Thursday, January 10, 2013

Delima in Dilemma

Allahumma antassalam...waminkassalam..wailaika ya'udussalam..Tabaroktarobbana Yazaljalali walikram buat abi, family ummiabi, muslimin muslimat, Wafa Sofea, & "adik" wafa(arini nape tak gerak sangat sayang? ummi rindu tendangan comel..maaf..arini ummi makan lewat sket. Jangan majuk2 ye) (^,^)

Hi dear.. Ummi balik kampung aritu maktok asyik belikan buah delima untuk ummi. Masa ummi pregnant Wafa Sofea dulu pun maktok & abi suka belikan buah Delima untuk ummi. Buah Delima ni makanan sunnah. Rasulullah suka makan buah Delima..Sedap kan..? Buah Delima ni mesti manis punyer..Ummi tak pernah lagi dapat yang masam.. Kebetulan kot..hehe.

Uish..terasa lagi manisnya delima ni..
Delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud,
" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68].
Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.



Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

Rasulullah bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”

Ummi suka buat camni..Senang nak makan. Kadang2 siap makan dengan sudu, hehee


Kat Perlis harga sebiji delima ni antara RM1.00-RM1.50. Isinya merah2. Dah balik KL ni jenuh ummi cari. Banyak macam dah lebam & buruk. Yang cantik2 boleh pulak harga dia RM2.00-RM2.50 sebiji.. Mahalnyerr... Dalam dilemma pulak ummi nak beli Delima ni. Rasa macam nak suruh maktok pos je dari kampung. Tapi menyusahkan maktok pulak...huhu..
Harini dalam kawasan perumahan ummi ada pasar malam. Ummi nak try tengok kat sana pulak. Harap oklah harganya & eloklah buahnya.. Amin.. (Janganlah dalam Dilemma lagi)*sigh*

Oh ya, delima ni banyak khasiatnya..
Antara khasiat Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum yg dikenal pasti dan teruji ialah:-

1. Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
2. Melancarkan peredaran darah
3. Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
4. Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
5. Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan...Insya
Allah...
6. Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
7. Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
8. Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
9. Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas...InsyaAllah...
10. Dikenali sebagai "Viagra Semulajadi" iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
11. Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
12. Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
13. Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
14. Awet muda...sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)...
15. Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
16. Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
17. Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua...dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung.....Hadiahkanlah kepada ayah bonda tersayang...!!! :)
18. Anda hamil??? Pengambilan buah delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin...
19. Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
20. Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
21. Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah.
22. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata.
23. Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba(Iran) kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.


2-2 gambar atas ni mesti dari Iran & negara Arab. Lau mcm ni mesti super double sedap & manis kan..? Tengoklah kemerahan warna buah & isinya..Teringin ummi nak rasa...
Sumber: SINI

10 comments:

Rusuk Kiri said...

Ya Allah! terliur saya tengok kemerahan buah delima tu hehe. Memang susah dah nak cari buah delima kat kl ni kak, saya pun nak try gak satu ari nanti (^_^). Mekasih atas info yang padat tapi ringkas :)

Sue-Rya Qistina said...

terliurnya saya tgk. mujur aritu my parents balik dari haji ada bawa balik buah delima dari sana. merah2 dan besar pula tu. kt KL ni mmg susah nak cari. kalau ade pun mahal!

UmmiAbi said...

Rusuk kiri:
Kaan?memang ssh kat KL ni..Kt perlis aritu bersepah gerai buah delima ni...hehe

UmmiAbi said...

Sue-Rya:
Bestnyer Su-rya dpt jgk merasa yg Arab punyer. Dari mekah plak tu..Huhu, jeles ummi(^,^)

Izan Ishak said...

bukan kat kl aje yg susah cari ummi. kat bp ni pun jarang jumpa buah delima.. huhu... tgk isinya yg merah2 tu rasa nak ngap je terus!

Si Matatajam said...

Menggoda sungguh butiran buah delima tu M tengok..terlioq la..

UmmiAbi said...

Ummi Izan:
A'ah..lau dpn mata dh lama ngap...hehe

Si Matatajam:
Mmg menggoda...ummi yg baru lps mkn ni pn rasa nk bli lg...huhu

Ummu Muhammad said...

mcm makisar kt taman herba sekolah ;)

UmmiAbi said...

Ummu Muhammad:
Kat sekolah de delima x?Nak 1...hehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

buah delima saya suka hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...