Wednesday, March 20, 2013

Solat tetap wajib di kala hendak bersalin

Sejak akhir-akhir ni, ummi banyak search tentang info-info bersalin, selepas bersalin & parenting tips. Huhu..nervous tau nak menyambut kelahiran baru walaupun dah pernah mengalaminya. Orang kata, semua pengalaman bersalin ni lain-lain. Yang mana boleh dikongsi, ummi kongsikan...Ada juga yang tak boleh tu ummi masukkan dalam documents ummi. Semua untuk rujukan menyambut insan tersayang. Banyak juga yang telah dipraktikkan masa bersalinkan Wafa Sofea. Alhamdulillah, abi juga banyak membantu.

Dalam ummi ngah cari info-info berguna ni, ummi terbaca 1 info yang sangat3 berguna untuk ibu2 yang hendak bersalin macam ummi ni, ianya tentang solat tetap wajib di saat kelahiran bayi...Ummi perasan, ramai jugak ibu-ibu yang tidak buat atau sememangnya mereka tidak tahu perkara-perkara wajib tetap wajib walaupun kita sedang menghadapi SAKARATUL MAUT sekalipun. Ada ibu-ibu yang mempunyai banyak masa sebelum bersalin, ada yang terus bersalin & ada juga yang tidak sedarkan diri sampai tiba saat bersalin(macam ummi). Ibu-ibu yang ada masa, boleh menunaikan perkara wajib di saat menunggu bersalin. Jom ummi kongsikan di sini ye. Ummi pun tak tahu kali ni pengalaman bersalin ummi macam mana. Jika ummi terpaksa tunggu lama, ummi harap Allah kuatkan rohani & jasmani ummi untuk menunaikan solat..Amin..

Sedikit perkongsian yang diharap dapat memberi panduan buat semua mommies yg sedang preggy dan mungkin sedang menunggu hari untuk bersalin...

Seperti yang kita semua sedia maklum solat 5 waktu adalah WAJIB dan hukumnya berdosa jika ditinggalkan tetapi Bagaimana pula dengan solat bagi wanita yg sedang sakit bersalin dan sudah pecah ketuban atau keluar tanda (cecair dan darah)? Wajibkah untuk solat? atau tidak perlu lagi untuk solat?

Untuk itu, kita perlu fahami dulu beberapa jenis pendarahan yang keluar semasa hamil.

Darah yang keluar sebelum melahirkan anak adalah merupakan darah istihadhah. Ia tidak termasuk dalam kategori darah haid dan bukan juga darah nifas. Darah bercampur lendir ketika proses hendak bersalin juga dikira istihadah atau darah fasad (rosak)(darah penyakit) yang mewajibkan seseorang itu solat.

Oleh itu seorang wanita yang mendapat tanda-tanda bersalin sama ada keluar darah mahupun sebarang cecair, maka ia masih wajib mengerjakan ibadah seperti biasa.

Cara mengerjakan ibadah solat bagi wanita yang istihadahah adalah :

i) Membersihkan tempat keluar darah tersebut.

ii) Memakai tuala wanita

ii) Mengambil wuduk dengan segera

iv) Solat dengan segera

Sekiranya darah keluar sewaktu sedang melaksanakan ibadah solat, maka ia adalah dimaafkan dan solat tersebut adalah sah. Wuduk wanita istihadhah ini sah untuk satu solat fardhu dan beberapa amalan sunat.

##Credit: tanya-ustaz.com


Bagaimana pula sekiranya pecah ketuban?

Pecahnya air ketuban juga merupakan tanda awal proses kelahiran bayi. Pada asalnya, air ketuban bertindak sebagai kusyen yang melindungi bayi. Maka jelaslah di sini, ibu mengandung tersebut wajib mendirikan solat walaupun telah keluar air ketuban atau darah lendir tanda mahu bersalin.

Jadi di sini jika si ibu yg sedang sakit masih mampu berdiri dan solat seperti biasa, ibu bolehlah bersolat setelah membersihkan diri. Sekiranya tidak mampu, ibu boleh solat secara duduk (boleh rujuk seperti gambar di bawah) atau sekiranya tidak mampu boleh bersolat secara baring.

Bagaimana pula jika si ibu terlalu lemah dan tidak mampu untuk membersihkan diri dan tempat solat dari cecair dan darah yg keluar berterusan?

Situasi sebegini dikira situasi darurat yang mengharuskan perkara yang dilarang. Jadi si ibu harus solat secara baring tanpa membersihkan diri, tempat dan berwuduk. Si ibu juga tidak harus menangguhkan waktu solat kerana si ibu dijangka akan bersalin bila-bila masa. Darah yang mengiringi anak nanti dikira darah wiladah atau nifas. Nifas atau wiladah merupakan hadas besar bagi wanita. Justeru si ibu haram menunaikan solat sepanjang tempoh nifas.



Nota ummi:
Macam pengalaman ummi masa melahirkan wafa, air ketuban pecah di rumah & ummi serah diri di hospital, terus masuk labour room. So, memang ummi tak pernah masuk antenatal ward(wad sebelum bersalin). Dipendekkan cerita, ummi masuk labour room pukul 6pm(dah solat Asar di rumah). Then sampai je labour room doc terus pasangkan CTG memandangkan ummi nak bersalin prem-baby. Dah pasang CTG, memang tak boleh bergerak dah.. Pastu terus bagi ummi ubat untuk accelerate baby's lung (coz prem) & UBAT TIDUR..huhu. Dan..ummi tak ingat apa-apa dah..tidur sampai tiba-tiba terjaga sebab baby dah nak keluar. Terus bersalin & masa tu azan Isyak berkumandang. So, abi cakap masa waktu maghrib ummi memang tak sedarkan diri, boleh qadakan je bila dah habis tempoh nifas nanti. Solat Isyak dah tak boleh tunaikan sebab ummi dah bersalin(ada hadas besar iaitu wiladah & nifas). Haram bagi ummi jika tunaikan solat.

Untuk mengetahui lebih details tentang cara & keadaan bagaimana diwajibkan solat semasa hendak bersalin sila klik SINI. Siap ada contoh lagi..:)

4 comments:

Hani Razhani said...

terima kasih ummi atas info yang sangat bermanfaat ni. Kebanyakan ibu mengandung di hospital agak 'terbatas' pergerakan mereka. Jadi, ini dapat membantu ibu-ibu disaat2 darurat (^_^)

wanaxzmy said...

Alhamdulillah... ilmu untuk melahirkan kini bertambah.. terima kasih..

kewangan Islam said...

Alhamdulillah.. Sekadar berkongsi ilmu baru.
Sila layari: http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/708-status-darah-sebelum-bersalin.html

kewangan Islam said...

http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/708-status-darah-sebelum-bersalin.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...