada surat untuk pakcik,” jawab posmen itu.

“Mana mungkin tak ada surat. Sebelum ini, tiap-tiap hari anta akan hantar surat pada pakcik,” sergah pakcik itu lagi.

“Ana penghantar surat sahaja pakcik. Kalau tak ada orang hantar surat pada pakcik, ana tak ada apa yang boleh hantar pada pakcik,” jawab posmen dengan penuh sabar.

“Kalau tak ada surat, buatlah surat untuk pakcik! Itu pun tak tahu,” jawab pakcik itu.

Selepas seketika, surat pakcik mula datang kembali.

Satu hari, posmen itu memberitahu pakcik, “Besok ada orang baru ganti ana. Ana dah naik pangkat.”

“Habislah surat pakcik,” keluh pakcik itu.

Posmen tidak berkata apa-apa.

Besok posmen baru mula menghantar surat pada pakcik. Kebimbangan pakcik bahawa suratnya tidak sampai selepas posmen bertukar hilang bila posmen baru mengirimkan surat kepadanya.

“Bagusnya posmen baru ini. Surat masih datang seperti biasa. Tak sangka tukar posmen pun dapat lagi surat seperti biasa,” kata pakcik seperti biasa.

Anak pakcik yang mengirim surat setiap hari ke pakcik. Di bulan Ramadhan, anak pakcik kemalangan masuk hospital, tak sempat kirim surat, tapi juga tak beritahu pakcik kerana bimbang dia risau…

Begitulah kisah di mana pakcik terlalu memuja kebesaran posmen yang menghantar surat kepadanya, sehingga terlupa bahawa surat datang daripada pengirim surat. Posmen ini hanyalah pengirim sahaja. Jika ada surat, posmen akan hantarkan walau bertukar orang.

Begitu juga rezeki kita di bumi Allah. Rezeki kita Allah yang tentukan. Manusia jadi pengirimnya – kadangkala kerajaan jadi pengirimnya. Ada yang terlupa perkara ini sehingga menganggap kerajaanlah yang menentukan rezeki mereka. Walhal kerajaan ini pengirim sahaja. Bertukar kerajaan tidak akan menyekat rezeki yang Allah dah tentukan. Allah akan cari pengirim lain sekiranya rezeki itu dah ditentukan untuk kita.

Dapat cerita ini?

Senyum.(Sumber: FB Dato' Tuan Ibrahim)

4 comments:

anna alaui said...

suka sgt entri ni...nak share citer posmen ni boleh x ummie?

UmmiAbi said...

Anna:
Dipersilakan share.. (^,^)

Ku said...

mohon share

Ku said...

mohon share

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...