Sunday, December 2, 2012

Makan supplemen, tapi tiada kesan?

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam buat Wafa Sofea, abi,  family ummiabi & semua muslimin muslimat...

Huhu..sedih ummi maktok dah balik Pegheleh pagi tadi.. Maktok & cu Ol(Paksu Nasrol) naik bus kul 9pagi td. Tokwan dah balik awal seminggu kerana ada urusan kerja. Rindu sangat pada maktok. Maktok bercuti di KL hampir 3minggu. Memang kena aturlah antara rumah ummiabi(Klang), rumah Maklong(Ampang) & rumah makngah(Shah Alam). Semua anak-anak bekerja di KL/Selangor...huhu. Walaupun sekejap, tapi best sangat..Dapat bermesra & berbual puas2 dengan maktok..Semua benda nak citer..hehe

Masa makan2 ngan maktok aritu, Maktok ada tanya ummi, kenapa bila dia makan vitamin macam takde apa2 perubahan? Maksudnya maktok dah makan vitamin tapi masih lesu & tak lalu makan.
Ummi soal maktok balik, maktok makan vitamin dengan apa & waktu bila?
So, dari jawapan maktok & apa yang ummi belajar selama ini, ummi tahu maktok makan vitamin silap pada masa/waktu & makanan yang masuk bersama vitamin tidak sesuai...

Untuk pengetahuan semua, jika kita tahu jenis vitamin & sifatnya, kita akan dapat nutrien vitamin tersebut secara menyeluruh..


  • VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

  • VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

Untuk vitamin /multivitamin, ada Vitamin Larut Lemak(ADEK) & Vitamin Larut Air(BC). Kalau kita tahu yang ni pun dah ok sangat2..Senang nak ingat kan..:)

Itu untuk supplemen vitamin, untuk supplemen sumber seperti kalsium, magnesium, zat besi dll pula...lebih kurang sama macam vitamin bergantung pada kadar penyerapan juga.


  • KALSIUM : Seeloknya diambil bersama susu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama. Tapi jangan makan bersama zat besi(Iron) kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium.



  • Cerita tentang ZAT BESI(IRON) pula...sesuai sangat dimakan bersama Orange/orange juice. Jika kita makan sayur(zat besi) bersama orange juice, kadar serapan zat besi menjadi 2X ganda..


  • Jika ada yang mengambil SUPPLEMEN KURUSKAN BADAN, haruslah diambil bersama vitamin2 larut lemak yang lain & kadar penyerapannya juga bersama makanan berlemak. Ini kerana fungsi supplemen ini sudah tentu berfungsi untuk memecah & mencairkan lemak terutamanya kolesterol.(Oleh itu, pengumpulan lemak amat penting pada waktu ini supaya dapat dinyahkan dari badan.


Elakkan makan vitamin bersama-sama minuman berkafein seperti kopi & nescafe. Kopi sebenarnya banyak khasiat tapi kita digalakkan minum secara "single". Ini bermaksud jangan minum kopi/nescafe/teh bersama makanan lain. Jika ingin minum, memadai hanya secawan kopi/teh itu semata-mata(single) &dalam keadaan free(contoh: waktu ptg-jauh dari breakfast & lunch). Ini kerana kopi dapat mnyerap nutrien & khasiat apa jua makanan yang dimakan bersamanya. Rugilah kan..? Contohnya kita makan roti/donut bersama kopi. So, segala nutrien seperti karbohidrat & kalsium pada roti tidak dapat diserap oleh badan disebabkan kopi(kopi ada bahan phenol yg mengganggu badan menyerap nutrien). Begitu juga dengan vitamin, jika diambil bersama kopi/nescafe hanyalah sia-sia semata.

Selingan kebaikan kopi:

Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan, antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.


“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang disedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. Antioksida membantu mengurangkan kemungkinan serangan kanser, jantung dan strok,” katanya.


Atas manfaat itu, Dr. Vinson mencadangkan kepada orang ramai agar menikmati secawan kopi sehari.


“Secawan sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif.

Ingat..secawan sudah cukup & memadai(^,^)

Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.


Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang berjalan lancar dan membuahkan hasil, sila teruskan. Namun jika tidak memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walaubagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.



Nota ummi:
Ummi makin bertenaga bila makan supplemen. Ummi dah start masuk dapur walaupun sebelum ni mood dah ke laut..hehe

Supplemen pilihan ummi setakat ni:

Honey(VITAMIN YANG TERLIBAT: A,D,E,K,B,C
  • Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.
  • Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
  • Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan
Extra Virgin Olive Oil
Nutrisi utama EVOO: Vit-E, Quercetin, Linoleic Acid(Omega 3 & 6), antioxidants, Poliphenols, Carotens, Chlorophylls, Anthocyanin..
HADITH:-
1. "MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

2. "ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Bukan sejadar supplemen(mencegah),malah merawat..
Untuk Rawatan:
1. Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.

2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka 3:1 (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).

3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan 6:2 (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).


Hehee..supplemen tak semestinya pil/tablet.. Lagi bagus ambil terus dari sumber vitamin tersebut. Iaitu dari pemakanan(Takde proses GMO~Genetically modified organism)

Updated this entry after delivered Wafa Izzara(April 2013):
Dulu,ummi ade jugak ambil vitamin jenis tablet yang popular jugak(S******). Tapi efek pada badan ummi selepas minggu ke 38 hamilkan Adik Zara, doktor detect hormon ummi meningkat secara mendadak & takut effect pada baby, so ummi stop. Then ummi check balik, body ummi dah stable selepas ummi makan makanan sunnah seperti minum susu kambing fresh, makan kurma/madu/Evoo. Alhamdulillah..kesihatan mengagumkan & dijamin Allah SWT InsyaALLAH..

Ummi harap ummi dapat amalkan pemakanan sunnah ini sebagai supplemen terbaik & turut menjadi amalan Wafa Sofea & Wafa Izzara sehingga keturunan kita seterusnya. InsyaALLAH nak, Allah ada jaga kita... (^,^) 

3 comments:

Izan Ishak said...

bagus dgn penerangan yg panjang lebar ni. k.izan masa pregnant cuma makan iberet folic plus susu. tak rajin n tak malas. tapi kan betul juga kalau kita sakit sapa nak tolong jaga anak2 nnti kan... huhu...

IntaNBerliaN said...

ooo mcm ni ke... baru akak tau... selama ni main makan je... thanks kngsi :-)

Ummu Muhammad said...

wah ummi bole kd doc ni..maksudnye beramal dgn bend yg tau senang..mak pun bising suruh UM ambek supplement tpi um ni jenis takut sket hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...