Monday, March 18, 2013

Ibu bapa model sebenar ikutan anak


Hi dear, Ummi nak share ilmu pedoman yang ummi baca di Pama untuk pedoman ummi & sape2 yang tersinggah sini.. Moga kita dapat jadi "role model" anak-anak.

Tentu ada di kalangan kita mempunyai anak-anak yang ada kelakuan negatif seperti cepat ‘naik tangan’ terhadap adik-beradik atau ibu bapa dan gemar menjerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Bagaimana cara terbaik untuk menasihatikannya agar berkelakuan lebih baik dan bersopan? Ikuti kupasan lebih lanjut seterusnya.

Kesabaran papa dan mama ada kalanya teruji apabila berhadapan dengan kerenah si kecil terutama apabila di hadapan khalayak ramai. Sudah puas dinasihat, dimarah atau dipukul bagi tujuan memberitahu perbuatan tersebut salah namun si anak tetap tidak serik mengulangnya lagi.

Selain daripada belajar melalui buku atau guru di sekolah, kita juga belajar melalui pemerhatian. Tambahan lagi, belajar melalui pemerhatian atau pengalaman sendiri adalah lebih difahami dan berkesan berbanding method (cara) yang yang lain.

Biasanya orang yang paling dekat dengan kita akan menjadi sumber rujukan yang paling penting. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan belajar, memahami persekitaran termasuk perlakuan manusia, ibu bapa adalah sumber yang paling utama.

Merujuk kepada teori psikologi barat iaitu modelling atau juga dikenali sebagai social learning theory oleh Albert Bandura, kanak-kanak belajar meniru perbuatan orang dewasa. Jadi ibu bapa sangat bertanggungjawab mencorakkan kehidupan anak-anak pada peringkat awal.


Dengan kata lain, ibu bapa bertanggungjawab menyediakan platform untuk anak belajar tentang kehidupan. Islam sendiri sudah menggariskan panduan cara-cara mendidik anak dengan betul dan berkesan. Bukti yang paling kuat adalah hadis yang mengatakan “anak itu dilahirkan sebagai fitrah, suci bersih umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak itu….”

Salah satu garis panduan yang diberikan oleh ilmuan Islam adalah didik anak-anak sejak mereka dalam rahim lagi. Ia termasuk menjaga perlakuan dan berfikiran positif. Maka anak-anak akan mengikut cara kita.

Namun, kadangkala, walaupun kita sudah menjaga anak kita dengan baik sejak dalam kandungan namun anak-anak masih tidak mendengar kata. Itu disebabkan pengaruh persekitaran pula. Mungkin pengaruh luaran lebih mempengaruhi berbanding ibu bapanya.

Biasanya kalau ibu bapa tidak rapat dengan anak-anak, maka anak-anak akan lebih terpengaruh dengan persekitaran luaran. Misalnya ibu yang sedang hamil anak kedua atau seterusnya telah mengabaikan anak dengan tidak sengaja.

Di samping itu, perlunya ibu bapa menjaga anak-anak yang semakin membesar dengan pelbagai kerenah membuatkan tidak dapat lari daripada rasa stress. Jadi sudah tentulah apabila kita sudah penat dan stres, maka cepatlah kita naik angin dan naik tangan. Justeru, tanpa disedari, perbuatan ini menjadi ikutan kepada anak.

Semakin kerap papa atau mama naik tangan, semakin cepatlah dia naik tangan. Si kecil yang baru berusia dua hingga enam tahun, memang sangat suka meniru perbuatan orang. Selain itu, ia adalah suatu cara untuk menarik perhatian papa dan mama.

Mungkin sebelum ini dia sering mendapat perhatian. Jadi apabila, perhatian semakin kurang dan dia dapat merasakan kehadiran orang baru, maka sebab itulah dia mudah baran dan naik tangan.

Jadi, ibu bapa perlu bersabar supaya tidak cepat naik tangan juga. Gunakan reverse psychology untuk menangani anak yang panas baran. Contohnya, memberikan denda seperti tidak boleh bermain dengan barang permainannya sehingga dia berkelakuan baik. Tetapi, anda perlu konsisten dengan cara ini sehingga anak-anak faham cara didikan.

Sekiranya hanya sekali-sekala maka susahlah untuk membentuk mereka. Terangkan kepadanya kenapa anda berbuat demikian. Di samping itu ibu bapa perlu panjatkan doa pada Allah agar anak-anak menjadi anak yang mendengar kata.

Tahukah anda
Rasulullah mendidik anaknya dengan cara bersikap adil dan tidak pilih kasih.
Sikap pilih kasih dan tidak berlaku adil kepada anak-anak terutamanya yang masih kecil dan banyak kehendak, boleh jadi mengakibatkan tekanan dalaman, seterusnya protes dalam diri anak itu. Hubungan kekeluargaan bukanlah satu pertandingan yang perlu ada pemenang.

Nota ummi:
Alhamdulillah...Wafa Sofea sejak tahu nak ada adik ni dia makin matang. Kalau salah, mesti minta maaf..Kalau buat ummiabi marah, pastu mesti datang buat2 bagi remote or biskut or apa2 konon memujuk..hehe. Kalau nangis nak sesuatu, ummi cakap "diam dulu, baru ummi bagi". Then dia nangis lagi..Ummi cakap," Lor..nagis lagi...ummi tak boleh bagilah..,tutup mulut..tutup mulut". Then cepat2 dia tutup mulut dengan tangan.Hehehee...kelakar, tapi ummi control buat muka tegas..hehe. Pastu ummi tengok dia balik " Haa, tengok..tak nangis dah...pandaiiii". Baru ummi bagi apa yang dia nak. Budak2 ni memang kne psycho kan..(^,^)
Tapi Wafa ni memang cepat terpengaruh dengan persekitaran. Apa yang ummi observed setakat ni, kalau dia ternampak budak-budak nangis or cengeng(ngada2) kat supermarket or di taska, balik tu mesti dia buat. Haishh..boleh plak kan.. Ummi pun tak tahu dia nak test or ujibakat terpendam???huhu.. Memang ummi perasan..kalau balik kampung maktok seminggu. So, ummiabi & maktok sekeluarga je melayan dia dengan penuh kasih sayang. Memang dia lain sangat. Baik je.. Balik KL pun dengar cakap, masuk rumah bagi salam(walaupun pelat) sebab dok tengok orang2 kg bagi salam bila datang umah maktok. Nak poop pergi blik air pun bagi salam sampaikan ummi kne perbetul balik. Ummi risau jugak ni. Kadang-kadang kita punyalah ajar anak-anak kita perkara positif, tapi persekitaran  menyababkan dia berkelakuan negatif. Itu kita tak boleh control..Berdoa & bertawakal jelah pada ALLAH. Moga ALLAH & para malaikat yang melindungi mereka jika anak-anak di belakang kita.. 

6 comments:

anna alaui said...

thanks ummi..boleh dijadikan rujukan 1 hari nanti..

Sue-Rya Qistina said...

thanks for sharing. nice sharing!
semoga kita dpt menjadi ibu bapa yg terbaik buat anak2 kita :)

IntaNBerliaN said...

Thanks utk entry ni.. tau x, kesabaran sgt2 penting dlm didik anak... alisha skrg ni pun, perangai dah menguji kesabaran.. bukan apa, suka sungguh menangis... siki2 nak nangis... kak ina selalu doa, mintak Tuhan tambahkan tahap kesabaran dekat kak ina dlm didik anak... macam2 ragam.. barulah tau, camne penatnya ibu kita jaga kita dulu...

*ohya, yg umi gtau aritu pasal bijik gelatin tu, yg mana ek.. yg biasa duk dlm botol ubat n dalam beg ke kasut ke.. yag tu ek...? tp kak ina tgk nama lain.. ke yg mana ek..

IntaNBerliaN said...

eh, smlm rasa xda yg *nota ummi tu kan...

haa betoi tu... persekitaran ni yg main peranan jugak... tu yg risau tu... mcm alisha ni pun sama.. tgk org sekali je dah pandai buat.. yg xelok lak tu.. contoh macam jelir lidah... tp yg bagus tu, nasib alisha xreti jelir lidah macam kita tau.. kalau dia nak jelir, lidah dia akan duk kat belakang gigi bawah... hahha

*ooo yang sarung ubat tu yer... alamakkk kak ina xda plak mkn ubat camtu.. xdalah sarung camtu..

Ummu Muhammad said...

bile adik wafa nk kluar? ;)

UmmiAbi said...

Anna:
Welcome dear..

Surya:
Sharing is caring:)

Intan Berlian:
Welcome k'ina..
Haha..perasan k'ina ye..Dh baca entri sndri bru tringat nak tmbah...kui3..
Btul kn k'ina..Kdg2 kita dah buat yg terbaik, tp environment plak yg diikut..huhu. Moga Allah dpt melindungi anak2 dr anasir2 luar yg kurang sihat:)

Ummu Muhammad:
Ummi baru 35minggu...Harap kali ni kuar on due. Dlu wafa kuar awal.. Nk byk pengalaman sket..hehe. UM doakan ye..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...