Sunday, March 10, 2013

Doa salam


Barakallahu lakum.

Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..
Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..



Kalau ada yang perasan..ada ker??hehe, Kebanyakan entri ummi akan mulakan/muqaddim dengan doa salam buat Anak-anak ummi, abi, family & muslimin muslimat... Ummi nak share sket kelebihan doa ni. Doa ni simple je, kan kita selalu baca selepas solat...

Ummi start amalkan bila dengar ceramah Ustaz Ismail Kamus dalam IKIM tahun lepas. Walaupun simple, tapi doa ni amat melindungi..In Syaa ALLAH:)

"Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam"
Ya Allah! Dikaulah Yang Bersifat Sejahtera, dari Dikaulah sahaja kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dengan kesejahteraan dan masukkanlah kami ke dalam syurga tempat yang selamat sejahtera, Maha Suci dan Maha Tinggi Dikau, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.


atau secara ringkasnya boleh baca ayat ni...
"Allahumma antas salam wa minkas salam,Tabarokta , Ya zaljalali walikraam"

Mengikut Ustaz Ismail Kamus, jika kita hendak buat sesuatu, mulakan dengan doa salam ni. Doa ni sebagai DOA SELAMAT untuk kita.. Mohon kita sentiasa dilindungi ALLAH dalam keadaan selamat~ 

Contohnya jika naik kenderaan, selain membaca doa naik kenderaan, sambung sekali dengan doa Salam ni. Kadang-kadang kita tak tahu dugaan & bencana berlaku walaupun kita dah baca doa. Ustaz ada bagi satu contoh kejadian di atas jalan raya. Walupun kita naik kenderaan & memandu dengan berhati-hati, tapi tiba-tiba kereta@pemandu lain yang datang hentam kita. Begitu juga dengan pejalan kaki, kita jalan berhati-hati di laluan pejalan kaki, tapi kereta atau motor tiba-tiba terbabas di atas laluan pejalan kaki & melanggar kita. Nauzubillah..

Doa Salam ini boleh juga kita amalkan semasa menghantar nak-anak ke nursery/taska/rumah bs coz kita hanya bertawakal pada ALLAH untuk menjaga anak-anak namun kita tidak tahu apa yang terjadi pada mereka semasa di taska/nursery. Kita hanya mampu berserah..Moga ALLAH yang dapat melindungi mereka dengan selamat..

Jika kita ternampak kemalangan atau sesuatu bencana yang buruk, istigfarlah & baca doa ini mohon dijauhkan. Ustaz Ismail Kamus cakap: "Ini tidak..lau nampak orang accident siap cakap~Ish,menyusahkan orang je" then bukan nak tolong, tapi tolong tengok sampai berjem2 jadinya...". Hmm..ada kebenaran juga kata-kata ustaz tu...

Moga kita sentiasa dilindungi Allah. Dugaan & bencana boleh berlaku di mana sahaja walupun kita sudah berusaha duduk di tempat paling selamat...

3 comments:

Surishariff said...

Suka baca blog ummi, ada byk info

UmmiAbi said...

Surishariff:
Terima kasih..syukran..Xie xie, arigato... buat ibu izzaiki..hehe. Mana yg boleh share, kita share kan..dpt ilmu bermanfaat,bleh bt bekalan akhirat nt..:)
Tp lau de merapu2 tu maaf ye..hehehe

Yumida Huda said...

nice sharing kak
menambah pengetahuan

tag akak:

http://umikasum.blogspot.com/2013/03/weeehu-giveaway-pggp-daku-amat.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...