Sunday, January 6, 2013

Kaitan kucing & kehamilan


Awas! Jangkitan parasit kucing...Jangan main2 dengan perkara ni. Ummi ada kenalan(rakan & senior) yang tidak mempunyai zuriat lagi setelah 5-10tahun berkahwin & rata-ratanya adalah penggemar kucing. Mereka semua membela kucing & ada yang tidur pun dengan kucing. Tak salah membela kucing kerana kucing juga haiwan kesayangan Rasulullah & sahabat baginda. Namun berwaspadalah...sampai tidur & mandi pun dengan kucing.. Ada seorang ex-classmate ummi cerita kat ummi aktiviti dia dengan kucing dia. Dia letak makanan kucing kat mulut dia & kucing kesayangannya akan makan dengan menjilat mulut dia. Serius, ada sampai macamtu diorang sayang kucing ni. Alahai..sayang...kucing tetap haiwan & ciri2 kebersihan mereka tidak sama macam manusia..huhu...
Ummi memang dah lama tahu tentang parasit pada kucing ni(toxoplasma gondii) sebab dulu ummi study parasitology. Sebab tu ummiAbi tidak membela kucing tapi bila nampak kucing kat mana2, ummi tetap usap & mengajar Wafa kasihkan kucing dengan memberi makan. Apapun yang kita pegang,mestilah ikut sunnah Rasulullah,iaitu membasuh tangan.. Tapi setakat itu je...UmmiAbi taknak galakkan sangat Wafa Sofea terdedah dengan haiwan berbulu memandangkan Wafa adalah prem-child. Sayang anak melebihi segalanya..(^,^)
Comel kan..?


Oklah...panjang pulak muqaddimah ummi kan..? Ummi sebenarnya nak kongsi ilmu dari Dr. Zubaidi tentang kucing & kehamilan/kesuburan. Ada kaitan tau...
Ummi share dari FB beliau.. Jom tambah ilmu...

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan kerana keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii.

SOALAN:
SAYA ialah seorang penggemar kucing. Saya mempunyai 10 ekor kucing di rumah, kebanyakannya kucing kampung. Untuk pengetahuan doktor, saya sedang mengandung anak pertama dalam empat bulan. Saya tidak mengalami apa-apa alahan atau masalah perubatan semasa hamil. Kawan baik saya ada memberitahu akan masalah yang mungkin timbul kepada bayi dalam kandungan jika kita membela kucing. Mohon penjelasan daripada doktor?

Penggemar kucing, Selangor.
Kalau dah comel camni, memanglah orang sanggup peluk & tidur sama2...
Boleh...tapi pastikan kebersihan kucing itu terjaga & kita juga menjaga seperti basuh tangan selalu(^,^)


JAWAPAN:
Haiwan jinak seperti kucing sememangnya kerap dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Tetapi sekiranya anda sedang hamil, mungkin anda perlu mengehadkan masa bersama dengan haiwan peliharaan khususnya dari segi pengendalian najis kucing.


Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan. Keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan juga dalam tanah.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui iaitu toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan.

Ini boleh mendatangkan ancaman jangkitan toksoplasma yang boleh memberi kesan kepada anak dalam kandungan. Ramai wanita dijangkiti oleh parasit toksoplasma tetapi tidak menyedari hakikat ini kerana parasit ini tidak memberikan tanda yang ketara.

Isu yang paling dikhuatiri ialah apabila jangkitan parasit itu dialami buat kali pertama ketika mengandung. Ramai ibu yang sedang hamil tidak mengetahui bahaya parasit berkenaan kerana ia tidak mendatangkan petanda luar biasa seperti sesak nafas atau demam tinggi.

Sebaliknya, ibu yang dijangkiti akan mendapat demam serta selesema biasa, kelenjar limfa membengkak, sakit otot, kekejangan dan sakit sendi. Gejala sebegini selalu dianggap 'keadaan biasa' oleh ibu hamil dan doktor yang merawatnya.

Proses penyebaran boleh berlaku berpunca daripada najis haiwan peliharaan yang menyebabkan toksoplasmosis atau dalam dunia perubatan digelar jangkitan yang disebabkan oleh parasit toksoplasma yang menyerang jaringan saraf manusia.

Menjangkiti bayi
Seorang wanita yang dijangkiti sama ada sebelum atau semasa hamil, boleh menjangkiti bayi yang dikandung.

Toksoplasmosis kongenital adalah satu masalah perubatan yang mana bayi dalam kandungan dijangkiti melalui uri (plasenta). Jika seorang wanita menerima pendedahan pertama kepada toksoplasmosis ketika mengandung, bayi akan berisiko tinggi. Risiko bayi termasuk mati dalam kandungan, buta mata dan kecacatan otak termasuk 'retardasi mental'.

Jangkitan paling biasa diperolehi menerusi sentuhan dengan kucing serta najis mereka. Toksoplasma juga boleh dijangkiti apabila wanita mengendalikan daging mentah atau separuh masak.

Peringatan
Sebagai peringatan kepada wanita khususnya yang sedang hamil dan berusaha untuk hamil, anda perlu mengehadkan masa bersama haiwan atau pengurusan najis haiwan itu.

Pengurusan najis haiwan ini boleh dilakukan oleh suami atau orang lain. Dengan cara ini moga anda dapat mengelak risiko jangkitan kali pertama ketika hamil. Lebih utama ia dapat mengurangkan risiko bayi menghidapi toksoplasmosis kongenital.

Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini. Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosintesis dan ujian imbasan ultrabunyi akan dilakukan ke atas bayi dalam kandungan.

Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan.

Rawatan
Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan. Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan dan terus diberi rawatan.

Langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku.
Antaranya dengan membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan, mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak, membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan, menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.

Elakkanlah membela kucing semasa hamil sekiranya langkah ini sukar dilakukan.

06/01/2013 Utusan Malaysia
Ala...comelnyer..Ummi pun suka kucing. Tapi setakat usap & beri makan.. Lepas tu cepat2  cuci tangan. Ummi was2 sket bila nak solat & baca quran bila tangan or baju terkena kucing. Kita tak tahu kan najis dia di mana..Maybe dia baru lepas membuang.. So, daripada was2, baik kita tak mesra sangat.. Betul x?Tapi kasihkan kucing sunnah Rasulullah.Jangan sesekali marah @ tendang haiwan kesayangan Rasulullah yang comel ini ok...Dia makhluk Allah...

4 comments:

Izan Ishak said...

kami mmg tak bela kucing. cuma kalau ayah n anak2 yg jumpa kucing mmg suka sangat.. bagus info ni utk pasangan2 yang lama berkahwin tapi masih blm punya cahayamata atas sbb bela kucing.

Aty_Fared said...

Sy dah beranak sorang..sy pon ade bela kuceng dah 2 tahun..biler bc ni tetibe hati risau...

UmmiAbi said...

Ummi izan:
Sharing is caring..sbb ramai gak kawan2 ummi yg bela kucing xde ank sampai sekarang. Maybe xde rezeki lagi..Tp kita kena usaha & mencegah mana yg terbaik kan..?Maybe ini jg faktornya...Tp apa pun kucing tetap comel & boleh dimanjakan..Cuma lepas tu kena ajar anak2 cuci tangan..kan ummi izan..hehe

UmmiAbi said...

Aty:
Kasihkan kucing sunnah dear...Boleh nak bela...cuma bila hamil,bab cuci najis tu kena sruh hubbylah..hehe.. Then kurangkan kemesraan dengan kucing tu.. Kucing ni haiwan pembersih sebenarnya tapi najis dia je ada parasit. Masa hamil antibodi kita lemah coz sharing dgn baby..Dats Y Dr Zubaidi suruh kurangkan xtvt ngan kucing & ambil langkah berjaga2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...