Wednesday, January 9, 2013

The power of "DOA" in parenting


Hi dear..
Allahumma antassalam..Waminkassalam..Tabaroktarobbana Ya zaljalaliwalIkram buat Wafa Sofea & "adik" dalam perut ummi yang asyik main pusing2(hehee), buat abi, family UmmiAbi & muslimin muslimat..

DOA adalah senjata orang mukmin. Perlindungan untuk anak-anak adalah DOA ibu bapanya.. Biarlah di mana jua anak tersebut, hanya DOA Ibu bapa yang mengiringinya. In Shaa ALLAH, mesti selamat kerana dia dilindungi ALLAH SWT.

BERHATI-HATI DENGAN DOA IBU BAPA:
Perlu diingat,doa ibu bapa pasti dikabulkan ALLAH samaada baik atau buruk. Segala pertuturan kita terhadap anak mesti dijaga..
Pernah membaca kisah seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau asyik beribadah dalam biara yang didirikan khas sehingga tidak mengendahkan panggilan ibunya. Akhirnya ibu tersebut mendoakan Juraij: “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!” Akhirnya Juraij dan ibadahnya terganggu kerana dia difitnah oleh seorang pelacur. Demikian ringkasan sebuah hadis yang panjang, yang di dalamnya terkandung dua pengajaran:

1. Urusan ibubapa adalah lebih penting daripada urusan beribadah, lebih-lebih lagi jika ibadah yang sedang dilaksanakan hukumnya adalah sunat. Jika ia adalah ibadah wajib, maka hendaklah diperhatikan sama ada ia boleh ditangguh atau diringkaskan ibadah tersebut.

2. Berhati-hatilah dengan doa daripada ibubapa.


Allah SWT berfirman: 
berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku(berdo’a kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam 
keadaan hina dina.” (QS: Gafir:60).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegaskan:Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

jika kita mengalami kehidupan yang sempit lagi serba tak menjadi, hendaklah diperhatikan hubungan kita dengan ibubapa. Ini kerana seorang anak yang berada di bawah keredhaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi lapang lagi mudah hasil daripada keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanya. Sebaliknya seorang anak yang berada di bawah kemurkaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi sempit dan serba tak menjadi, disebabkan kemurkaan Allah kepadanya.


Nota ummi:
Semuanya bermula dari "kita"(Kita yg ummi maksudkan adalah yg bergelar ibu bapa)
SUBHANALLAH..
Ya ALLAH, mampukah ummiabi menjadi ibu bapa mithali buat anak-anak ummiabi? Moga dipermudahkan urusan dalam menjaga & mendidik anak-anak. Ameen..Ameen..
*Ummiabi sayang sangat3 Wafa Sofea & adik-adik..*

4 comments:

Ummu Muhammad said...

Subhanallah! sgt terinspire dgn entry ni!!! lepas ni nak panggil muhammad n abdullah mcm mak sheikh as sudais! ummi wafa minta share gambar yg ade kate2 mak sheikh as sudais ye ;)

UmmiAbi said...

Ummu Muhammad:
UM kena panggil imam2 sekalian, meh sini kat ibu...hehee
Share je gmbar tu..Ilmu harus dikongsi(^,^)

Si Matatajam said...

Tq untuk entry yg bermanfaat ni...boleh M jadikan pedoman

BISHANANI OMAR said...

Mustaqim al hafiz anak soleh kan,,,, anak umi tersenyum sahaja bila umi berkata demikian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...