Thursday, March 7, 2013

Pening nak bersalin di mana...#2(pakej bersalin)


Hi dear..Alhamdulillah..kandungan ummi hari ni 33minggu. Hati sangat berdebar-debar sebab kalau ikut pengalaman masa preggy Wafa 2tahun lepas, next week dah bersalin tau(Wafa SVD within 34weeks). Nauzubillah...ummi harap sangat kali ni baby dok lama sikit dalam perut ummi...Amin..Amin..Amin..(setiap hari pujuk baby..hehe)

Ummi tak boleh nak fikir lagi hospital/pusat bersalin pilihan. Setakat ni ummi survey je dulu. Entri kali ni sangat panjang sebab ummi nak buat rujukan hospital/pusat bersalin untuk masa akan datang. Nanti next and next baby, terus refer entri ni je..
Setakat ni dalam minda ummi hanya survey pusat bersalin dekat dengan rumah(Klang &Shah Alam) & dekat dengan ofis/UM(KL). Tapi ada beberapa hospital yang ummi terus pangkah sebab ada pengalaman tak best kat situ. Ramai cakap private layanan tip-top sebab kita bayar. Nope..UmmiAbi have paid for the worst service. Pernah terjadi kat kami.. Bukan sahaja masa pregnant, malah masa check up wafa pun. Wafa de merah2 kat badan & ummi risau denggi. So, gi check for platelet kt KPJ(KPJ mana, ummi xnak bagitahu..nt kena saman pulak..he). Result 2hari baru siap coz diorang takde lab sendiri(hal facilities lagi..huhu). For that day hanya bayar consultant rm100 tapi result & ubat kena datang 2hari lagi? Apa kes nak datang banyak kali, & anak pulak kita tak tahu status pun dah kena bayar.. Tu belum admit ward & lab charges lg. Belum pape dah mintak duit..Huhu..berkatkah? Abi masa tu bayar je sebab nak cepat2 tinggalkan hosp tu. At last kami pergi panel UM ummi & hari tu juga dapat result platlet & the result is normal. Maybe merah-merah kat badan wafa tu sebab ruam. Charges pulak, of course free sebab UM cover. Kawan ummi plak cakap nape tak bawak je ke PPUM darah wafa?kita buat ujian sama2 n buat blood count complete siap print nak bagi kat ummi.huhu...ummi boleh prick n ambil darah orang lain,tapi bukan anak sendiri..tak sanggup..*sigh*

Macam biasa, bila pregnant ummiabi tak kisah hosp mana cuma WAJIB doc perempuan. Abi sangat marah bila ummi pernah request kat kaunter nak doc perempuan & masa check up tetiba doc lelaki muncul. So, abi pergi balik kat kaunter untuk request balik doc perempuan. Masa ni check up kat UMRA. Diorang cakap Dr.Ummul kena masuk OT, & yang tinggal doc lelaki. So,diorang ingat ummiabi nak cepat n xkisah gender of doc, who said?abi tanye..kitorang sanggup tunggu daripada perut ummi digodek oleh doc lelaki..huhu.
Oh ya mummies & daddies..untuk kes check up, scan & bersalin adalah kes bukan darurat di mana kita boleh membuat pilihan & terdapat banyak alternatif. Pilihan kita untuk memilih hospital bersalin & pilihan kita juga merelakan atau tidak doc lelaki memegang aurat kita.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :
"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )
Sumber (kenapa WAJIB doc perempuan?)--->boleh baca details kat Ummuhusna
Benar kata-kata dari ummuHusna(isteri Ustaz Zaharuddin): 
"Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ".

Wajib doc perempuan
Para suami yg alert, boleh baca pandangan di SINI & SINI.

Alhamdulillah..walaupun ummi ditakdirkan bersalin di semi-government(PPUM) walaupun check up di private hosp, tapi dalam labour room masa lahirkan Wafa tu doc yang menyambut adalah perempuan & semua nurse yang membantu juga adalah perempuan...Syukur Alhamdulillah(^,^). Betullah kata orang, jika kita menjaga aurat kita, Allah juga akan menjaganya walau dalam keadaan macammana sekalipun. Allah sentiasa menjaga aib kita jika kita sendiri menjaga aib kita..

Tapi walau bagaimana keadaan & bagaimana cara kita merancang, jika ALLAH sudah tetapkan..kita terima dengan hati terbuka. Contohnya jika pergi kerajaan kita x boleh request doc kan..(tp lau boleh cakap, cakap je...mana tahu rezeki kan..,x salah bercakap. Ummi pernah request nak doc prempuan je masa scan & check up di PPUM,ok je..Nurse siap take note tulis depan file lagi..). Yang salah sebab kita diam & pasrah. Ini bukan redha..Redha means kita usaha. Dah usaha..Then Lau x dapat, baru redha..bukan pasrah sebelum berusaha. Jika kita dahpun request & berdoa, namun x dapat gak..barulah pasrah & berserah. Mungkin ini dugaan kita(bahagian masing2). Berdoa jela dipermudahkan time bersalin nanti,itu lagi penting kan..?

Ummi ada survey tentang pemilihan hospital di kalangan sahabat2 ummi & ade juga baca di blog2 sahabat yang berpengalaman.

Pros & cons private hospital?
  • - Suami teman 24 jam...Ada sesetengah hosp siap suami diizinkan untuk memotong sendiri tali pusat anak..
  • - Normal delivery charge dalam kemampuan..(Biasanya rm900-rm2k). Hmm,bagi ummi Jika takde orang support, bagi wanita bekerjaya kumpul duit poket sendiri pun masih mampu untuk bayar. Bukannya selalu kan kita nak bersalin.
  • - tapi banyak jugak hosp private tak de servis untuk bersalin c-sec/operate(alasan:xcukup facilities) bukan setakat c-sec, nak sambut anak kurang matang pun tak cukup facilities(ni kes ummi,huhu)..so kalau ape2 hal tetap hantar ke spital lain atau ke gomen jer..
  • - Boleh request doctor.(of course nak perempuan & muslimah kan..)
  • -Layanan tip-top. Dari segi penjagaan baby pun diorang take care betul2. [tapi ade gak kawan2 ummi gi private spital tapi layanan tak seberapa-walau bayar ratus2 pon]
  • - pernah masuk dan berada di wad bersalin dan kawasan labour room hosp private ni-tenang jer keadaan dalam tu..sejuk dan sunyi-tak kecoh2 ngan suara nurse atau bunyi pesakit2 yang boleh mengganggu emosi kita.
  • - Suami & saudara mara nak datang bila-bila masa pun tak kisah.
  • - bilik solat dan tempat rehat yang selesa dan dekat jer ngan wad(memudahkan pesakit & saudara mara juga)


Pros & cons Gomen hospital?
  • - Kena tunggu(ikut turn kalau nak masuk labour room coz selalu penuh)
  • - Diterima seadanya asalkan ada buku pink atau walk in pun kadang2 terima je hospital kerajaan ni(ummi dulu walk-in jer~hanya bawak IC)
  • -Untuk ward & tempahan katil, of course kena tunggu kekosongan. Pernah kawan ummi dok 1hari 1malam lepas delivered dalam labour room je coz wad penuh..huhu. Kalau nak wad kelas pertama lagilah...memang susah nak dapat walaupun ada kelayakan.huhu. Kawan ummi ada sorang sanggup cuti sebulan awal coz nak duduk wad kelas pertama di HKL..(haish...macam2 kan)
  • - Ada sesetengah hosp je yang benarkan suami masuk labour room. Even nak teman kat wad pun suami kena ikut waktu melawat. Tapi macam abi masuk je masa ummi warded di hospital ampang. Kata abi, pandai2lah nak hidup..hehee. Buatlah baik dengan staf & guard(bukan rasuah ye). Diorang pun manusia & ada juga yang faham situasi kita.
  • -Perasaan tak risau & selamat-kelengkapan kat hospital kerajaan adalah LENGKAP..jadi kalau ade ape2 kes pada ibu atau baby-tindakan akan diambil segera (in Syaa Allah)
  • - Bayaran?  berganda murahnya..!!! Lebih2 lagi kalau anda adalah kakitangan kerajaan--->Free of charge   ( tunjuk GL)..
  • - Tak boleh request doc samaada dapat doc lelaki atau perempuan..pakar atau tak..cina ker India ker...(yang ni ummiabi strict sket~kalau boleh request,cakap je..at least kita bersuara)
  • - Kalau kena warded, sorang2 handle walaupun 1st timer.
  • - Cara-cara breastfeeding & marmet boleh belajar bila-bila masa je dengan nurse2 @ doc kat hosp. Kalau perlu apa2, diorang memang sukarela mengajar kita.
Inilah sedikit sebanyak info-info tentang pros & cons di private ataupun gomen hosp. Antara keselamatan atau keselesaan. Ini hanya pendapat kawan-kawan ummi. Tapi macam maktok kata, bahagian masing-masing kan..Ada yang sakit masa preggy tapi x sakit langsung masa bersalin. Ada yang tak sakit dari preggy sampai ada anak.. Tapi mana yang kita boleh elak, kita elakkanlah..Betul x?
bergantung pada 'bahagian' yang dah Allah tentukan untuk kite..
kekadang..kite ni cerewet2 sangat pon..sudahnyer..ape yang kite paling tak nak tu lah..yang kite akan dapat...

Walau di mana pun kita bersalin, yang penting bagi ummi adalah BERSEDIA(dari segi mental & fizikal). Selebihnya bertawakal & doa-doa-doa pada ALLAH. Kat mana pun kita bersalin sakitnya tetap sakit cuma dari segi keselesaan & sape yang sambut kita yang berbeza.. Tapi  kita berhak memilih tempat yang selesa mengikut kemampuan masing-masing. Ya..memang tak dinafikan rezeki masing-masing waktu bersalin ada yang senang dan ada yang susah. Menanggung sakit berjam-jam. Ada yang kata kalau bayar mahal tapi layanan menghampakan baik bersalin Hospital kerajaan. So, tepuk dada tanya selera, iman & hubby. Yang paling penting saat ini adalah Doa..Redha hubby & keluarga..:)

Antara pendapat, komen & info yang ummi dah search...ummi kongsikan di bawah k..(untuk rujukan ummi masa akan datang) ~Terima kasih pada yang berkongsi~:
FEEDBACK HOSP K'JAAN
Klik untuk besarkan

Gomen fees(Harga semua orang mampu..murah kan..?)

FEEDBACK PRIVATE HOSP
Klik untuk besarkan
So far hospital/pusat bersalin yang termasuk dalam list ummi(dekat dengan rumah &tempat kerja) ialah:

If sakit di tempat kerja, of course ummi akan serah diri di PPUM@UMMC coz tingkat 1 je Kompleks Wanita(tempat bersalin) tu, ummi bekerja di tingkat 3..

Tapi ummi ada terfikir untuk bersalin di Hospital Ampang(tengok keadaan,jika ummi masih bertahan untuk ke sana). Yang ni terfikir sebab fikirkan Wafa Sofea... Boleh ambil Wafa kat babysister & sama2 ke Ampang. Hantar Wafa ke Bukit Indah Ampang(rumah maklong) & UmmiAbi terus serah diri ke labour ward Hosp Ampang. Abi akan temankan ummi kat situ & Wafa pulak kami taklah risau sebab maklongnya akan jaga sementara kami di hospital.

If sakit kat rumah, ummi ada beberapa hosp pilihan(yang berdekatan rumah-area Shah Alam ):
Inilah hosp terbaik & ummi takde pengalaman pahit dengan mereka...Antara yang menjadi pilihan ialah:

1) Klinik Bersalin Annur


2)Pusat Bersalin Barakah





3) Shah Alam Specialist Hospital (SALAM)
No. 2-14, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, Shah Alam
03-5548 5161 ‎



4) Darul Ehsan Medical Centre Specialist Hospital (DEMC) 

No 4, Jln Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam
03-5515 1888



5) KPJ Selangor Medical Centre
Lot 1, Jalan Singa 20/1,
Section 20,
40300 Shah Alam
03 55431111



Sharing dari blog my sis in law(share ye k'ti, nk buat rujukan)hehe


6) Pusat Perubatan & Bersalin UMRA
No. 18, Jalan Bola Tampar 13/14,
Section 13,
40000 Shah Alam
03-5518 4319



7) PUSRAWI
-Pusrawi kebanyakan kat KL. Semua dekat ngan UM..tapi semua tempat2 yang agak sibuk & jem..



Links for reference:
Senarai hospital private di Malaysia
Senarai hospital kerajaan di Malaysia
Senarai klinik kerajaan di Malaysia


Oh ya, ada juga hospital kerajaan yang menyediakan "private wing" ataupun "FPP"(Full Payment Patients).


Full Paying Patients (FPP) Scheme
Putrajaya Hospital and Selayang Hospital are currently the two MOH hospitals in the country offering the Full Paying Patient (FPP) scheme. Under this scheme, patients can opt for some of the comfort and convenience of a private hospital for some additional fees.
The two teaching hospitals in the Klang Valley, UMMC and UKMMC, also offer similar private hospital services in their private wings, but with slightly different benefits and costs compared to the description below.


FPP enjoy the following benefits:
Your choice of specialists; a doctor who will look after you from your first appointment till delivery.
Epidural when requested.
Your husband or a family member will be allowed in the delivery room (except in an emergency situation).
Your husband will be allowed to stay in a single room with you and your baby.
Daily menu with various meal options such as Malay, Chinese, Western or vegetarian food.
Priority lane for treatment at specialist clinics.
You can opt for a comfortable and private First Class or Executive Ward.


The cost for registration and consultation as an FPP at both these hospitals is RM110. Antenatal consultations are standardised at RM60.
Labour and delivery will cost between RM2,000 and RM5,000, depending on the type of delivery (normal, caesareanforcepsbreech and multiple births).
Other Charges:
-Operation Theatre
RM 250 per hour/part
-Labour Room
RM 250 per hour/part

FPPS Registration

-To register, patient must bring along the following document:
i. Identity Card/Birth Certificate /Visa/Passport
ii. Guarantee Letter (GL) from the company or insurance company stating their eligibility for the FPPS Scheme.
iii. Deposit
iv. Reference Letter / Appointment Card (if available)


Note: Patients who choose the FPPS Scheme should have to sign the FPPS Scheme Agreement Form /Consent Form
Dietary Menu for FPPS Patient
FPPS patients would be served with the menu based on the exiting menu for the First Class Ward.

Deposit/Down payment
Patients are required to pay a deposit based on the stipulated rates:
A minimum of RM 3,000.00 or 50 % of the estimated total cost of treatment whichever is higher.

Additional Deposits
Deposits are to be reviewed daily to ensure adequate balance of not less than RM 1,000
A letter of reminder for additional deposit is to be issued to the patient/ kin from time to time when the balance of the deposit falls to RM 1,000
Additional payments are to be made within 24 hours from the date of receiving the letter of reminder.




OK..penat sudaa jalan2 cari pusat bersalin..hehe..sekarang kena berdoa, istikarah & tawakal...Abi dah ada pilihan..Ummi xtahu lagi..hehe. Tapi rujukan dah ade, tak pening dah.. Nanti nak dekat bersalin ummi buka je entri ni...(^,^)
Untuk mummies & daddies-to-be yang ngah searching tentang Pusat bersalin & ongkosnya(tapi area KL & Sh Alam je), boleh juga rujuk sini. Sharing is caring..:)

7 comments:

Mooniqueen said...

Good Sharing... Memang tengah survey pun pasal price delivery ni.. TQ

Vitamom Liana said...

Tq kongsi info.. Sgt membantu :)

Tumpang lalu ye tuan tanah..
Saya ada menjual set ingin hamil, menyusu, berpantang & set kecantikan :)
http://thevitamom.blogspot.com
http://facebook.com/vitamom

QA's ~ mamapapa said...

salam,ummi.hi...ni k.imi..trjumpa blog ummi msa tgh google2 pasal hospital bersalin di KL & Selangor:)..ini anak ke3 inshaaAllah..kedua2 yg awal akak bersalin kt gormen kt kedah :) klau ummi x keberatan,k imi nk tnya 1 soalan..kt ppum lepas kita bersalin tukan dia jahit kt miss v kita tukan...episitomy ye..they olllsss bius tak dear?....pssttt..kt gormen they olllsss xbius tau...sakiiitttttt!!! :(((

Anonymous said...

malang bagi saya yang ssh untuk buka mulut untuk bertanya..
1st time checkup di ppum masuk bilik doc lelaki india,hilang maruah dan harga diri check payu dara perut dan yg paling menyakitkan hati doc india tu siap buat ujian pangkal rahim lg (pap swmr) malu jgn ckp la masa tu seperti dipukau. demi menjaga maruah suami aku rahsiakan sja. perlu ke buat pap tu utk pertama kali di ppum??.. lg sekali semasa melahirkan baby lg sekali malang meninpa di bidankan pula oleh doc lelaki cina alasannya di ppum tidak boleh req doc semasa bersalin.. so kepada kaum hawa di luar sana klu rasa nak bersalin di ppum berhati2 lah.. skg di ppum doc lelaki cina dan india rmi.. bos paling besar dia pun india prof ramish tak silap..

UmmiAbi said...

QA's:
Betul...Episiotomey is jahitan kat miss V(tupun jika doc gunting n terkoyak, lau x diorang takkan jahit)..
Kat ppum x bius..memang terasa jarum menembusi kulit(T,T)
Sebab tu kelahiran yang ke2 ni ummi belajar cara nak control n kuarkan baby. Takkan koyak if tahu caranya..In syaa Allah..
Anak ke 2 ummi lahir tanpa epi..Alhamdulillah..
http://nukilanummiabi.blogspot.com/2013/07/pengalaman-bersalin-itu-dugaantapi-bagi.html

UmmiAbi said...

Puan(anon):
Huhu...seramnya.. Dahla lelaki, kafir plk tu.... Klau ummi pun memang pengalaman pahit dah tu. Takpe puan... Ummi pun jadi geram pulak bila tengok PPUM ni byk pulak bwk masuk geng doc lelaki di bahagian bersalin. Org lelaki mmg xde specialist lain ke selain jadi bidan(bidang obstetric & gynae)?. Gynae tu sah2 perempuan je patients nya?huuuu(T,T).
Bertabahlah.. Mohon pada Allah kita tak "diusik" oleh Gynae lelaki. Sesungguhnya mereka tak layak. Tapi mcm ummi nyatakan...Jika boleh request..requestlah dear... Kita berhak bersuara untuk hak kita. Insyaa Allah, Allah bantu.. Doa byk2, jika kelahiran sebelum adalah pahit, jadikan kelahiran seterusnya kenangan manis pula..:)

Shariza Silk | House of Textile said...

Sis kalau kita nak pergi private wing nak rujuk mana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...