Tuesday, March 26, 2013

Do you know how to clean smart?



Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..



Hi mummies...some tips for sharing with you..:)
OK..advertise this one 1st.. Saper cakap Coke halal?huhu
So, saper yg dah terbeli tu, boleh buat macam di bawah ok..:)
Do you agree??? Cleaning your toilet with coca cola will get out the nastiest stains! to clean a disgusting toilets, this trick leave the toilets looking like new! Other recommendations....Coke for cleaning soot off of the fireplace heat box, or outdoor grill. Interesting!

Now what are you thinking? the price of HARPIC or other Toilet Cleaner? Coke is certainly cheap...(^,^) I like benda JIMAT2 ni..hehe Jimat yang reasonable ok..
Huhu...do you think what i'm thinking?so if it can removes stains of the potty?? u can imagine what its doing to your body if u drink it?Asatagfirullah al-azim...

By the way mummies, baru2 ni ummi ada dengar talk anjuran UM about Chemical. Very interesting & good one for mummies. I listed a few ok...
1)Did You Know?Eye irritation during peeling onions can be reduced by
- Cutting under running water
- Chill the onions before cutting

Try it now Smarties(Dats y i chose chill the onions b4 cutting). Sebenarnya, kita pedih mata semasa memotong bwg tu bukan sebab percikan air bwg ye. Ini kerana bakteria yang terdapat pada bawang tersebut. Lagi lama terbiar di suhu bilik tanpa kulit, lagi banyak bakteria membiak. Kalau perasan, masa kenduri/rewang selalu pedih mata sebab kita kupas kulit siap2 then baru ramai2 potong bawang tu. So, semua bawang2 tu dah ada bakteria(tp jangan risau, bakteria di bawang adalah bakteria makanan). Maktok bagi petua kalau nak potong bawang, cucuk hujung pisau dengan seulas bawang, memang betul x pedih. As reasonable memang bagus macamtu coz bakteria semua akan pergi/tertumpu pada bawang di hujung pisau tu, so bawang yang kita nak potong jadi kurang bakteria & tak pedihkan mata..:)

2)Woman cleaning a cutting board with lemon - To remove tough food stains from light wood and plastic cutting boards, slice a lemon in half, squeeze onto the soiled surface, rub, and let sit for 20 minutes before rinsing. The best part? You'll have a house that smells like a lemon grove rather than chemicals.

3)Another Useful household tips:

4)1 cup water, 1 cup vinegar, 1cup alcohol, 2-3 drops dish washing soap..=amazing floor cleaner

5) Keep your microwave/oven clean..
Oh ya..x semestinya guna vinegar...coz ummi guna air paip/mineral pun clean & clear..Amazing..


OK..this one tips for abi & daddies out there..:)

OK..sharing is caring:)

Thursday, March 21, 2013

Jangan aibkan sesama muslim


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..



Renungan Jumaat Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh. Jom...ummi share kat sini ye..(^,^)
Moga mendapat manfaat...


Jangan aibkan sesama muslim
Kelak Allah tutup aibnya di akhirat

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."


Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa..."

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun."

Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen.
Yang lebih menyedihkan, keaiban seseorang menjadi isu di laman sosial seperti FB, blog, Youtube dll...lebih-lebih lagi di musim pilihanraya(politik)..

Moga kita bukan dari golongan mereka..Allahumma Antassalam..


Apa-pun bagi ummi, yang menentukan sikap negatif adalah hati. Hati yang bersih adalah dengan berfikiran positif. Untuk berfikiran positif, jangan angkat kita terlalu tinggi..Siapalah kita yang hina di sisi ALLAH & Rasul?? Wallahu'alam..



Wednesday, March 20, 2013

Solat tetap wajib di kala hendak bersalin

Sejak akhir-akhir ni, ummi banyak search tentang info-info bersalin, selepas bersalin & parenting tips. Huhu..nervous tau nak menyambut kelahiran baru walaupun dah pernah mengalaminya. Orang kata, semua pengalaman bersalin ni lain-lain. Yang mana boleh dikongsi, ummi kongsikan...Ada juga yang tak boleh tu ummi masukkan dalam documents ummi. Semua untuk rujukan menyambut insan tersayang. Banyak juga yang telah dipraktikkan masa bersalinkan Wafa Sofea. Alhamdulillah, abi juga banyak membantu.

Dalam ummi ngah cari info-info berguna ni, ummi terbaca 1 info yang sangat3 berguna untuk ibu2 yang hendak bersalin macam ummi ni, ianya tentang solat tetap wajib di saat kelahiran bayi...Ummi perasan, ramai jugak ibu-ibu yang tidak buat atau sememangnya mereka tidak tahu perkara-perkara wajib tetap wajib walaupun kita sedang menghadapi SAKARATUL MAUT sekalipun. Ada ibu-ibu yang mempunyai banyak masa sebelum bersalin, ada yang terus bersalin & ada juga yang tidak sedarkan diri sampai tiba saat bersalin(macam ummi). Ibu-ibu yang ada masa, boleh menunaikan perkara wajib di saat menunggu bersalin. Jom ummi kongsikan di sini ye. Ummi pun tak tahu kali ni pengalaman bersalin ummi macam mana. Jika ummi terpaksa tunggu lama, ummi harap Allah kuatkan rohani & jasmani ummi untuk menunaikan solat..Amin..

Sedikit perkongsian yang diharap dapat memberi panduan buat semua mommies yg sedang preggy dan mungkin sedang menunggu hari untuk bersalin...

Seperti yang kita semua sedia maklum solat 5 waktu adalah WAJIB dan hukumnya berdosa jika ditinggalkan tetapi Bagaimana pula dengan solat bagi wanita yg sedang sakit bersalin dan sudah pecah ketuban atau keluar tanda (cecair dan darah)? Wajibkah untuk solat? atau tidak perlu lagi untuk solat?

Untuk itu, kita perlu fahami dulu beberapa jenis pendarahan yang keluar semasa hamil.

Darah yang keluar sebelum melahirkan anak adalah merupakan darah istihadhah. Ia tidak termasuk dalam kategori darah haid dan bukan juga darah nifas. Darah bercampur lendir ketika proses hendak bersalin juga dikira istihadah atau darah fasad (rosak)(darah penyakit) yang mewajibkan seseorang itu solat.

Oleh itu seorang wanita yang mendapat tanda-tanda bersalin sama ada keluar darah mahupun sebarang cecair, maka ia masih wajib mengerjakan ibadah seperti biasa.

Cara mengerjakan ibadah solat bagi wanita yang istihadahah adalah :

i) Membersihkan tempat keluar darah tersebut.

ii) Memakai tuala wanita

ii) Mengambil wuduk dengan segera

iv) Solat dengan segera

Sekiranya darah keluar sewaktu sedang melaksanakan ibadah solat, maka ia adalah dimaafkan dan solat tersebut adalah sah. Wuduk wanita istihadhah ini sah untuk satu solat fardhu dan beberapa amalan sunat.

##Credit: tanya-ustaz.com


Bagaimana pula sekiranya pecah ketuban?

Pecahnya air ketuban juga merupakan tanda awal proses kelahiran bayi. Pada asalnya, air ketuban bertindak sebagai kusyen yang melindungi bayi. Maka jelaslah di sini, ibu mengandung tersebut wajib mendirikan solat walaupun telah keluar air ketuban atau darah lendir tanda mahu bersalin.

Jadi di sini jika si ibu yg sedang sakit masih mampu berdiri dan solat seperti biasa, ibu bolehlah bersolat setelah membersihkan diri. Sekiranya tidak mampu, ibu boleh solat secara duduk (boleh rujuk seperti gambar di bawah) atau sekiranya tidak mampu boleh bersolat secara baring.

Bagaimana pula jika si ibu terlalu lemah dan tidak mampu untuk membersihkan diri dan tempat solat dari cecair dan darah yg keluar berterusan?

Situasi sebegini dikira situasi darurat yang mengharuskan perkara yang dilarang. Jadi si ibu harus solat secara baring tanpa membersihkan diri, tempat dan berwuduk. Si ibu juga tidak harus menangguhkan waktu solat kerana si ibu dijangka akan bersalin bila-bila masa. Darah yang mengiringi anak nanti dikira darah wiladah atau nifas. Nifas atau wiladah merupakan hadas besar bagi wanita. Justeru si ibu haram menunaikan solat sepanjang tempoh nifas.



Nota ummi:
Macam pengalaman ummi masa melahirkan wafa, air ketuban pecah di rumah & ummi serah diri di hospital, terus masuk labour room. So, memang ummi tak pernah masuk antenatal ward(wad sebelum bersalin). Dipendekkan cerita, ummi masuk labour room pukul 6pm(dah solat Asar di rumah). Then sampai je labour room doc terus pasangkan CTG memandangkan ummi nak bersalin prem-baby. Dah pasang CTG, memang tak boleh bergerak dah.. Pastu terus bagi ummi ubat untuk accelerate baby's lung (coz prem) & UBAT TIDUR..huhu. Dan..ummi tak ingat apa-apa dah..tidur sampai tiba-tiba terjaga sebab baby dah nak keluar. Terus bersalin & masa tu azan Isyak berkumandang. So, abi cakap masa waktu maghrib ummi memang tak sedarkan diri, boleh qadakan je bila dah habis tempoh nifas nanti. Solat Isyak dah tak boleh tunaikan sebab ummi dah bersalin(ada hadas besar iaitu wiladah & nifas). Haram bagi ummi jika tunaikan solat.

Untuk mengetahui lebih details tentang cara & keadaan bagaimana diwajibkan solat semasa hendak bersalin sila klik SINI. Siap ada contoh lagi..:)

My BFF ubati pening/sakit(ubat mujarab)


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..

Hi dear...Harini datang kerja ada "ting tong" sket. Ummi pening2 lalat & gatal hidung sangat2. Dah lama ummi tak gatal2 hidung. Abi cakap ummi ada resdung. Huhu... Gatal hidung je resdung..heh~ Tapi ummi makan roti je, xde plak makan belacan ke..makan seafood yg menyebabkan resdung tu.. Haish..tapi gatalnya tepi2 hidung je... Dah macam clown dah hidung ni ummi tenyeh-tenyeh..hehe. Terseksa gak ni..huhu.

Tiba-tiba dapat private message dari BFF ummi.

Lepas baca & dengar lagu dari link yang BFF ummi bagi tu, terus hilang pening-pening dan gatal-gatal hidung. Amazing kan...??Serius..hilang..tak rasa apa2. Yang terasa hanya lega..hati berbunga2. Tersenyum-senyum je buat kerja. Itulah abi..sentiasa jadi doktor di kala ummi sakit. Itulah ubat paling mujarab & ajaib yang diberikan. Tak jumpa pun xpe..hanya gunakan "words". Sebab tu kalau ummi sakit kaki ke..pening ke..gatal mata ke..Semua nak text kat abi. At least abi reply "Jaga diri elok2" pun dah sembuh dah semua sakit2 tu. Ngada2?haha..ngan suami xpe kot ngada2..kekeke..
Lagipun abi pernah cakap, lebih baik text/bagitahu abi daripada sesetengah orang yang update status kat fb kan..(Hmm..betul gak). So, pada insan bergelar isteri tak payahla dok tulis status kat fb sangat..sbb yang ummi tengok, yang comment bukannya hubby dia, tapi orang lain sampai ada yang menyakitkan hati sendiri then mula gaduh-gaduh. Baik terus text/msg kat hubby. Orang lain tak tahu pun xpe..(lagi bagus). Biarlah kita & pasangan kita je yang tahu betapa romantikanya dia....(^,^).
Sejujurnya memang terus dapat "ubat" pening-pening/sakit ngada-ngada kita tu. Dialah BFF(Best Friend Forever) untill jannah.. Dialah sahabat yang boleh dipercayai..Dialah teman yang paling setia.. Dialah penyimpan rahsia yang boleh dipercayai.. So, buat ape update status untuk mendapat simpati orang lain kalau kita dah ada BFF??? Percayalah..suami adalah BFF yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada kita.. ALLAH hadiahkan...So, hargailah insan bergelar suami ini...





Nota ummi:
Lagu apa ye yang abi bagi link kat ummi tu?hehe..carilah sendiri...(^,^)
Biar apa pun cara suami kita untuk tunjukkan dia sayang kita..tapi hargailah dia.. Banyak sebenarnya dia berkorban untuk kita..:)

Apapun, yang paling tepat & dapat menyelesaikan masalah kita adalah....
Sebaik-baik pendengar & yang dapat membantu kita..:)

Tuesday, March 19, 2013

Contoh menjadi MODEL ikutan anak-anak


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..

Hi dear..pagi ni ummi buka FB Prof Dr. Rozieta Shaary banyak pulak tips & contoh berkenaan menangani anak-anak yang suka merengek ni. Bersesuaian dengan tajuk entri ummi semalam. Ummi nak share di sini. Manatahu kot2 ummi makin tua nanti makin hilang kesabaran untuk mengatasi perkara ni. Boleh rujuk sini..kan. Alhamdulillah..so far ummi dikurniakan Allah anak yang super cool macam Wafa Sofea tu. Senang nak handle. Ummi harap kita boleh jadi geng & sentiasa bersahabat baik sampai bila-bila ye wafa (juga buat adik wafa nanti). Jangan bagi ummi ada darah tinggi tau..hehe..

So..beware parents..


Moga bermanfaat..(^,^)
So, ummiabi..kalau wafa merengek, kena peluk. Lagi kuat merengek lagi kuat kena peluk...hehe..(Wafa memang suka dipeluk)

Monday, March 18, 2013

Ibu bapa model sebenar ikutan anak


Hi dear, Ummi nak share ilmu pedoman yang ummi baca di Pama untuk pedoman ummi & sape2 yang tersinggah sini.. Moga kita dapat jadi "role model" anak-anak.

Tentu ada di kalangan kita mempunyai anak-anak yang ada kelakuan negatif seperti cepat ‘naik tangan’ terhadap adik-beradik atau ibu bapa dan gemar menjerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Bagaimana cara terbaik untuk menasihatikannya agar berkelakuan lebih baik dan bersopan? Ikuti kupasan lebih lanjut seterusnya.

Kesabaran papa dan mama ada kalanya teruji apabila berhadapan dengan kerenah si kecil terutama apabila di hadapan khalayak ramai. Sudah puas dinasihat, dimarah atau dipukul bagi tujuan memberitahu perbuatan tersebut salah namun si anak tetap tidak serik mengulangnya lagi.

Selain daripada belajar melalui buku atau guru di sekolah, kita juga belajar melalui pemerhatian. Tambahan lagi, belajar melalui pemerhatian atau pengalaman sendiri adalah lebih difahami dan berkesan berbanding method (cara) yang yang lain.

Biasanya orang yang paling dekat dengan kita akan menjadi sumber rujukan yang paling penting. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan belajar, memahami persekitaran termasuk perlakuan manusia, ibu bapa adalah sumber yang paling utama.

Merujuk kepada teori psikologi barat iaitu modelling atau juga dikenali sebagai social learning theory oleh Albert Bandura, kanak-kanak belajar meniru perbuatan orang dewasa. Jadi ibu bapa sangat bertanggungjawab mencorakkan kehidupan anak-anak pada peringkat awal.


Dengan kata lain, ibu bapa bertanggungjawab menyediakan platform untuk anak belajar tentang kehidupan. Islam sendiri sudah menggariskan panduan cara-cara mendidik anak dengan betul dan berkesan. Bukti yang paling kuat adalah hadis yang mengatakan “anak itu dilahirkan sebagai fitrah, suci bersih umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak itu….”

Salah satu garis panduan yang diberikan oleh ilmuan Islam adalah didik anak-anak sejak mereka dalam rahim lagi. Ia termasuk menjaga perlakuan dan berfikiran positif. Maka anak-anak akan mengikut cara kita.

Namun, kadangkala, walaupun kita sudah menjaga anak kita dengan baik sejak dalam kandungan namun anak-anak masih tidak mendengar kata. Itu disebabkan pengaruh persekitaran pula. Mungkin pengaruh luaran lebih mempengaruhi berbanding ibu bapanya.

Biasanya kalau ibu bapa tidak rapat dengan anak-anak, maka anak-anak akan lebih terpengaruh dengan persekitaran luaran. Misalnya ibu yang sedang hamil anak kedua atau seterusnya telah mengabaikan anak dengan tidak sengaja.

Di samping itu, perlunya ibu bapa menjaga anak-anak yang semakin membesar dengan pelbagai kerenah membuatkan tidak dapat lari daripada rasa stress. Jadi sudah tentulah apabila kita sudah penat dan stres, maka cepatlah kita naik angin dan naik tangan. Justeru, tanpa disedari, perbuatan ini menjadi ikutan kepada anak.

Semakin kerap papa atau mama naik tangan, semakin cepatlah dia naik tangan. Si kecil yang baru berusia dua hingga enam tahun, memang sangat suka meniru perbuatan orang. Selain itu, ia adalah suatu cara untuk menarik perhatian papa dan mama.

Mungkin sebelum ini dia sering mendapat perhatian. Jadi apabila, perhatian semakin kurang dan dia dapat merasakan kehadiran orang baru, maka sebab itulah dia mudah baran dan naik tangan.

Jadi, ibu bapa perlu bersabar supaya tidak cepat naik tangan juga. Gunakan reverse psychology untuk menangani anak yang panas baran. Contohnya, memberikan denda seperti tidak boleh bermain dengan barang permainannya sehingga dia berkelakuan baik. Tetapi, anda perlu konsisten dengan cara ini sehingga anak-anak faham cara didikan.

Sekiranya hanya sekali-sekala maka susahlah untuk membentuk mereka. Terangkan kepadanya kenapa anda berbuat demikian. Di samping itu ibu bapa perlu panjatkan doa pada Allah agar anak-anak menjadi anak yang mendengar kata.

Tahukah anda
Rasulullah mendidik anaknya dengan cara bersikap adil dan tidak pilih kasih.
Sikap pilih kasih dan tidak berlaku adil kepada anak-anak terutamanya yang masih kecil dan banyak kehendak, boleh jadi mengakibatkan tekanan dalaman, seterusnya protes dalam diri anak itu. Hubungan kekeluargaan bukanlah satu pertandingan yang perlu ada pemenang.

Nota ummi:
Alhamdulillah...Wafa Sofea sejak tahu nak ada adik ni dia makin matang. Kalau salah, mesti minta maaf..Kalau buat ummiabi marah, pastu mesti datang buat2 bagi remote or biskut or apa2 konon memujuk..hehe. Kalau nangis nak sesuatu, ummi cakap "diam dulu, baru ummi bagi". Then dia nangis lagi..Ummi cakap," Lor..nagis lagi...ummi tak boleh bagilah..,tutup mulut..tutup mulut". Then cepat2 dia tutup mulut dengan tangan.Hehehee...kelakar, tapi ummi control buat muka tegas..hehe. Pastu ummi tengok dia balik " Haa, tengok..tak nangis dah...pandaiiii". Baru ummi bagi apa yang dia nak. Budak2 ni memang kne psycho kan..(^,^)
Tapi Wafa ni memang cepat terpengaruh dengan persekitaran. Apa yang ummi observed setakat ni, kalau dia ternampak budak-budak nangis or cengeng(ngada2) kat supermarket or di taska, balik tu mesti dia buat. Haishh..boleh plak kan.. Ummi pun tak tahu dia nak test or ujibakat terpendam???huhu.. Memang ummi perasan..kalau balik kampung maktok seminggu. So, ummiabi & maktok sekeluarga je melayan dia dengan penuh kasih sayang. Memang dia lain sangat. Baik je.. Balik KL pun dengar cakap, masuk rumah bagi salam(walaupun pelat) sebab dok tengok orang2 kg bagi salam bila datang umah maktok. Nak poop pergi blik air pun bagi salam sampaikan ummi kne perbetul balik. Ummi risau jugak ni. Kadang-kadang kita punyalah ajar anak-anak kita perkara positif, tapi persekitaran  menyababkan dia berkelakuan negatif. Itu kita tak boleh control..Berdoa & bertawakal jelah pada ALLAH. Moga ALLAH & para malaikat yang melindungi mereka jika anak-anak di belakang kita.. 

Sunday, March 10, 2013

Doa salam


Barakallahu lakum.

Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..
Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..



Kalau ada yang perasan..ada ker??hehe, Kebanyakan entri ummi akan mulakan/muqaddim dengan doa salam buat Anak-anak ummi, abi, family & muslimin muslimat... Ummi nak share sket kelebihan doa ni. Doa ni simple je, kan kita selalu baca selepas solat...

Ummi start amalkan bila dengar ceramah Ustaz Ismail Kamus dalam IKIM tahun lepas. Walaupun simple, tapi doa ni amat melindungi..In Syaa ALLAH:)

"Allahumma antassalaam waminkassalaam..wailaika ya'udussalam..fahaiyina Robbana bissalaam, waadhilnal jannata darussalaam, Tabarokta wata'alait, Ya zaljalali walikraam"
Ya Allah! Dikaulah Yang Bersifat Sejahtera, dari Dikaulah sahaja kesejahteraan, maka hidupkanlah kami dengan kesejahteraan dan masukkanlah kami ke dalam syurga tempat yang selamat sejahtera, Maha Suci dan Maha Tinggi Dikau, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.


atau secara ringkasnya boleh baca ayat ni...
"Allahumma antas salam wa minkas salam,Tabarokta , Ya zaljalali walikraam"

Mengikut Ustaz Ismail Kamus, jika kita hendak buat sesuatu, mulakan dengan doa salam ni. Doa ni sebagai DOA SELAMAT untuk kita.. Mohon kita sentiasa dilindungi ALLAH dalam keadaan selamat~ 

Contohnya jika naik kenderaan, selain membaca doa naik kenderaan, sambung sekali dengan doa Salam ni. Kadang-kadang kita tak tahu dugaan & bencana berlaku walaupun kita dah baca doa. Ustaz ada bagi satu contoh kejadian di atas jalan raya. Walupun kita naik kenderaan & memandu dengan berhati-hati, tapi tiba-tiba kereta@pemandu lain yang datang hentam kita. Begitu juga dengan pejalan kaki, kita jalan berhati-hati di laluan pejalan kaki, tapi kereta atau motor tiba-tiba terbabas di atas laluan pejalan kaki & melanggar kita. Nauzubillah..

Doa Salam ini boleh juga kita amalkan semasa menghantar nak-anak ke nursery/taska/rumah bs coz kita hanya bertawakal pada ALLAH untuk menjaga anak-anak namun kita tidak tahu apa yang terjadi pada mereka semasa di taska/nursery. Kita hanya mampu berserah..Moga ALLAH yang dapat melindungi mereka dengan selamat..

Jika kita ternampak kemalangan atau sesuatu bencana yang buruk, istigfarlah & baca doa ini mohon dijauhkan. Ustaz Ismail Kamus cakap: "Ini tidak..lau nampak orang accident siap cakap~Ish,menyusahkan orang je" then bukan nak tolong, tapi tolong tengok sampai berjem2 jadinya...". Hmm..ada kebenaran juga kata-kata ustaz tu...

Moga kita sentiasa dilindungi Allah. Dugaan & bencana boleh berlaku di mana sahaja walupun kita sudah berusaha duduk di tempat paling selamat...

Korek hidung..hehe

Tajuk macam "Eee..yey yekk" je kan..Haha...
Ummi hanya nak kongsi tentang wafa ni. Kelakar pun ade. Mana dia nampak orang korek hidung pun xtahu. Tanye abi kot2 abi "terkorek" hidung depan dia. Xde pulak..Risau gak kot2 terpengaruh dalam tv. TV sekarang bahaya..Ummiabi kena pantau apa yang wafa tengok walaupun wafa baru umur 2tahun. Apa yang dia tengok, itu yang dia lihat & fikirkan(I look, i see). Semua jadi bahan pengajaran untuk dia.huhu...

video
Sebenarnya Wafa tak korek hidung pun. Cuma letak jari kat bawah lubang hidung tu... Mesti dia tertengok sape2 yang buat, so, dia pun try2 nak buat camtu. Tapi kantoi ngan ummi..hahaa...
Tapi ummi check jugak hidung wafa, kot2 ade mucus or dust yg buat wafa tak selesa. Ok je..xde pape.. means memang dia tiru someone ni. Ummi syak dia tertengok cerita kat Astro Warna tu.. Cerita lawak sekarang pun kadang2 banyak lawak bodo yg x menjadi & tiada pengajaran.. Hmm..awasi anak-anak walaupun sekadar menonton televisyen. Sebab anak-anak ni ibarat span, semua dia serap..kan..(^,^)

Makin seronok sembang dengan dia


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam waminkassalam..wailaika ya'udussalam..Tabarokta Yazaljalali wal Ikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa yang ngah golek2 dlm perut ni, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..

Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..

Hi dear...Wafa Sofea makin banyak cakap sekarang ni, sejak dia masuk umur 2tahun ni,memang suka bercakap & InSyaaALLAH,ummiabi selagi boleh nak ajar dia bercakap dengan betul(takde pelat2). Kalau dia tak cakap banyak pun,mesti ada je gelagat dia yg buat ummiabi gelihati. Ummi kat tempat kerja asyik teringat kat dia je..Abi kalau dalam kereta asyik dok cakap & tiru balik gelagat anak kesayangan dia yang malam tadi punye..haha..Excited parents. Tak sabar nak balik nak dengar celoteh dia.. Huuu..rindunyerr...baru sampai ofis ni, rasa nak nak balik sekaranglah pulak..hehee

video
Nape video dalam hp sharp & clear tapi masuk dalam blog blur sangat..?huhu... Terima jela...Ummi dahla xreti nak godek2 ni..

Nota ummi: Terharu bila setiap kali Wafa Sofea kiss ummi lembut sambil sebut "Muahhh"..hehe
Ummi harap kiss dari anak-anak takkan putus sampai ummi tutup mata.. Setiap kali berjumpa, salam & kiss adalah perkara wajib antara kita..Macam ummi selalu buat ngan maktok. sampai sekarang kalau berjumpa, mesti wajib salam, peluk & kiss ketat2(Lagi ketat kalau lama xjumpa..haha). Then baru mulakan perbualan. Kenapa ummi kata wajib...sebab kalau x buat, mesti rasa pelik atau takut masing2 tersinggung..Tapi bila dah buat, rasa aman..damai & bahagia sangat..(Waah,susah nak interprete dengan kata-kata) (^,^)

Thursday, March 7, 2013

Bercakap dengan anak pun ada caranya


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam waminkassalam..wailaika ya'udussalam..Tabarokta Yazaljalali wal Ikraam buat Wafa Sofea, "adik" wafa, abi, family UmmiAbi serta muslimin muslimat dirahmati Allah..Amin..
Robbi Habli minassolihin buat Wafa Sofea & "adik" Wafa..Amin..Amin..


Rupanya bercakap/berbicara/menegur anak pun ada caranya. Kita tak boleh ikut sedap mulut je.. Semua perkara mesti kena fikir kan..?Think..think..think..

Apabila bercakap dengan anak...
~ fokus kepada perkara positif
~ elakkan daripada menggunakan banyak perkataan 'JANGAN'
~ elakkan daripada mengugut anak
~ guna 'sense of humor' untuk elakkan ketegangan.

Ummi pernah dengar ceramah supaya elakkan perkataan "jangan" dengan anak-anak. Tapi tak tahu caranya. Ada suatu hari tu ummi taknak Wafa masukkan jari dalam mulut. Ummi terfikir tak boleh cakap"Wafa..JANGAN masukkan jari dalam mulut". Tapi takde idea pulak. At last, ummi tercakap, "Wafa, tolong jangan msukkan jari dalam mulut". Ehh..ade jugak perkataan "Jangan". Adess.. Masa tu Wafa pun buat tak tahu je. Jari still dalam mulut. Maybe dia pun pening ngan umminya ni..hehee.
Then ummi fikir2 lagi, kena olah ayat...so,ummi cakap "Wafa sayang, jari ni kotorla...Eee..yek...kena letak kat bawah, kena basuh tangan dulu. Nanti Wafa nak makan biskut pulak" (kali ni memang xde perkataan "jangan" or "Tak boleh" kan).
Then automatik Wafa cakap, "Ummi..cuh ngan" {Ummi..jom basuh tangan}
Wow amazing kan... Wafa ikut cakap ummi & mudah faham. Betullah percakapan dengan anak-anak pun kena jaga...X boleh main lepas je(^,^)



So, nak share dengan mummies & daddies pulak. Cara ni memang berkesan. Secara tak langsung menjadikan anak kita berbicara dengan baik & sopan..:)

Iklan:
video
Wafa dah tahu tangan kanan untuk makan. Semalam ummi tanya, "Nak makan guna tangan mana?"
Wafa dengan semangat jawap "Ni..anan" [Ni..tangan kanan] sambil tunjuk tangan kanan..(^,^)
Lepas ni bolehla ummi ajar Wafa menulis, melukis dengan tangan yang Afdal..tangan kanan..:) Sunnah Rasulullah memulakan sesuatu dengan bahagian kanan..

Pening nak bersalin di mana...#2(pakej bersalin)


Hi dear..Alhamdulillah..kandungan ummi hari ni 33minggu. Hati sangat berdebar-debar sebab kalau ikut pengalaman masa preggy Wafa 2tahun lepas, next week dah bersalin tau(Wafa SVD within 34weeks). Nauzubillah...ummi harap sangat kali ni baby dok lama sikit dalam perut ummi...Amin..Amin..Amin..(setiap hari pujuk baby..hehe)

Ummi tak boleh nak fikir lagi hospital/pusat bersalin pilihan. Setakat ni ummi survey je dulu. Entri kali ni sangat panjang sebab ummi nak buat rujukan hospital/pusat bersalin untuk masa akan datang. Nanti next and next baby, terus refer entri ni je..
Setakat ni dalam minda ummi hanya survey pusat bersalin dekat dengan rumah(Klang &Shah Alam) & dekat dengan ofis/UM(KL). Tapi ada beberapa hospital yang ummi terus pangkah sebab ada pengalaman tak best kat situ. Ramai cakap private layanan tip-top sebab kita bayar. Nope..UmmiAbi have paid for the worst service. Pernah terjadi kat kami.. Bukan sahaja masa pregnant, malah masa check up wafa pun. Wafa de merah2 kat badan & ummi risau denggi. So, gi check for platelet kt KPJ(KPJ mana, ummi xnak bagitahu..nt kena saman pulak..he). Result 2hari baru siap coz diorang takde lab sendiri(hal facilities lagi..huhu). For that day hanya bayar consultant rm100 tapi result & ubat kena datang 2hari lagi? Apa kes nak datang banyak kali, & anak pulak kita tak tahu status pun dah kena bayar.. Tu belum admit ward & lab charges lg. Belum pape dah mintak duit..Huhu..berkatkah? Abi masa tu bayar je sebab nak cepat2 tinggalkan hosp tu. At last kami pergi panel UM ummi & hari tu juga dapat result platlet & the result is normal. Maybe merah-merah kat badan wafa tu sebab ruam. Charges pulak, of course free sebab UM cover. Kawan ummi plak cakap nape tak bawak je ke PPUM darah wafa?kita buat ujian sama2 n buat blood count complete siap print nak bagi kat ummi.huhu...ummi boleh prick n ambil darah orang lain,tapi bukan anak sendiri..tak sanggup..*sigh*

Macam biasa, bila pregnant ummiabi tak kisah hosp mana cuma WAJIB doc perempuan. Abi sangat marah bila ummi pernah request kat kaunter nak doc perempuan & masa check up tetiba doc lelaki muncul. So, abi pergi balik kat kaunter untuk request balik doc perempuan. Masa ni check up kat UMRA. Diorang cakap Dr.Ummul kena masuk OT, & yang tinggal doc lelaki. So,diorang ingat ummiabi nak cepat n xkisah gender of doc, who said?abi tanye..kitorang sanggup tunggu daripada perut ummi digodek oleh doc lelaki..huhu.
Oh ya mummies & daddies..untuk kes check up, scan & bersalin adalah kes bukan darurat di mana kita boleh membuat pilihan & terdapat banyak alternatif. Pilihan kita untuk memilih hospital bersalin & pilihan kita juga merelakan atau tidak doc lelaki memegang aurat kita.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, juga pernah menegaskan :
"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )
Sumber (kenapa WAJIB doc perempuan?)--->boleh baca details kat Ummuhusna
Benar kata-kata dari ummuHusna(isteri Ustaz Zaharuddin): 
"Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ".

Wajib doc perempuan
Para suami yg alert, boleh baca pandangan di SINI & SINI.

Alhamdulillah..walaupun ummi ditakdirkan bersalin di semi-government(PPUM) walaupun check up di private hosp, tapi dalam labour room masa lahirkan Wafa tu doc yang menyambut adalah perempuan & semua nurse yang membantu juga adalah perempuan...Syukur Alhamdulillah(^,^). Betullah kata orang, jika kita menjaga aurat kita, Allah juga akan menjaganya walau dalam keadaan macammana sekalipun. Allah sentiasa menjaga aib kita jika kita sendiri menjaga aib kita..

Tapi walau bagaimana keadaan & bagaimana cara kita merancang, jika ALLAH sudah tetapkan..kita terima dengan hati terbuka. Contohnya jika pergi kerajaan kita x boleh request doc kan..(tp lau boleh cakap, cakap je...mana tahu rezeki kan..,x salah bercakap. Ummi pernah request nak doc prempuan je masa scan & check up di PPUM,ok je..Nurse siap take note tulis depan file lagi..). Yang salah sebab kita diam & pasrah. Ini bukan redha..Redha means kita usaha. Dah usaha..Then Lau x dapat, baru redha..bukan pasrah sebelum berusaha. Jika kita dahpun request & berdoa, namun x dapat gak..barulah pasrah & berserah. Mungkin ini dugaan kita(bahagian masing2). Berdoa jela dipermudahkan time bersalin nanti,itu lagi penting kan..?

Ummi ada survey tentang pemilihan hospital di kalangan sahabat2 ummi & ade juga baca di blog2 sahabat yang berpengalaman.

Pros & cons private hospital?
  • - Suami teman 24 jam...Ada sesetengah hosp siap suami diizinkan untuk memotong sendiri tali pusat anak..
  • - Normal delivery charge dalam kemampuan..(Biasanya rm900-rm2k). Hmm,bagi ummi Jika takde orang support, bagi wanita bekerjaya kumpul duit poket sendiri pun masih mampu untuk bayar. Bukannya selalu kan kita nak bersalin.
  • - tapi banyak jugak hosp private tak de servis untuk bersalin c-sec/operate(alasan:xcukup facilities) bukan setakat c-sec, nak sambut anak kurang matang pun tak cukup facilities(ni kes ummi,huhu)..so kalau ape2 hal tetap hantar ke spital lain atau ke gomen jer..
  • - Boleh request doctor.(of course nak perempuan & muslimah kan..)
  • -Layanan tip-top. Dari segi penjagaan baby pun diorang take care betul2. [tapi ade gak kawan2 ummi gi private spital tapi layanan tak seberapa-walau bayar ratus2 pon]
  • - pernah masuk dan berada di wad bersalin dan kawasan labour room hosp private ni-tenang jer keadaan dalam tu..sejuk dan sunyi-tak kecoh2 ngan suara nurse atau bunyi pesakit2 yang boleh mengganggu emosi kita.
  • - Suami & saudara mara nak datang bila-bila masa pun tak kisah.
  • - bilik solat dan tempat rehat yang selesa dan dekat jer ngan wad(memudahkan pesakit & saudara mara juga)


Pros & cons Gomen hospital?
  • - Kena tunggu(ikut turn kalau nak masuk labour room coz selalu penuh)
  • - Diterima seadanya asalkan ada buku pink atau walk in pun kadang2 terima je hospital kerajaan ni(ummi dulu walk-in jer~hanya bawak IC)
  • -Untuk ward & tempahan katil, of course kena tunggu kekosongan. Pernah kawan ummi dok 1hari 1malam lepas delivered dalam labour room je coz wad penuh..huhu. Kalau nak wad kelas pertama lagilah...memang susah nak dapat walaupun ada kelayakan.huhu. Kawan ummi ada sorang sanggup cuti sebulan awal coz nak duduk wad kelas pertama di HKL..(haish...macam2 kan)
  • - Ada sesetengah hosp je yang benarkan suami masuk labour room. Even nak teman kat wad pun suami kena ikut waktu melawat. Tapi macam abi masuk je masa ummi warded di hospital ampang. Kata abi, pandai2lah nak hidup..hehee. Buatlah baik dengan staf & guard(bukan rasuah ye). Diorang pun manusia & ada juga yang faham situasi kita.
  • -Perasaan tak risau & selamat-kelengkapan kat hospital kerajaan adalah LENGKAP..jadi kalau ade ape2 kes pada ibu atau baby-tindakan akan diambil segera (in Syaa Allah)
  • - Bayaran?  berganda murahnya..!!! Lebih2 lagi kalau anda adalah kakitangan kerajaan--->Free of charge   ( tunjuk GL)..
  • - Tak boleh request doc samaada dapat doc lelaki atau perempuan..pakar atau tak..cina ker India ker...(yang ni ummiabi strict sket~kalau boleh request,cakap je..at least kita bersuara)
  • - Kalau kena warded, sorang2 handle walaupun 1st timer.
  • - Cara-cara breastfeeding & marmet boleh belajar bila-bila masa je dengan nurse2 @ doc kat hosp. Kalau perlu apa2, diorang memang sukarela mengajar kita.
Inilah sedikit sebanyak info-info tentang pros & cons di private ataupun gomen hosp. Antara keselamatan atau keselesaan. Ini hanya pendapat kawan-kawan ummi. Tapi macam maktok kata, bahagian masing-masing kan..Ada yang sakit masa preggy tapi x sakit langsung masa bersalin. Ada yang tak sakit dari preggy sampai ada anak.. Tapi mana yang kita boleh elak, kita elakkanlah..Betul x?
bergantung pada 'bahagian' yang dah Allah tentukan untuk kite..
kekadang..kite ni cerewet2 sangat pon..sudahnyer..ape yang kite paling tak nak tu lah..yang kite akan dapat...

Walau di mana pun kita bersalin, yang penting bagi ummi adalah BERSEDIA(dari segi mental & fizikal). Selebihnya bertawakal & doa-doa-doa pada ALLAH. Kat mana pun kita bersalin sakitnya tetap sakit cuma dari segi keselesaan & sape yang sambut kita yang berbeza.. Tapi  kita berhak memilih tempat yang selesa mengikut kemampuan masing-masing. Ya..memang tak dinafikan rezeki masing-masing waktu bersalin ada yang senang dan ada yang susah. Menanggung sakit berjam-jam. Ada yang kata kalau bayar mahal tapi layanan menghampakan baik bersalin Hospital kerajaan. So, tepuk dada tanya selera, iman & hubby. Yang paling penting saat ini adalah Doa..Redha hubby & keluarga..:)

Antara pendapat, komen & info yang ummi dah search...ummi kongsikan di bawah k..(untuk rujukan ummi masa akan datang) ~Terima kasih pada yang berkongsi~:
FEEDBACK HOSP K'JAAN
Klik untuk besarkan

Gomen fees(Harga semua orang mampu..murah kan..?)

FEEDBACK PRIVATE HOSP
Klik untuk besarkan
So far hospital/pusat bersalin yang termasuk dalam list ummi(dekat dengan rumah &tempat kerja) ialah:

If sakit di tempat kerja, of course ummi akan serah diri di PPUM@UMMC coz tingkat 1 je Kompleks Wanita(tempat bersalin) tu, ummi bekerja di tingkat 3..

Tapi ummi ada terfikir untuk bersalin di Hospital Ampang(tengok keadaan,jika ummi masih bertahan untuk ke sana). Yang ni terfikir sebab fikirkan Wafa Sofea... Boleh ambil Wafa kat babysister & sama2 ke Ampang. Hantar Wafa ke Bukit Indah Ampang(rumah maklong) & UmmiAbi terus serah diri ke labour ward Hosp Ampang. Abi akan temankan ummi kat situ & Wafa pulak kami taklah risau sebab maklongnya akan jaga sementara kami di hospital.

If sakit kat rumah, ummi ada beberapa hosp pilihan(yang berdekatan rumah-area Shah Alam ):
Inilah hosp terbaik & ummi takde pengalaman pahit dengan mereka...Antara yang menjadi pilihan ialah:

1) Klinik Bersalin Annur


2)Pusat Bersalin Barakah





3) Shah Alam Specialist Hospital (SALAM)
No. 2-14, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, Shah Alam
03-5548 5161 ‎



4) Darul Ehsan Medical Centre Specialist Hospital (DEMC) 

No 4, Jln Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam
03-5515 1888



5) KPJ Selangor Medical Centre
Lot 1, Jalan Singa 20/1,
Section 20,
40300 Shah Alam
03 55431111



Sharing dari blog my sis in law(share ye k'ti, nk buat rujukan)hehe


6) Pusat Perubatan & Bersalin UMRA
No. 18, Jalan Bola Tampar 13/14,
Section 13,
40000 Shah Alam
03-5518 4319



7) PUSRAWI
-Pusrawi kebanyakan kat KL. Semua dekat ngan UM..tapi semua tempat2 yang agak sibuk & jem..



Links for reference:
Senarai hospital private di Malaysia
Senarai hospital kerajaan di Malaysia
Senarai klinik kerajaan di Malaysia


Oh ya, ada juga hospital kerajaan yang menyediakan "private wing" ataupun "FPP"(Full Payment Patients).


Full Paying Patients (FPP) Scheme
Putrajaya Hospital and Selayang Hospital are currently the two MOH hospitals in the country offering the Full Paying Patient (FPP) scheme. Under this scheme, patients can opt for some of the comfort and convenience of a private hospital for some additional fees.
The two teaching hospitals in the Klang Valley, UMMC and UKMMC, also offer similar private hospital services in their private wings, but with slightly different benefits and costs compared to the description below.


FPP enjoy the following benefits:
Your choice of specialists; a doctor who will look after you from your first appointment till delivery.
Epidural when requested.
Your husband or a family member will be allowed in the delivery room (except in an emergency situation).
Your husband will be allowed to stay in a single room with you and your baby.
Daily menu with various meal options such as Malay, Chinese, Western or vegetarian food.
Priority lane for treatment at specialist clinics.
You can opt for a comfortable and private First Class or Executive Ward.


The cost for registration and consultation as an FPP at both these hospitals is RM110. Antenatal consultations are standardised at RM60.
Labour and delivery will cost between RM2,000 and RM5,000, depending on the type of delivery (normal, caesareanforcepsbreech and multiple births).
Other Charges:
-Operation Theatre
RM 250 per hour/part
-Labour Room
RM 250 per hour/part

FPPS Registration

-To register, patient must bring along the following document:
i. Identity Card/Birth Certificate /Visa/Passport
ii. Guarantee Letter (GL) from the company or insurance company stating their eligibility for the FPPS Scheme.
iii. Deposit
iv. Reference Letter / Appointment Card (if available)


Note: Patients who choose the FPPS Scheme should have to sign the FPPS Scheme Agreement Form /Consent Form
Dietary Menu for FPPS Patient
FPPS patients would be served with the menu based on the exiting menu for the First Class Ward.

Deposit/Down payment
Patients are required to pay a deposit based on the stipulated rates:
A minimum of RM 3,000.00 or 50 % of the estimated total cost of treatment whichever is higher.

Additional Deposits
Deposits are to be reviewed daily to ensure adequate balance of not less than RM 1,000
A letter of reminder for additional deposit is to be issued to the patient/ kin from time to time when the balance of the deposit falls to RM 1,000
Additional payments are to be made within 24 hours from the date of receiving the letter of reminder.




OK..penat sudaa jalan2 cari pusat bersalin..hehe..sekarang kena berdoa, istikarah & tawakal...Abi dah ada pilihan..Ummi xtahu lagi..hehe. Tapi rujukan dah ade, tak pening dah.. Nanti nak dekat bersalin ummi buka je entri ni...(^,^)
Untuk mummies & daddies-to-be yang ngah searching tentang Pusat bersalin & ongkosnya(tapi area KL & Sh Alam je), boleh juga rujuk sini. Sharing is caring..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...