Monday, March 4, 2013

Pening nak bersalin di mana...#1


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam waminkassalam Tabarokta Yazaljalali wal Ikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..
Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..

Hi dear..baru-baru ni abi ada tanye ummi nak bersalin di mana kali ni? Abi memang tak kisah ummi nak bersalin kat mana...sebab kalau tentang duit Alhamdulillah abi dah siap-siap elocate atau peruntukkan untuk menyambut kelahiran ahli baru(sama macam Wafa Sofea dulu). Abi sentiasa simpan duit setiap bulan(walaupun sedikit) untuk kes2 macam nilah.. Harap anak-anak ummi pun macam abi..Istiqamah menyimpan duit walaupun sikit... Kita tak tahu kehidupan kita, kadang2 kat bawah, kadang2 kat atas..kan..?

Hmm..bab hospital mana ni memang ummi pening sikit. Yelah...kita hanya boleh merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.. Bila? Di mana?On due?Overdue? kena induce?normal vaginal delivery? or c-sec(cesarean section)?... semua dah termaktub cuma kita kena sentiasa berdoa moga Allah permudahkan. Persediaan dari segi menyambut baby, berpantang etc semua ummi boleh fikir & planning. Tapi bab hospital bersalin ni ummi serik..bukan pasrah, cuma lebih berserah pada ALLAH.. UmmiAbi dah mengalaminya masa nak bersalinkan Wafa Sofea dulu.. beriyer kami check up n scan semua kat private hospital. Tapi akhirnya ummi serah diri di UMMC(University Malaya Medical Centre@PPUM) iaitu semi-government hospital, sebabnya ummi kerja kat sini..Sah2 diorang terima ummi aka staf sendiri..*sigh*

Ummi ingat lagi...sepanjang pregnancy tu, ummiabi dah pilih hospital bersalin private(sekitar Shah Alam). Semua check up & scan(termasuk 4D & CD) untuk Wafa kami buat di hospital tersebut..sebabnya masa tu abi tak kerja UM lagi..takde masa nak teman ummi check up coz lau check up kat semi-gomen n full-gomen ni hari biasa n office hour. So, abi yang ketika itu bekerja di sektor swasta memang strict sikit..Tak boleh keluar sesuka hati & kerja pun banyak. Then, kami memang pilih private hosp sebab boleh check up lepas office hour. Pas maghrib n dinner terus siap2 nak gi check up. Macam tulah rutin kami. Semua scan n CD from private. Semua tu of course guna duit kan..? Normally kalau jumpa Gynae & scan=RM65 dan kalau termasuk CD & ubat=RM80. Then ummi akhirnya ditakdirkan ALLAH bersalin pada 34minggu(leaking tiba2). Abi call Gynae yang check up ummi, at last baru bagitahu yang hospital tersebut hanya menerima "normal delivery" yang 36minggu ke atas. Kami dahla 1st timer. Serius tak tahu langsung.. Ingatkan bersalin tak kisah kat mana & ada tempoh kehamilan tertentu yang diterima private..huhu. Ummi dulu memang tak buat research...Lagipun ummi takde masalah apa-apa masa preggy tu. Tiba-tiba Kun fayakun..leaking je menandakan Wafa nak keluar dah..Ummi pun tak rasa sakit. Boleh pulak gynae tu cakap diorang takde facility untuk baby yang kuar bawah 36minggu. Diorang takde warmer, alatan pernafasan, dll di mana full-gomen ada semua tu. Ni hospital bersalin..bukan klinik bersalin. Nama pun hospital..huhu, tapi tak cukup facility & terang-terangan taknak ambil risiko. Padahal Wafa Sofea keluar amat mudah. Dengan izin Allah Wafa xperlukan alat pernafasan dan lain2 peralatan untuk baby kurang matang. Amazing..doc pun terkejut, Wafa dapat bernafas sendiri, takde sebarang complication. Doc letak dalam katil baby biasa, macam baby2 normal yang lain. Cuma kami kena warded sebab baby tak cukup berat. Kawan ummi cakap, lau private tahu kes ummi ni mesti diorang nak sangat coz ummi bersalin normal, cuma perlu warded. Warded yang mahal kalau private. Harga katil n makanan lagi...Huh, tolongla...tersenyum ummi.Baru cakap 34minggu dah gelabah,tak cukup facility..*sigh*
Wafa prem baby..tapi duk atas katil baby biasa je..tanpa apa2 alat bantuan pernafasan. She is so adorable n independant..:)

Ummiabi rasa terkilan & ralat jugak. Paid for the nothing.. Kalau tahu diorang tak terima kelahiran 36minggu ke bawah & takde peralatan yang mencukupi & akhirnya PPUM yang sambut ummi, baik dari awal ummi check up n scan di PPUM je. Lagi dekat(ummi kerja di tingkat 3,gynae tingkat 1) & free of charge(untuk staf). Tapi takpela..kami redha...Kita hanya merancang kan.. Abi cakap apa yang penting, ummi & Wafa sihat & ALLAH permudahkan urusan ummi melahirkan Wafa. Mungkin kita dah berhabis ribu-riban masa ummi pregnant tapi Allah jimatkan dengan rezeki yang melimpah apabila Wafa lahir. Wafa lahir di PPUM tanpa kos, duit simpanan untuk lahirkan Wafa di hospital private buat kenduri Aqiqah yang agak meriah(abi lebihkan kambing sebagai tanda syukur) dan hasil sedekah Aqiqah Wafa lebih RM1000++(rezeki Wafa). Abi & ummi terus bukakan akaun Tabung Haji untuk Wafa.. Alhamdulillah...Thing happen for a reason. Semuanya ada hikmah..Yang penting kita redha...Terima kasih ALLAH..(^,^)

So far tak tahu lagi ummi nak bersalin kat mana..Ngah research gak ni... Kalaulah boleh bersalin kat umah je..tunggu doc je datang umah kan senang..hehe..bleh ker?Ingat anak raja??hehee..

3 comments:

Zee Suhaini said...

kalau dulu boleh la..hihi

UmmiAbi said...

Zee:
Dulu beranak bawah tangga pun boleh..hehe..Sihat walafiat je kan..?Sekarang msuk hosp macam2 kelengkapan, tapi byk gak problem ats kecuaian doc..huhu..Nauzubillah..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Moga semuanya selamat walau dimana pun ummi bersalin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...