Friday, December 21, 2012

Air ketuban

Barakallahu lakum.

Allahumma antassalam..waminkassalam..wailaikaya'udussalam..Tabaroktarobbana Ya zaljalali walikram buat anakanda Wafa Sofea, abi, family UmmiAbi, muslimin muslimat & baby dalam perut ummi ni...

Hi dear..perasan tak kalau kita scan mesti doctor akan check samada amniotic fluid/air ketuban kita mencukupi or tidak, normal or tidak.. Ini kerana air ketuban sangat penting buat baby dalam perut .
Air ketuban berasal dari sejenis cecair rembesan kulit bayi dan produk air kencing bayi dan ia mencerminkan sistem kumbahan dan fungsi buah pinggang dan juga gastrousus bayi itu sendiri. Cecair tersebutlah yang mengelilingi bayi di waktu bayi tersebut berada didalam kandungan ibunya sepanjang tempoh kehamilan itu berlaku.

Tanpa air nie, baby boleh kelemasan dan ia jugak sebagai medium menahan segala gegaran dan hentakan, melindungi dari terkena infection, memberi makan bayi serta membantu perkembangan paru-paru dan pencernaan. Ia jugak sebagai pengekal suhu hangat kepada baby. Kiranya pelindung baby semulajadi semasa di dalam rahim ibu.Air ketuban nie berwarna jernih. Kalau yang berdarah tu sila mendapatkan nasihat doktor...

Pada awal kehamilan air ketuban nie cuma air. Lepas 12 minggu kehamilan air ketuban ni penuh dengan zat-zat gizi seperti karbohidrat dan protein. Air ketuban jugak bertambah selari dengan perkembangan bayi... sehingga mencecah 39 minggu. Biasanya setiap ibu mengandung normal mengandungi 2 liter air ketuban. Kecuali berlaku kebocoran...

Air kencing yang dihasilkan oleh bayi juga sebenarnya berfungsi untuk buah pinggangnya kerana bayi juga akan menelan semula air kencingnya jadi ini bermaksud fungsi buah pinggang dan gastrous bayi anda dalam posisi yang normal.
Subhanallah...Baby yang masih diselubungi air ketuban.
Share from FB.


Jika air ketuban kurang ia memberikan petunjuk bahawa bayi anda sebenarnya tidak berjaya menghasilkan air kencing yang mencukupi untuk dirinya sendiri yang sebenarnya amat bermakna untuk fungsi buah pinggangnya dan seandainya ia berlaku maka bayi tersebut akan menghadapi masalah congenital abnormalities.

Sekiranya air ketuban berkurangan, saiz perut ibu yang hamil juga akan kelihatan lebih kecil kerana di dalam keadaan perut ibu yang hamil tersebut berlaku keadaan di mana air ketuban yang kering atau berkurangan. Di samping itu juga perut ibu yang kecil juga disebabkan oleh air ketubannya pecah awal atau bersalin pada peringkat pra matang walaupun sebenarnya saiz bayi tersebut adalah normal.

Dalam kes ini, doktor akan meminta si ibu tersebut untuk melahirkan bayinya dengan seberapa segera yang mungkin. Mengapa? sebab ia akan dikhuatiri bayi tersebut akan membawa kepada risiko kepada bayi sama ada ia membawa kepada kematian, kecacatan atau ia bakal dijangkiti kuman yang tertentu.

Baby google


NotaUmmi:
Ummi kongsikan tentang air ketuban sebab masa pregnant Wafa Sofea dulu ummi "leaking". Tiba-tiba je. Masa tu siap gelak2, bergurau senda dengan abi lagi(means tak stress or pressure emotion). Dengan kuasa ALLAH, Wafa keluar sihat walafiat dalam kandungan masa tu 34minggu. Baby lain semua masuk incubator, Wafa dok atas katil baby je. Cuma ummi & Wafa kena warded sebab Wafa x cukup berat(only 1.7kg). Boleh klik SINI & SINI lau nak tengok Wafa..hehe.. Jangan fikir jika ada masalah je baby lahir prematured. Bila-bila masa pun boleh..
So, untuk kelahiran kedua ni ummi mohon padaNYA moga kandungan ni kuat & baby keluar cukup pada masanya. Teringin gak ummi nak lahirkan baby lebih 2kg & "on time". (oh ya, Wafa dlu ummi push 2,3 kali dah kuar & tak sakit..amazing kan..Syukur) Bersalinkan baby prematured memang senang(lebih2 lagi Wafa xde masalah~Alhamdulillah). Tapi kne masuk hospital sebab berat baby kecik. Ummi kalau boleh lahirkan je terus nak bawak balik..Boleh tak gitu?hehe..Tapi...kira wafa xde masalah ni doc cakap 1/50 je..Rata2 yang lahir baby pramatang banyak yang ada masalah. Maybe Wafa kurniaan ajaib Allah yang terhebat buat ummiabi. Cukup senang nak menjaganya...Alhamdulillah..Alhamdulilah..Alhamdulillah..(tips:baca quran..baca quran..baca quran. Kalau xde masa, dengar saja pun dah cukup asalkan istiqomah)

Buat baby dalam kandungan ummi ni, [kita kuar "on time k..". Tak payah kena tahan ward. Sebab kali ni kak Wafa tak sabar nak tengok "adik". Adik sabar tau..Jangan "kalut" sangat nak kuar tengok dunia..Duniawi ni mencabar tau..hehe..sayang anak ummi]

Oh ya...maktok ada bagi petua masa ummi pregnant dulu.. Kalau kandungan dah 7bulan ke atas, banyakkan minum ayaq "nyok"/kelapa muda. Nanti baby yang lahir tu kurang berlendir & keluar bersih je(nurse pun puji tau...hehe). Ada orang kata air kelapa muda ni dapat banyakkan air ketuban & memudahkan proses bersalin.
Ummi silap juga dlu, start minum air kelapa muda masa kandungan 5bulan(jangan bagitahu maktok yer..heh), tu yang terkeluar awal kot..hehe..Apapun Alhamdulillah atas nikmat ALLAH..(^,^)

1 comment:

Rusuk Kiri said...

hehe sweet bacer citer ummi. Takper, sy tk bagtau maktok ok ;). Mekasih atas info yg sgt berguna ni...nikmat sungguh pregnant ni kan (^_^). Semoga semuanya berjalan lancar untuk ummi & baby insyaAllah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...