Wednesday, February 27, 2013

Budak Jujur


BERITA JOHOR

Kejar kereta pulang RM37,500

Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun
namun kejujuran dan kemurnian hati
Amir Azizan Hashim mungkin jauh
mengatasi orang dewasa apabila dia
memulangkan semula beg tangan
berisi RM37,500 (SG$15,000) milik
seorang wanita warga Singapura yang
tercicir.

“Saya mengayuh basikal selaju mungkin
mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi
mengembalikan beg tangannya,” katanya
mengimbas kejadian itu yang berlaku
berhampiran sebuah pasar raya di Taman
Soga, di sini, awal Januari lalu.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini,
ditemui selepas menerima sijil
penghargaan atas kelakuan terpujinya itu
daripada pihak sekolah, semalam.
Sijil penghargaan itu disampaikan Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.

Amir Azizan berkata, kejadian itu berlaku
kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu
ketika dia ke pasar raya berkenaan untuk
membeli akhbar. - harian metro

p/s: jujurnye budak ni. tahniahlah atas kejujuranya. Sejuk perut ibunya yg mengandungkannya..Ibu bapanya mesti bersyukur mempunyai anak sebegini.. Moga anak-anak ummi juga menjadi anak2 solehah wa musleh..(^,^) Amin..Amin..Amin

3 comments:

NM03 said...

salam kenal. singgah sini terus tinggal jejak. jom tukar link, citer dan pendapat

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mmg jujur budak ni...bagus sifat dia terpuji betol

Nory Zoulkefle said...

kalau peragut baca pasal ni mesti tepuk dahi....hehehe...

jujur budak ni...kalau ade pempuan, dah lama masuk minang...hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...