Thursday, January 31, 2013

Taman Burung versi UmmiAbi

Barakallahu lakum..
Asalnya cuti Thaipusam nak bawak Wafa Sofea gi KL Bird Park..tapi Wafa selesema..so,walaupun tak teruk selesema tu, ummiAbi decide lain kali je, nak tengok bird or pergi zoo make sure antibodi tengah kuat ok...(^,^) Nanti kita pergi ye sayang..:)
Hmm..harga berbaloi...
Xpela..kami gi yang free dulu..berbaloi-baloi..hehee
Untuk tidak menghampakan Wafa, kitorang bawak gak dia tengok bird.....Kebetulan ada kedai eksotik baru buka dekat perumahan kami, jalan kaki pun sampai...Kedai ni menjual burung2, ular & kucing yang gebus2..Kiranya semua haiwan yang berharga ribu riban...huhu, boleh tengok jelaa..heh~ Yang bestnya, burung2 eksotik semua dia rantaikan, tak letak dalam sangkar.. So, kita bolehla nak bagi makan or pegang burung2 tu.. Wafa suka sangat, siap request nak pegang lagi. Tak takut langsung...
Diorang bagi burung2 ni makan cili & kuaci. Cili untuk cepatkan lidah burung2 ni bercakap..:)
(Baru ummiabi tahu)
Kelakar & comel plak gambar ni...heh~

Wednesday, January 30, 2013

Ummi rasa "DIA" solehah

"DIA" yang ummi maksudkan.....
SITI HAJAR BT AHMAD SABIR
"Cara" Siti Hajar "pergi" buat ummi terharu & rasa bangga serta tabah buat ibu bapanya..
Namun "sebak" jika melalui keperitan & kesakitannya..tapi.."ALLAH kan ada"... Redha & berserah hanya pada ALLAH..Subhanallah~
Coretan oleh ibu "solehah" ini ummi share dari FB. Moga mendapat manfaat.. (Peringatan buat UmmiAbi juga..)

DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
(Mujahidah yang telah ke alam sana)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.
______________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya


SITI HAJAR

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

Friday, January 25, 2013

Dilemma kahwin,kerana MEREKA

Barakallahu lakum.
Hi dear....ada seorang adik junior ummi ni dalam dilemma.. Dilemma untuk berkahwin..
Ummi rasa bukan dia seorang je rasa macamtu...Semua orang merasa...Boleh menangis jika kita dalam dilemma di bawah kan..?Tapi 1je maktok selalu pesan pada ummi jika ummi mengadu:
 "Senyum je, mulut orang...kalau mulut tempayan bolehlah tutup. Nanti kat akhirat tuntut pahala tu tau, sebab sekali mengata, kita dapat pahala diorang" Hehe, walaupun maktok berseloroh, tapi ummi tahu, yang penting sikap SABAR & YAKIN PADA ALLAH...JANGAN DENGAR CAKAP NEGATIF ORG..Hidup pasti bahagia..(^,^)


Pernah dengar atau alami sendiri dilemma di bawah tak?

KAHWIN HANTARAN MURAH ♥
☞ Ish! Murahnya hantaran dia, ni mesti bakal menantu dia sengkek ni!

KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥
☞ Ish! Mahalnya? Nak jual anak ke apa?! Mesti nak menunjuk hantaran anak dia mahal.

KAHWIN UMUR MUDA ♥
☞ Ish! Muda-muda dah kahwin, ni mesti ade buat benda tak baik ni. Ntah-ntah dah ada isi kot!

KAHWIN DI LEWAT USIA ♥
☞ Ish! Dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen. Kesian, tak laku kot!

KAHWIN MAJLIS KECIL ♥
☞ Ish! Ni majlis kahwin ke ape? Kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sikit!

KAHWIN MAJLIS BESAR ♥
☞ Ish! Besarnye majlis. Kalah anak DATUK. Nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!

DAH KAHWIN TAKDE ANAK ♥
☞ Ish! Dah lama kahwin, masih takde rezeki?tu la awal-awal taknak lagi, nak honeymoon konon. Kan tuhan tak bagi terus!

DAH KAHWIN ANAK SORANG ♥
☞ Ish! Bila nak tambah?Rugi anak sorang je..

DAH KAHWIN ANAK SATU JANTINA JER ♥
☞ Ish! Hero/heroin je belaka... Trylah dapat lain jantina pulak. Kena ada lelaki/perempuan, baru lengkap!

Sumber: FB

BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH! HIDUP IN SYAA ALLAH BAHAGIA. NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI "MEREKA" DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA. REZEKI SELEPAS  KAHWIN ALLAH DAH JANJIKAN..

Di bawah ummi selitkan INFO KAHWIN dari laman web: www.iluvislam.com. & info kahwin muda.

Dalam Islam, perkahwinan dan hubungan suami isteri serta seisi keluarga adalah perkara mulia dipandang penting.Allah SWT yang mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri.

Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia, contohnya keperluan ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup serta keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang.Oleh itu, semua orang yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin dan membina keluarga.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum, ayat 21)






Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga.


Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.


Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)






Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya.


Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: "Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada perkahwinan berlangsung di kalangan umatnya.


Sabda Baginda SAW bermaksud: "Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda: "Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak." (Riwayat Ahmad)


Namun begitu, kita perlu melihat dengan lebih terperinci bahawa apa yang menjadi impian Rasulullah SAW adalah umatnya ramai, berkualiti, mempunyai jati diri Muslim sebenar.





Nota ummi:
UmmiAbi galakkan anak2 kahwin awal..Tapi abi cakap pasangan masing2 kenalah yang menjdi kriteria yg perlu ada sebagai suami/isteri baitul muslim. Walau setinggi mana pun pangkat & harta,Yang plg penting ilmu akhirat di dada, baru boleh bawa pasangan ke syurga...(^,^)
Ek eh?

Tuesday, January 22, 2013

Review about Magic bullet

Barakallahu lakum. Hi dear...
Ummi nak wat review sket tentang magic bullet yang ummi beli aritu... Abi cakap lau tak guna,jual balik..huhu, so kenalah guna kan...?hehe... Abi tak kisah ummi nak beli itu-ini,tapi make sure beli & pakai, bukan beli & simpan...hehe..dalam maksudnya tu...
Ok, so ummi dah beli, kenalah guna... In Shaa Allah, kalau tak rosak  nanti wafa pergi asrama bila besar nanti, ummi bagi magic bullet ni k..Senang wafa nak masak.. Macam maktok dulu ummi masuk U, maktok bagi rice cooker, dalam tulah ummi masak nasi, panaskan lauk, goreng ikan  dll. Buat cekodok pn boleh.. Multifunction tau..hehee.. At last, semua jiran n kawan2 berkumpul dalam bilik ummi coz bau ikan/ayam  goreng. Dok asrama mmg lapar tahap tak makan 5bulan walaupun disediakan makan 5kali sehari tupun dah baca bismillah ok.Yg tak baca, xtahula..he. Kenapa yer?:)De orang cakap makan nasi kawah takkan kenyang...Ye kot...Wallahu 'alam..

Bagi ummi, magic bullet ni berbaloilah.. Menyenang & mempercepatkan kerja ummi di dapur. Selalunya ummiabi sampai rumah kul 6pm, plus minus rehat/mandi/layan wafa jap dah kul 6.30pm baru ummi masuk dapur. Ummi ada masa lebih kurang 1/2 jam je untuk masak sebelum abi ke surau. Kalau waktu maghrib lambat, ummi adalah lebih masa sket. Tapi Alhamdulillah, dalam masa 1/2jam boleh siap 2,3 lauk sebab abi dan wafa(yang ni tolong banyakkan kerja ummi..hehe) suka tolong ummi.
Magic bullet ni didatangkan khas chewaah dengan 2blade(1 untuk chopper & 1 lagi untuk blend halus iaitu cross blade). Includes 12pcs of Cups + containers + juice maker cups + party cups + blender. Dia jugak kasi 1buku recipes untuk memasak within 10seconds. Semua ni harga dia RM100 je... Bagi ummi lau RM100 dapat semua ni kira berbaloilah kann.. Abi jugak suruh ummi bijak berbelanja.heh~

For daily routine, ummi guna magic bullet ni untuk chopping bawang(menumis), bahan perap or buat jus je..
Kalau nak buat kek, pudding, smoothies kenalah tunggu weekend. Masa mencemburui ummi..huhu..


Dalam fridge ummi hanya buat stok macam ni. Bawang dikupas kulit & basuh. Tu je. Ummi memang x buat stok blend siap2. Ummi tahu ramai yg buat macam tu & lagi jimat masa kan.. Tapi ummi dah pernah wat experiment & cara ni lebih baik. So, i choose this rule. Simpan bawang je dalam fridge..(stok utk seminggu je,ummi takkan wat lebih dari seminggu).Then, nk guna baru blend. Lagipun maktok pun ajar ummi cara ni... Tapi bergantung pada cara masing2 kan..?Nak blend siap2 pn ok..
Did You Know?
Eye irritation during peeling onions can be reduced by
1) Cutting under running water
2) Chill the onions before cutting
Try it now Smarties(Dats y i chose chill the onions b4 cutting)
Tp since ummi dah de bullet ni, snang je,nak guna je amik bawang dlm fridge n blend trus tumis... Magic bullet ni pun ummi letak sebelah dapur masak. Magic bullet chopped dlm masa 2saat je..Sangat senang & cepat (^,^)
Msukkan je semua bahan & chopping. Nak chopping 2saat je, lebih 5saat dia akan blend halus.. Kalau bahan perap mcm ni ummi selalu wat chopping , xnak blend halus sangat. Nt x naik aroma bwg putih+halia+black pepper tu..
Sedia dihidangkan..(^,^)
Sambil tunggu ayam bakar(30minit), sempat wat sardin & tomyam sket. Wafa suka tomyam..
Oh ya, sardin x elok untuk rahim&fibroid perempuan k... Nak makan skali sekala bolehla.. Ni kes teringin sangat nak makan..heh~
Simple kan..Ummi malu plak tayang sini..hehe..Xpela, yang penting "air tangan" ummi.. Simple pun abi cakap sedap & Wafa makan pun bertambah, Alhamdulillah..syukur.. Yang sedap tu adalah "air tangan" yang penuh kasih sayang ummi curahkan pada lauk2 tu.. Kalau bagi kat orang lain, mesti cakap biase je kan..sbb  diorang xrasa kasih syg ummi..hehee..
Baru ummi terfikir kenapa tok abah tak suka makan kat luar dulu... Walau balik lewat malam pun, still suruh maktok masak & terus dapat tidur lena dengan nyenyaknya..:)


Carrot susu.. Setakat ni ummi dah try wat apple juice & orange juice...
Lau x wat jus, mesti lambat habis buah2 dalam rumah ni..hehe


Cup cake kegemaran Wafa Sofea..
 ummi campak jer bahan2(dengan tepung2 skali) dalam magic bullet then tuang dalam mangkuk tingkat kertas, terus bakar---->siap
(Sesuai dengan dapur ummi yang xde mixer..huhu)
Nota ummi:
Setakat ni, ummi rasa berbaloilah dengan "magic bullet" ni...sebagai selaku "bibik" yg membantu ummi di dapur selain Wafa Sofea(juga membantu "kemas" dapur ummi). Ummi akan usaha & belajar banyak lagi menu2 kesukaan abi & Wafa. Moga mereka sentiasa dahagakan  rindukan air tangan ummi ni... Moga ia membawa berkat kepada mereka kerana ALLAH Ta'ala... Ummi masak untuk abi & anak2 kerana ALLAH, ummi nak ganjaran dari Allah... Walaupun simple & tak sedap sangat, ummi cuba juga masak. In Shaa Allah ye abi, ummi akan perbaiki lagi masakan ummi, dibantu oleh "bibik" bullet..heh~

*Doakan ummi yer*(^,^)

Selingan & pesanan:


Wordless Wednesday#16~EFW 6months 644g(Alhamdulillah)~




Thursday, January 17, 2013

No more

Hi dear..
UmmiAbi susah hati sangat 2,3 hari lepas... Setiap malam wafa cakap dia sakit perut. Memang ummi rasa perut dia keras. Asyik kembung je...Masalahnya malam je dia merengek...kat rumah baby sitter ok je bs dia cakap. Hmm..entahla,maybe bs dia nak sedapkan hati kami...huhu.

Nak tahu kenapa wafa sofea sakit perut???

Haa..nice to see, nice to drink..
Masa ni memang syokla..1st time minum air berperisa yg dlm kotak, Ummi nak snap pn malu2 meow..(^,^)
Sebelum ni,pernah minum susu kotak yang Dutch Lady tu..(tp muntah, so dah stop), Then haritu wafa nak jugak air kotak ni..sbb dia nampak anak jiran minum..huhu. UmmiAbi ingatkan ok coz Wafa dah 2tahun++, dah boleh kot minum air dlm kotak ni..
Rupanya..huhu...Kitorang decide...

 "No more air kotak/tin" untuk Wafa setakat ni..

Doc pn suruh elakkan processed food/drink utk wafa buat masa ni..maybe wafa tak biase..
Tunggu Wafa masuk sekolah pulak tengok camner..semua untuk kebaikan ye sayang coz UmmiAbi sayang sangat2 kat Wafa Sofea...(^,^)

Nota ummi:
Wafa Sofea:  0-6bulan   = exclusively breastfeeding
                     7 bulan       = starting air zam2 + fullybreastfeeding.
                     8 1/2bulan = starting solid food(pureed/mashed) +
                                         fully breastfeeding
                     9-12bulan = starting biscuits, bread, cakes +
                                          fully bf
                     12-2years = starting yogurt, buttermilk,
                                         cheese..etc source of milk..
                     2years      = starting , homemade burger &
                                        satay(her favourite right now)
                     2years 10days = Wean off bf + starting goat's milk..

Prinsip UmmiAbi: 
Apa penyakit yang kita alami masa depan adalah kesan dari apa yang kita makan sekarang. Makanan boleh jadikan badan sihat, dan makanan juga punca utama kita sakit...
Kadang-kadang orang menganggap UmmiAbi ni terlalu "menjaga" sangat as well senang cakap---->cerewet.
But macam abi selalu pesan kat ummi: Kalau anak kita sakit,bukan diorang yang susah..diorang nak tolong jagakan ke? So, prevention is better than cure...

By the way, 
ada anak kawan(FB) ummi kena operate masa umur 9bulan sebab masalah usus. Puncanya kerana memberi solid food terlalu awal. Baby tu dah makan bubur umur 4bulan sebab maknya risau anaknya lapar..susu tak cukup. Huhu...ummi lagi risau masalah usus & kena operate tu..huhu
Ummi juga pernah baca 1 artikel ni anak dia kena operate for removing the appendiks masa umur 12tahun. Appendiks tersebut hampir pecah,mujur cepat dibawa ke hospital. Puncanya pun sebab makanan. Ibu bapa tak pantau pemakanan anak tersebut..Anak itu banyak makan di kedai berbanding di rumah atas alasan ibunya bekerja & tidak masak..
Ada banyak lagi ummi terbaca bab pemakanan anak-anak ni... Apapun, bagi ummi yang paling penting  mulakan makan dengan Bismillah & akhiri dengan Alhamdulillah. Moga apa yang menjadi darah daging kita itu halal & tidak memudaratkan..(^,^)

Monday, January 14, 2013

Petua Mendidik Anak Menghormati Ibu Bapa


Petua Mendidik Anak Menghormati Ibu Bapa

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa mesti diam dan jangan campur tangan semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu atau bapa yang memarahi anak. Anak mencontohi apa yang diajar atau dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan atau peraturan, anak akan menjadi keliru siapakah yangpatut dia patuhi, si ibu atau si bapa?

2. Bapa jangan menengking, mengherdik atau bertengkar dengan Ibu di hadapan anak-anak. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak-tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yang sering ditengking oleh bapa di hadapan anak-anak.

3. Ibu bapa juga tidak boleh mengherdik/naikkan suara kepada anak-anak jika mereka membuat kesilapan. Sebaliknya nasihat dengan baik & tunjukkan cara @ akhlak yang sebenar/betul. Jika tidak, si anak akan mula membenci ibu bapa. Dari situ mereka tidak akan berkongsi masalah dengan ibu bapa,malah berkongsi dengan rakan atau kekasih. Hal begini yang membuatkan mereka mencari kasih sayang dari insan lain selain ibu bapa iaitu kekasih hati(penyebab anak bercinta pada usia muda). Jadikan anak sahabat kita yang mencari kita saat susah & senang sehingga tidak memerlukan kasih insan lain selain ibu bapanya.

Ummi pernah baca dalam blog kawan ummi, jika kita menengking anak, 1juta neuron otak anak akan musnah.. Untuk membina balik neuron tersebut, sekurang-kurangnya 3 bulan pemakanan sihat untuk anak tersebut.Huhu..Kesian anak2 itu..

3. Sentiasa masak untuk anak dan ajak anak sama-sama masak atau makan. Makanan hasil tangan ibu dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.


4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak.

5. Luangkan masa setiap hujung minggu untuk bersama-sama dengan anak. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersiar tidak kira di mana di taman mahupun di sekitar rumah sahaja. Kerana ini akan membantu mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu bapa dengan anak-anak.



Hairan orang KL pergi masjid naik Ferrari?

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam..waminkassalam..Tabarok tarobbana Ya zaljalali walikram buat Wafa Sofea, Abi, family ummiabi, "adik" Wafa serta muslimin & muslimat..

Hi dear...
Selalu tak pergi masjid-masjid di KL & Selangor? Ummi ambil contoh KL/Selangor sebab ummi tinggal area sini & selalu pergi rumah ALLAH yg sekitar sini sahaja... Ummi rasa tempat lain pun begitu kot. Kalau perasan yang pergi berkeluarga kebanyakan naik kereta Alphard, Estima, Fortuner, Odyssey, Wish(Amboi...byk betul mpv ummi nak mention..heh). Yang datang personal/berseorangan pulak ummi pernah nampak naik Ferrari, BMW @ merce..Senyum dalam hati. Mereka kaya tapi tak lupa pada YANG MEMBERI(ALLAH SWT). Patutlah kaya..hehe. Masuk ke dalam masjid dengan wajah rendah diri, tiada riak malah bersedekah dalam tabung masjid.. Abi cakap, bagus & bersyukur..Orang melayu & Islam yang kaya...Alhamdulillah.. Abi selalu bisik kat ummi, "Doakan bi jadi orang kaya yang bertaqwa & beriman ye". Ummi:"Amin..."




Ada kereta besar, ada kereta "kecil"
Sumber: Uncle google

Harap jangan salah tafsir, ummi bukan nak ukur kehebatan dgn pencapaian duniawi, tapi kita rasa hairan ssetengah kws perumahan kos rendah,suraunya kosong takde yang datang, walhal sekadar turun tangga sampai ke pintu surau. Rumah flat selalunya surau kat Ground floor. Kadang-kadang tepi lif je..
Ummi dapat lihat fenomena ini kerana ummi pernah duduk rumah flat(bersama kawan belajar), apartment, dan perumahan teres yang dikelilingi semi-D/Banglo(Oh ya,Rumah kami bukan banglo/semi-D ye). Kawasan perumahan ummi ada surau yang 90% sumbangannya daripada penduduk yang menghuni rumah banglo/semi-D/teres corner lot. Benarnya sabda Nabi saw dlm sebuah hadis qudsi, Allah swt berfirman, maksudnya penuhi masamu dgn ibadah,Aku akan penuhkan khidupanmun dgn kecukupan & kekayaan,sebaliknya jika kau tidak mmenuhi ( mnyusun ibadahmu ) wkt mu maka Aku akan jadikan kamu miskin,dan Aku takkan mmenuhi hajatmu. ( maksud hadis ). 

Oh ya, ummi tak kata yang semua penduduk yang menghuni rumah flat/apartment tak pergi surau. Ramai jugak, tapi selalu surau tak penuh(kecuali ramadhan). Dan ummi juga pernah nampak surau yang aktif di apartment macam ni dan Alhamdulillah 100% orang Islam. Pada fikiran ummi apabila tinggal di rumah flat , kalau nak surau yang aktif, kena tengok kejiranan. Jika ramai orang Islam,Alhamdulillah. Dan mereka yang aktifkan surau ini walaupun tinggal rumah flat, mereka sebenarnya kaya & berharta. 
Ummi ada cerita,masa ummi student dulu..Ummi pernah naik teksi seorang pakcik tinggal di flat sekitar KL. Jangan main-main..pakcik ni kerjanya hanya bawak teksi dalam um sahaja(tak keluar dari area ni langsung) tapi income bulanan lebih dari RM5000. Jika takde penumpang, dia akan solat Dhuha & rehat di masjid UM(still dalam area UM). Dia ada lebih dari 5orang anak(ummi xingat berapa orang). Yang mengkagumkan, dia ada 5-6buah rumah flat sekitar rumah dia (yang dibeli hasil kumpul duit bawak teksi & duit anak2 kasi) yang semua disewakan. Katanya kalau pakcik tak bawak teksi pun duit hasil kutipan duit sewa rumah dah melebihi keperluan, namun dia boring & suka bawak teksi. Anak-anak dah besar & semua dah berjaya..Tinggal berdua balik dengan wife di rumah. Rumah flat yang dulunya kecik pun dah jadi luas sebab takde orang, dia ngan wife je.. See...betapa pemurahnya Allah jika kita juga pemurah..Sunhanallah~

Pernah dengar tak, ustaz2 selalu bagitahu "Kalau kita bersedekah RM50, Allah akan balas RM500 atau lebih". Cuba try test tengok..Betul tau...Nanti rezki yang tak disangka-sangka akan datang.. Tapi niat mestilah ikhlas.. Kalau boleh,biarlah antara kita & ALLAH je tahu..(macam cinta hati,kekasih & kekasih). Kadang-kadang, buat baik@ buat benda2 special ni kalau boleh taknak kongsi dengan orang lain. Biarlah rahsia. Kita & Allah je tahu...sebab special untuk Allah je..Nanti Allah yang balas(tak sabar nak tunggu Allah balas,sebab Allah mesti balas punya..cepat @ lambat..best kan).

So, jika kita rasa hidup masih terumbang-ambing & sentiasa tidak mencukupi, cuba lihat balik urusan ukhrawi & ibadah kita. Bersedekahlah walaupun sedikit. Ada yang cakap tak sempat nak sedekah.. Pada pendapat ummi, kat mana-mana pun boleh beri sedekah. Bukan kena tunggu ada org miskin,baru boleh beri..Bukan kena tunggu duit banyak, baru nak sedekah.. Kadang-kadang kita ada RM1 pun boleh sedekah,asalkan ikhlas. Nak bagi kepada siapa?xjumpa orang miskin? Hari2 kat ofis kita jumpa cleaner kan? Bagilah RM5 @ RM10 untuk dia. Kalau cleaner yang dah tua. mereka mesti ada anak2. Yang ada bibik kat rumah pun sekali sekala boleh mulakan bersedekah dengan beri hadiah@duit untuk bibik mereka..Sekurang-kurangnya mereka menjadi org gaji yg lebih rajin & ikhlas dalam menjaga rumah & anak2 kita(yakni kerana Alllah Ta'ala).So, tiada alasan sebenarnya ok..
Pernah ada sebulan tu ummi mengadu kat abi, duit ummi ngam2 je untuk bulan tu coz bulan tu banyak belanja sikit sbb pergi jalan2, balik kampung & tak sihat(beli vitamin dll). So,abi cakap "Bersedekahla...mana tahu Allah gandakan". Subhanallah...belum sempat gaji, ada kawan ummi beri duit katanya duit hutang dia lupa bagi.. Ummi pun lupa bila dia hutang dengan ummi. Tapi bila dia ingatkan balik,baru ummi rasa Ya ALLAH,bersyukurnya..kau bagi lebih dari aku sedekahkan..Alhamdulillah(^,^) Sayang sangat pada ALLAH...Rasa terharu sangat..


"Wahai orang-orang yang beriman,infakkanlah sebahagian daripada rezeki yang telah kami berikan kepadamu, sebelum datang hari ketika tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan & tiada lagi syafaat (2:254).

Tiada salah menjadi orang yang kaya.tiada salah menjadi orang yang cemerlang. Orang Islam harus!sbb orang Islam je yang tahu &yang boleh membelanjakan harta ke jalan Allah.
Rezeki mmg milik Allah.tapi sekurang2nya kita berusaha ke arah itu? :)
Jangan bencikan kekayaan kerana Allah itu Maha Kaya. Tapi kekayaan itu jua ujian. Kelak Allah akan tanya setiap harta yang diberi, ke mana kita salurkan..

Tak salah niat untuk jd kaya.tapi biarlah berlandaskan Tuhan yang mengurniakan kekayaan.biarlah berlandaskan jalan Tuhan yang mengurniakan kekayaan.
Kerana Dialah Pemilik segala Rezeki. Dia boleh bagi. & mestilah.Dia juga pun boleh ambil balik.


Nota ummi:
Buat anak-anak ummi, selain bercita-untuk berjaya...boleh juga berdoa untuk jadi kaya..Tapi doalah nak jadi kaya untuk ISLAM... Biar kekayaan itu hanya di jalan ALLAH(Dunia bahagia, akhirat berjaya)..(^,^)

Selingan: Ada orang kaya kita nampak hartanya...Ada orang kaya yang kita tak nampak duitnya... Tapi Allah tahu ke mana pergi hartanya..
Cuma,kalau dia bahagia & takde masalah kewangan, bagi ummi dia dah kaya...hidup senang tak semestinya rumah mewah & kereta besar.(Inilah kehidupan sederhana, kaya dengan amalan, bahagia dengan kebajikan~hidup hanya dengan prinsip"HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKIL (CUKUP KAMI HANYA ALLAH SEBAIK-BAIK TEMPAT BERSERAH)"
Lagi bahagia jika tiada hutang...(^,^)

Thursday, January 10, 2013

Delima in Dilemma

Allahumma antassalam...waminkassalam..wailaika ya'udussalam..Tabaroktarobbana Yazaljalali walikram buat abi, family ummiabi, muslimin muslimat, Wafa Sofea, & "adik" wafa(arini nape tak gerak sangat sayang? ummi rindu tendangan comel..maaf..arini ummi makan lewat sket. Jangan majuk2 ye) (^,^)

Hi dear.. Ummi balik kampung aritu maktok asyik belikan buah delima untuk ummi. Masa ummi pregnant Wafa Sofea dulu pun maktok & abi suka belikan buah Delima untuk ummi. Buah Delima ni makanan sunnah. Rasulullah suka makan buah Delima..Sedap kan..? Buah Delima ni mesti manis punyer..Ummi tak pernah lagi dapat yang masam.. Kebetulan kot..hehe.

Uish..terasa lagi manisnya delima ni..
Delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud,
" Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68].
Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.



Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)

Rasulullah bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”

Ummi suka buat camni..Senang nak makan. Kadang2 siap makan dengan sudu, hehee


Kat Perlis harga sebiji delima ni antara RM1.00-RM1.50. Isinya merah2. Dah balik KL ni jenuh ummi cari. Banyak macam dah lebam & buruk. Yang cantik2 boleh pulak harga dia RM2.00-RM2.50 sebiji.. Mahalnyerr... Dalam dilemma pulak ummi nak beli Delima ni. Rasa macam nak suruh maktok pos je dari kampung. Tapi menyusahkan maktok pulak...huhu..
Harini dalam kawasan perumahan ummi ada pasar malam. Ummi nak try tengok kat sana pulak. Harap oklah harganya & eloklah buahnya.. Amin.. (Janganlah dalam Dilemma lagi)*sigh*

Oh ya, delima ni banyak khasiatnya..
Antara khasiat Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum yg dikenal pasti dan teruji ialah:-

1. Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
2. Melancarkan peredaran darah
3. Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
4. Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
5. Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan...Insya
Allah...
6. Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
7. Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
8. Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
9. Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas...InsyaAllah...
10. Dikenali sebagai "Viagra Semulajadi" iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
11. Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
12. Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
13. Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
14. Awet muda...sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)...
15. Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
16. Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
17. Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua...dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung.....Hadiahkanlah kepada ayah bonda tersayang...!!! :)
18. Anda hamil??? Pengambilan buah delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin...
19. Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
20. Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
21. Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah.
22. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata.
23. Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba(Iran) kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.


2-2 gambar atas ni mesti dari Iran & negara Arab. Lau mcm ni mesti super double sedap & manis kan..? Tengoklah kemerahan warna buah & isinya..Teringin ummi nak rasa...
Sumber: SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...