Wednesday, February 6, 2013

Kenapa ummi " BF weaning " Wafa genap 2tahun?

Allahumma antassalam..waminkassalam..Tabarokta Yazal jaliwal ikraam buat Wafa Sofea, "Adik" Wafa dalam rahim ummi(Subhanallah)...Abi di Fakulti Engineering UM, Family ummiABi & muslimin muslimat dirahmati Allah...:)

Alhamdulillah ummi panjatkan kesyukuran pada Ar-Razzaq(Maha pemberi rezeki) Allah SWT kerana mencukupi hak penyusuan Wafa Sofea selama genap 2tahun. Walaupun selepas 2 tahun susu ummi masih berbaki, namun ummi gagahkan jua untuk weaning(ceraikan susu) wafa. Hal ini kerana memang ummiAbi niat masa Wafa dalam rahim lagi untuk penyusuan 2tahun( utk preparation 'adik' wafa pula), then Alhamdulillah..dimakbulkan Allah Wafa disahkan dapat 'adik' selepas genap umur 2tahun penyusuan & another reason adalah kami berdua(ummi & wafa) betul2 dah bersedia. Kenapa ummi cakap Wafa Sofea bersedia?sebab sangat senang untuk BF weaning wafa. Seminggu sebelum Wafa genap 2tahun, ummi selalu slowtalk & cakap2 masa dia tidur supaya dia boleh terima weaning process ni.(Lagipun masa awal kehamilan 'adik' wafa, ummi dah sakit2 belakang untuk night weaning dengan Wafa) Then, sampai masanya, bila dia mintak"mi..nak syusyu..", Ummi sayu...tapi ummi slowtalk cakap "Wafa dah besar..dah 2tahun, takleh minum susu ummi lagi, kita bagi adik pulak ye". Then dia tersengih & main macam biasa. Subhanallah..Alhamdulillah...senangnya weaning proces bersamamu sayang.. Kamu sangat memahami. Ummi x perlu letak asam jawa, kicap or nescafe... Allah kan ada...(^,^) Tak sangka rohaniah wafa sofea terkesan dengan 'slowtalk' ummi masa dia tidur..Ajaib kan..? Syukuuur...
So,start Wafa 2tahun, ummiAbi bagi susu apa ye untuk menggantikan susu ibu? Semestinya Susu kambing pilihan kami...(^,^). Ummi dah intro awal2 lagi susu kambing dengan Wafa Sofea & nampak serasi so continue jela..Sekali lagi Alhamdulillah dipermudahkan..:)

Oh ya, berbalik pada tajuk, ummiAbi memang nak 'BF weaning' Wafa genap 2 tahun. Memang dalam Al-Quran pun termaktub 'genap 2tahun'. Lagipun UmmiAbi dah niat dari awal ditambah pula prosesnya dipermudahkan..
Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 14 :
Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Firman allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 233:
Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".

Setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.
Ada juga ummi bincangkan hal ini di FB...Rata2 menunjukkan positif untuk BF weaning dalam tempoh genap 2tahun...


Tapi jika proses 'weaning' agak sukar & mengganggu emosi ibu & anak, penyusuan lebih 2tahun adalah HARUS ye. Ni ummi pernah terbaca di  SINI...

Dan ummi just nak bagi pendapat, yang mengatakan bahawa anak jadi degil jika menyusui lebih 2 tahun maybe mitos atau kata orang2 tua supaya anak stop BF. Tiada hadis berkenaan ayat tersebut. Dan ummi ada terbaca di SINI, anak yang berusia lebih 2tahun biasanya dah pandai bercakap.Anak-anak sangat naif dan tidak segan silu bercakap apa saja, termasuk bercerita fasal fizikal ibunya. Ada anak kecil yang tidak segan silu memicit-micit payudara ibunya, walaupun di khalayak ramai.  secara tak langsung  ‘mencabuli’ privasi ibunya, maklumlah, anak yang suka ‘bergayut’ tidak kira masa dan kadang-kala memberontak jika tidak dapat apa yang dia mahu . Banyak kebenarannya di situ kan..

Ingatlah..apapun doa & didikan ibu bapa yang membentuk anak-anak.. Jika Gangnam style yang diajar, Ganyang stylelah sifatnya.. Tapi jika berpandukan Al-Quran & sunnah Rasulullah..maka terdidiklah mereka dengan cara Islam itu.. Ini untuk peringatan ummi..Ummi percaya & yakin..In Syaa Allah..

4 comments:

Sue-Rya Qistina said...

saya sokong fully bf sbb saya pun dah berniat utk fully bf kpd anak yg msh dlm kandungan ni hingga umurnya 2 thn. masa anak 1st dulu x dpt nak fully bf sbb mase tu saya kerja di KL dan mmg xtau lgsg psl buat stok EBM. utk anak 2nd, alhamdulillah..dia dpt fully bf hingga umurnya setahun lbh :)

UmmiAbi said...

Sue-Rya Qistina:
In Syaa ALLAH..Ummi doakan Sue Rya pun dapat bf baby nanti sampai 2tahun..Amin..:)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alhamdulillah wafa faham tu ummi

UmmiAbi said...

Wanieys:
Alhamdulillah..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...