Thursday, March 7, 2013

Bercakap dengan anak pun ada caranya


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam waminkassalam..wailaika ya'udussalam..Tabarokta Yazaljalali wal Ikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..
Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..


Rupanya bercakap/berbicara/menegur anak pun ada caranya. Kita tak boleh ikut sedap mulut je.. Semua perkara mesti kena fikir kan..?Think..think..think..

Apabila bercakap dengan anak...
~ fokus kepada perkara positif
~ elakkan daripada menggunakan banyak perkataan 'JANGAN'
~ elakkan daripada mengugut anak
~ guna 'sense of humor' untuk elakkan ketegangan.

Ummi pernah dengar ceramah supaya elakkan perkataan "jangan" dengan anak-anak. Tapi tak tahu caranya. Ada suatu hari tu ummi taknak Wafa masukkan jari dalam mulut. Ummi terfikir tak boleh cakap"Wafa..JANGAN masukkan jari dalam mulut". Tapi takde idea pulak. At last, ummi tercakap, "Wafa, tolong jangan msukkan jari dalam mulut". Ehh..ade jugak perkataan "Jangan". Adess.. Masa tu Wafa pun buat tak tahu je. Jari still dalam mulut. Maybe dia pun pening ngan umminya ni..hehee.
Then ummi fikir2 lagi, kena olah ayat...so,ummi cakap "Wafa sayang, jari ni kotorla...Eee..yek...kena letak kat bawah, kena basuh tangan dulu. Nanti Wafa nak makan biskut pulak" (kali ni memang xde perkataan "jangan" or "Tak boleh" kan).
Then automatik Wafa cakap, "Ummi..cuh ngan" {Ummi..jom basuh tangan}
Wow amazing kan... Wafa ikut cakap ummi & mudah faham. Betullah percakapan dengan anak-anak pun kena jaga...X boleh main lepas je(^,^)



So, nak share dengan mummies & daddies pulak. Cara ni memang berkesan. Secara tak langsung menjadikan anak kita berbicara dengan baik & sopan..:)

Iklan:
video
Wafa dah tahu tangan kanan untuk makan. Semalam ummi tanya, "Nak makan guna tangan mana?"
Wafa dengan semangat jawap "Ni..anan" [Ni..tangan kanan] sambil tunjuk tangan kanan..(^,^)
Lepas ni bolehla ummi ajar Wafa menulis, melukis dengan tangan yang Afdal..tangan kanan..:) Sunnah Rasulullah memulakan sesuatu dengan bahagian kanan..

7 comments:

Nory Zoulkefle said...

dalam mendidik anak ni, kita kena bijak menyusun kata dan pandai pilih ayat2 yg bersesuaian kan..

nice entry..

boleh dijadikan rujukan untuk nory kelak..=)

anna alaui said...

betul tu..kite tak boleh ckp jgn atau tak boleh kt anak2..tak boleh ckp bnda2 negatif dpn anak2..

UmmiAbi said...

Nory:
A'ah...betul tu..diorang ade perasaan jugak.kan...


Anna:
Anak2 ni amanah ALLAH..Kalau diorang buat silap, bukan salah diorang sebenarnya..tapi kena kaji balik diri kita sebagai parents yg mnjadi role model..huhu

Mooniqueen said...

ya allah rupanya banyak perkara yang tak betul dah MQ ajar kat anak.. Kena perbetulkan cepat2 ni.. selama ni kita rasa kita betul, tp salah...

UmmiAbi said...

MQ:
Xper MQ..kita sama2 belajar...Yang mana salah sama2 tegur tau. Moga anak2 kita terdidik dengan baik..Kena gali ilmu untuk besarkan anak ni..huhu

najah said...

Salam,

Btol2... slalu je org cakap jangan cakap 'jangan' pada anak-anak tapi tetap tersasul gak... (haa tgk statement ni pun da membuktikannya)...

TQ sebab mengingatkan. kak boleh saya nak share info ni kat blog saya. sebagai peringatan untuk diri sendiri

www.najahghazali.blogspot.com

UmmiAbi said...

Boleh dear Najah.. Silakan..Moga bermanfaat..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...