Sunday, December 30, 2012

Spaghetti express

Barakallahu lakum...
Allahumma antassalam..waminkassalam...Wailaika ya'udussalam buat Wafa Sofea, abi, family UmmiAbi & baby comel dalam perut ummi ni...serta muslimin muslimat di atas muka bumi ini.. Moga semuanya diberkati Allah..Ameen..

Baru2 ni ummi buat spaghetti dek kerana terliur dengan spaghetti ummi izan & spaghetti kak ina .
Pilihan sos tomato ummi semestinya Kimball Sos spaghetti Tradisional. Memang sedap...Abi berkali-kali tambah. Siap cakap takmo makan nasi, kita makan spaghetti je..hehehee
Oh ya, say "NO" to PREGO ye... Kenapa?Boleh baca SINI.

Tapi ummi buat simple je..
Goreng daging kisar(dibuat bulat2)
Tumis bawang merah+putih(lebihkan sket)~boleh dicincang halus or tumbuk dlm lesung, then masukkan je Sos spaghetti Kimball tu...tambah air sket..
Last sekali, masukkan daging kisar yang digoreng tadi. Boleh juga masukkan cendawan butang, carrot..tapi dapur ummi xde semua tu..Ummi buat apa yang ada je..hehe..Dah tak sabar & terliur, apa yang ada jela..heh






Simple je kan..?Xpela..janji sedap & abi n Wafa suka..
Ummi rasa sos spaghetti Kimball ni memang lazat..Rasa sekali pasti nak lagi..hehe(bukan puji  masakan sendiri ye, ni ummi puji sos tu tau..kekeke)
Sos spaghetti ni xpedas..Wafa Sofea pn boleh makan..

Nyum2...cedapnyerr....



Nota ummi:
Sos spaghetti Kimball memang terpampang tanda HALALnya...
Dari blog ummi izan:)

Thursday, December 27, 2012

Magic Bullet..Berbaloikah?


Barakallahu lakum.
Hi dear....barang ummi baru sampai... Ummi beli Magic Bullet.  Sebenarnya ummi nak beli juice maker. Tapi  ramai staf2 kat jabatan ummi ajak join beli Magic Bullet ni. Multifunction, bukan buat jus je.. So, ummi pun joined the club..huhu... Lagi pun ummi suka benda kecil & jimat space ni...:) Kitorang beli guna deal Groupon. Kira beli ramai2 dapat harga murah. Kawan sekerja ummi cakap dia pernah tengok kat Jusco harga bullet ni RM300++. So, apalagi...heheee
Inilah dia..Magic bullet tu.. Tah apa yang magic ye?Nt ummi test tengok..

Harap berbaloilah...(^,^)



Friday, December 21, 2012

Air ketuban

Barakallahu lakum.

Allahumma antassalam..waminkassalam..wailaikaya'udussalam..Tabaroktarobbana Ya zaljalali walikram buat anakanda Wafa Sofea, abi, family UmmiAbi, muslimin muslimat & baby dalam perut ummi ni...

Hi dear..perasan tak kalau kita scan mesti doctor akan check samada amniotic fluid/air ketuban kita mencukupi or tidak, normal or tidak.. Ini kerana air ketuban sangat penting buat baby dalam perut .
Air ketuban berasal dari sejenis cecair rembesan kulit bayi dan produk air kencing bayi dan ia mencerminkan sistem kumbahan dan fungsi buah pinggang dan juga gastrousus bayi itu sendiri. Cecair tersebutlah yang mengelilingi bayi di waktu bayi tersebut berada didalam kandungan ibunya sepanjang tempoh kehamilan itu berlaku.

Tanpa air nie, baby boleh kelemasan dan ia jugak sebagai medium menahan segala gegaran dan hentakan, melindungi dari terkena infection, memberi makan bayi serta membantu perkembangan paru-paru dan pencernaan. Ia jugak sebagai pengekal suhu hangat kepada baby. Kiranya pelindung baby semulajadi semasa di dalam rahim ibu.Air ketuban nie berwarna jernih. Kalau yang berdarah tu sila mendapatkan nasihat doktor...

Pada awal kehamilan air ketuban nie cuma air. Lepas 12 minggu kehamilan air ketuban ni penuh dengan zat-zat gizi seperti karbohidrat dan protein. Air ketuban jugak bertambah selari dengan perkembangan bayi... sehingga mencecah 39 minggu. Biasanya setiap ibu mengandung normal mengandungi 2 liter air ketuban. Kecuali berlaku kebocoran...

Air kencing yang dihasilkan oleh bayi juga sebenarnya berfungsi untuk buah pinggangnya kerana bayi juga akan menelan semula air kencingnya jadi ini bermaksud fungsi buah pinggang dan gastrous bayi anda dalam posisi yang normal.
Subhanallah...Baby yang masih diselubungi air ketuban.
Share from FB.


Jika air ketuban kurang ia memberikan petunjuk bahawa bayi anda sebenarnya tidak berjaya menghasilkan air kencing yang mencukupi untuk dirinya sendiri yang sebenarnya amat bermakna untuk fungsi buah pinggangnya dan seandainya ia berlaku maka bayi tersebut akan menghadapi masalah congenital abnormalities.

Sekiranya air ketuban berkurangan, saiz perut ibu yang hamil juga akan kelihatan lebih kecil kerana di dalam keadaan perut ibu yang hamil tersebut berlaku keadaan di mana air ketuban yang kering atau berkurangan. Di samping itu juga perut ibu yang kecil juga disebabkan oleh air ketubannya pecah awal atau bersalin pada peringkat pra matang walaupun sebenarnya saiz bayi tersebut adalah normal.

Dalam kes ini, doktor akan meminta si ibu tersebut untuk melahirkan bayinya dengan seberapa segera yang mungkin. Mengapa? sebab ia akan dikhuatiri bayi tersebut akan membawa kepada risiko kepada bayi sama ada ia membawa kepada kematian, kecacatan atau ia bakal dijangkiti kuman yang tertentu.

Baby google


NotaUmmi:
Ummi kongsikan tentang air ketuban sebab masa pregnant Wafa Sofea dulu ummi "leaking". Tiba-tiba je. Masa tu siap gelak2, bergurau senda dengan abi lagi(means tak stress or pressure emotion). Dengan kuasa ALLAH, Wafa keluar sihat walafiat dalam kandungan masa tu 34minggu. Baby lain semua masuk incubator, Wafa dok atas katil baby je. Cuma ummi & Wafa kena warded sebab Wafa x cukup berat(only 1.7kg). Boleh klik SINI & SINI lau nak tengok Wafa..hehe.. Jangan fikir jika ada masalah je baby lahir prematured. Bila-bila masa pun boleh..
So, untuk kelahiran kedua ni ummi mohon padaNYA moga kandungan ni kuat & baby keluar cukup pada masanya. Teringin gak ummi nak lahirkan baby lebih 2kg & "on time". (oh ya, Wafa dlu ummi push 2,3 kali dah kuar & tak sakit..amazing kan..Syukur) Bersalinkan baby prematured memang senang(lebih2 lagi Wafa xde masalah~Alhamdulillah). Tapi kne masuk hospital sebab berat baby kecik. Ummi kalau boleh lahirkan je terus nak bawak balik..Boleh tak gitu?hehe..Tapi...kira wafa xde masalah ni doc cakap 1/50 je..Rata2 yang lahir baby pramatang banyak yang ada masalah. Maybe Wafa kurniaan ajaib Allah yang terhebat buat ummiabi. Cukup senang nak menjaganya...Alhamdulillah..Alhamdulilah..Alhamdulillah..(tips:baca quran..baca quran..baca quran. Kalau xde masa, dengar saja pun dah cukup asalkan istiqomah)

Buat baby dalam kandungan ummi ni, [kita kuar "on time k..". Tak payah kena tahan ward. Sebab kali ni kak Wafa tak sabar nak tengok "adik". Adik sabar tau..Jangan "kalut" sangat nak kuar tengok dunia..Duniawi ni mencabar tau..hehe..sayang anak ummi]

Oh ya...maktok ada bagi petua masa ummi pregnant dulu.. Kalau kandungan dah 7bulan ke atas, banyakkan minum ayaq "nyok"/kelapa muda. Nanti baby yang lahir tu kurang berlendir & keluar bersih je(nurse pun puji tau...hehe). Ada orang kata air kelapa muda ni dapat banyakkan air ketuban & memudahkan proses bersalin.
Ummi silap juga dlu, start minum air kelapa muda masa kandungan 5bulan(jangan bagitahu maktok yer..heh), tu yang terkeluar awal kot..hehe..Apapun Alhamdulillah atas nikmat ALLAH..(^,^)

Thursday, December 20, 2012

Congratulation to aunty Ninie

Barakallahu lakum. Hi dear.. Baru-baru ni bff ummi (best friend forever-kawan sekelas ummi dari sekolah sampai university) baru melahirkan seorang baby boy yang hensem. Ummi pergi tengok dengan abi...Cute sangat Muhammad Qhalish Akil.. Berat 3kg. Putih melepak macam ibunya... Seronok ummi pegang dia coz baik sangat, asyik tido je. Nurse datang inject vaccine pn tido..hehee..(hero kan..)
Abi gelak2 tengok ummi pegang baby, kekok katanya padahal dah ada anak. Huhu...dah 2tahun ummi tak pegang babylaah...kena belajar balik...heh*sigh*

Jom tengok baby..:
Ummi doakan Qhalish & aunty Ninie sentiasa sihat walafiat & diberkati ALLAH selalu. Moga Qhalish membesar bagai juara & menjadi anak yang soleh..:)



Nota ummi:
Tak sabar ummi nak pegang & peluk baby dalam perut ni pulak. Dah makin active nampaknya..(^,^)

Apabila sangkakala ditiup

Barakallahu lakum. Allahumma antassalam buat Wafa Sofea, abi, family ummiabi & muslimin muslimat semua. Ummi nak share satu perisian yang dapat kita fikirkan serta muhasabah diri.. Sesungguhnya Akhirat itu pasti...

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa ma
laikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Wallahu A'lam bishawab ..

Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmat-Nya sempurnalah semua kebaikan ....

Wednesday, December 19, 2012

Menu sihat Rasulullah

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam, waminkassalam, tabaroktarobbana wata'alaik buat anakanda UmmiAbi"Wafa Sofea", Abi, family abi, faamily ummi & muslimin muslimat...


Hi dear..
Apa menu anda hari ni?Sihat & seimbang x?
Apakah menu pilihan Rasulullah s.a.w.?

Jom kita semak:

1- Kurma dan air kosong.
2-Tharid (roti yang dicampur daging dan berkuah)
3- Roti yang dimakan dengan cuka.
4- Roti dengan minyak zaitun.
5- Roti dengan keju.
6- Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum.
7-Roti dengan kurma.
8-Kurma dengan mentega.
9-7 biji kurma yang direndam di dalam susu (biasanya dimakan waktu pagi)
10-Kurma dan tembikai
11-Timun dan kurma

Menu -menu yang disenaraikan di atas memperlihatkan kesederhanaan Rasulullah dan betapa sihatnya hidangan Baginda. Baginda menjana tenaga melalui makanan tersebut untuk tujuan ketaatan kepada Allah.


Tuesday, December 18, 2012

DIY clock in the house

Barakallahu lakum. Allahumma antassalam waminkassalam..wailaikaya'udussalam..tabaroktarobbana wata'alaik... buat puteri kesayangn ummiabi, Wafa Sofea...abi..family ummi & family abi..serta muslimin muslimat..

Hi dear...ummi bw ramai yang ngah deco2 umah sekarang kan..?Ade yang siap renovate rumah termasuk dapur & bilik. Cantik sangat.
Ummi suka tengok deco2 hasil makeover dari kak NA.. Entah bila ummi boleh panggil dia & crew datang umah kan..?hehe..berangan..
InsyaALLAH..abi cakap kumpul duit lagi & lagi...& lagi...Berapa abi nak kumpul pun ummi xtahu..hehehe... Xpela, untuk kami yang tinggal bertiga(tambah lagi sorang thn depan) dalam rumah double storey kecik tapi amat selesa ni pn dah ok(Alhamdulillah,syukran abi)..Tupun abi cakap ummi dah mengah2 nak kemas. Dengan 3bilik air yang lagi 2bilik air yg jarang guna..huhu, tupun nak extend??Tunggu ahlul bait ramai dulu, nanti kita extend sampai takde tanah dah..hehe..(Abi perli ker??heh).
Tapi kan deco n renovate umah ni jadikan rumah kita suasana baru, macam kita pindah ke rumah baru...Best kan...?Sabar ummi..sabar...hehe..
So, nak deco2 n renovate menggunakan fulus yg banyak, so memandangkan fulus tak cukup lagi, ummi deco sendiri jela umah ni (bukan deco sebenarnya, touch up sket je) asalkan nampak lain sket. Taklah boring kan..
Ummi tukar jam je...hehehehe...tupun nak kecoh kan..?Orang lain siap tukar dinding..hehe
Xpela...kenangan gak kan...(^,^)
Ummi beli jam ni kat Groupon(pakat beli ramai ngan staf2 kat UM, dapat harga murah sangat3)

Wafa suka main nombor2 jam ni.. Mesti dia ingat macam permainan puzzle dia..hehe
Sebelum
Selepas...
Oklah kan.. Nanti boring, kita tukar jam lain lak...(Save budget sket setakat nak beli jam je..hehee)
(Boleh main permainanan "cari perbezaan gambar" pada gambar sebelum & selepas kan..?)Akuarium pn ummi bru pasan tiba2 lampu ON. Mesti Wafa yg "switch ON"..hehe. Anak ummi dah pandai macam2 sekarang ni..Kena sentiasa "UNDER OBSERVATION"..*sigh*

Wednesday, December 12, 2012

Semua nak buat sendiri

Barakallahu lakum.
Hi dear...Ummi nak citer perkembangan wafa...Semenjak-menjak dia masuk 2tahun ni, semua benda/perkara nak buat sendiri... Kalau ummiabi nak buatkan, memang dia lari suruh kita kejar sambil gelak2... At last kena bagi dia buat sendiri gak...tapi still under observation..
Sejak wafa 1tahun, dia memang suka makan sendiri. Mesti minta mangkuk & sudu.
Sejak dah masuk 2tahun ni, makin banyak improvement...makan tak tumpah sangat, adala 2,3 butir nasi je yang tumpah..(Good job dear)
Ni nak pakai baju sendiri(baju tu pun dia pilih sendiri)
dan hasilnya....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Taraa..kan dah macam Puteri Gunung Ledang gayanya..Hehee..80% berjaya...Oklah kan...
Ummi nak betulkan xbagi..At last tidur pun dengan gaya "tersendiri". Abi balik, gelak2 sambil geleng kepala  tengok anak dara dia..haha


Nak shopping pun sendiri. Selalu mintak nak tolak trolley tu. Tak padan ngan kecik kan..?hehe
Abi cakap bab shopping ni x tahula ikut sape??(sambil jeling ummi)*sigh*
Haaa...inilah yang untungnya ada ANAK DARA...
Kalau tumpahkan pape, mesti dia terus bagitahu ummi dia tumpahkan something & tunjuk  mop.  Konon mintak mop tu, dia nak bersihkan...hehe.


Nak mandi pun nak mandi sendiri(tapi xdelah ummi tangkap gambar anak dara ummi mandi...hehe, marah Wafa bila besar nanti)... Kadang dia dah siap tanggalkan pampers. Oh ya, sebut tentang pampers, sejak akhir2 ni, dia selalu bagitahu yang dia pee or poop.. Lau dia pee, cakap"cing..cing" & ajak Ummi/abi gi bilik air. Ummi x surelah pulak dia bagitahu "cing..cing" tu means dia dah pee/kencing or belum. Ummi rasa dah sampai masanya Wafa diaper off kan.. 
In syaa ALLAH...ummi akan ajar slowly weekend ni... 



Nota ummi:
Alhamdulillah..ummi bersyukur pada ALLAH atas perkembangan Wafa & segala kurniaanNYA setakat ini......

Tuesday, December 11, 2012

Wordless Wednesday#13~How much is inside ur shopping trolley?~




....So true.....

Di kala ummi tak lalu makan..


Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam..waminkassalam..wailaika ya'udussalam buat puteri kesayangan ummiabi, buat abi, family ummi, family abi & semua muslimin & muslimat yang singgah sini..Syukran..

Doa buat Wafa Sofea:
Robbi Habli minassolihin...

Hi dear..
Ummi dah preggy adik Wafa dah masuk 4bulan(Alhamdulillah). Tapi ummi sangatlah pelik bin ajaib sebab selera ummi ni pelik bila preggy kali ni.. Ummi boleh tambah siap tak cukup bila makan kedai or orang lain yang masak. Tapi kalau masakan ummi mesti tak lalu & xde selera.... Kenapa ye? Masa pregnant Wafa dulu maybe sebab asyik morning sickness & loya yang teruk, sebab tu tak lalu makan. Tapi kali ni takde loya2 tapi selera pelik lak.. Abi pulak sarankan ummi makan kat rumah dari kedai. Lebih berkhasiat katanya.. Alahai sayang ummi dalam perut ni..Kita kurangkanlah makan kat kedai ye..Please....

Baru-baru ni ummi call maktok ngadu tentang ni.. Ummi risau gak...Dahlah haritu mood dah ke laut. Ni dah de selera, tapi takde selera ngan masakan sendiri pulak..Abi geleng2 kepala sambil cakap: "macam-macam kerenah orang pregnant ni"heheee..
So,maktok cakap semua anak lain2 pembawakannya.. Rupanya maktok pun macamtu...hehee..
Maktok suruh ummi masak yang simple2 je..1 lauk pun ok asalkan menaikkan selera ummi..Maktok suruh ummi beli ikan kering or ikan bilis or telur masin. Yang tu pun lauk2 yang boleh membangkitkan selera. Kalau tak suka sayur pulak, cuba try beli ulam...cicah dengan sambal belacan sikit. Uishh..maktok cakap pun dah mengiurkan.. Baru ummi terfikir, maybe ummi bosan dengan lauk2 seperti gulai, kari ,sambal tumis, sup dan lauk2 yang berat2 ni. Nak yang simple pulak...
Then, maktok bagi resipi ikan bilis berlada yang mudah..Maktok cakap lau makan dengan nasi/bubur panas2 memang sedap..Ummi baru teringat ummi pernah buat dengan kawan2 masa duk hostel dulu...
Senang sangat2...Tumis je semua bahan2 kat atas ni dengan ikan bilis..Goreng sampai garing..
Lau nak kuah, letak kicap sket...
(Ummi tumbuk dengan lesung batu dulu(separuh lumat) then bru goreng garing)

ummi makan dengan bubur panazzz..
Memang betul cakap maktok, ummi tambah sampai 5mangkuk...makan panas2..sedapnyerrrrr....

So, menu harian ummi mesti ada ikan bilis goreng berlada ye abi... Kari, sambal semua tu buat ngam2 untuk abi je...hehe...
Abi pun x cerewet makan..Alhamdulillah~Abi cakap lau ummi xlarat, buat sandwich kat abi pun xpe... Abi dalam proses kuruskn badan..katanya..heheee...
Tp ummi xsampai hati lak nk bg sandwich hari2...Masak jugakla buat abi kesayangan..dapat pahala tu..hehee

Doa anak soleh yang simple



Doa buat Wafa Sofea:
Robbi Habli minassolihin...

(Nak kongsi doa buat ibu bapa semua....
 Ringkas kan ayat ni..Ummi memang suka ayat2/doa ringkas tapi power ni.hee..Ada seorang ustaz ni suruh ummi baca masa pregnant dulu, & ummi amalkan sampai sekarang, Then baru harini tahu maksudnya, tupun nasib baik de org post dlm FB... Alhamdulillah..ummiAbi akan terus amalkan)

Oh ya..ni doa simple..tapi bagi ibu bapa yang suka menghafal ayat2 yang lebih panjang, boleh klik SINI..Ada doa2 untuk anak(^,^)




Nota Ummi:
Doa ibu bapa paling mujarab/makbul buat anak-anaknya...:)

Thursday, December 6, 2012

Sanah Helwah Wafa Sofea. U're turn 2..

Allahumma antassalam...waminkassalam..Tabaroktarobbana wataalaik..ya zaljalali walikram buat Puteri kesayangan UmmiAbi(Wafa Sofea), abi, family ummiabi serta muslimin & muslimat semua.

Pada 5hb Disember baru2 ni(2 hari lepas), genaplah umur Nurul Wafa Sofea Muhammad Salim 2tahun.. Sanah Helwah(Selamat Hari Ulangtahun) my dearest Wafa Sofea..
Wafa Sofea...
It's amazing to look at you today and realize how much you have grown and changed over the past years. Every milestone you reach and every new experience that delights you puts a smile on our face.
There is a special kind of relationship between a mother and her daughter to me & a father and her daughter to abi. We'll grow into all the good things (and the bad) that come from that relationship as you grow older. You make our life more joyous, you fill it with more laughter, and you make our heart smile more than we ever dreamed possible. Happy birthday our sweet...


May Allah bless u Nurul Wafa Sofea..
Ya ALLAH.. please protect and guide Wafa Sofea as she continues along the path you’ve chosen for her.
Give her the courage to follow in your light, and feel your love wherever she goes. May ALLAH always upgrades her IMAN.

Make her strong and give her the strength to make good decisions in the coming year. Keep her free from
illness and sadness, for she is a truly good person who deserves happiness and success in all aspects of life.

Ya ALLAH..please bless our daughter now on this day, and in the future. Ya ALLAH..please give her a kindheart & (soleh) husband that can bring her a path to jannah..
Ameen..Ameen..Ameen..

Sincerely,
~UmmiAbi~

Nota ummi:
from deep in my heart, U're the best gift from ALLAH to us..
(Sorryla...ummi nak type sket je in English tapi teruja pulak nak wish kat Wafa,laju je type... Apa terasa dalam hati rasa teruja nak wish...Tengok balik ayat tu macam dah ok kot...So,sorry ye kalau salah vocab sebab ummi ni memang "Rojak" tutor(abi cakap).hehee
Pepun, thanks Wafa hadir dalam hidup UmmiAbi..UmmiAbi sayang kat Wafa Sofea tau...Muahhh


Eh lupa pulak..Jom layan beberapa gambar..
Oleh sebab besday Wafa jatuh pada hari Rabu dimana ummiabi & semua orang bekerja...So, sambutan "on the date" tetap ummiabi buat tapi bertiga jela..Kalau sebelum ni memang sambut bersama ahli keluarga yang lain.. In Shaa ALLAH, nanti kita balik kampung abi akan buat dinner treat & doa selamat buat Wafa.. Allahuma Yassir wala Tuassir..

Walaupun kek Wafa xde gambar Barbie, Princess, Upin-Ipin dll, tapi kek nilah paling sedap setakat ni. Abi yang bukan penggemar kek pn suka kek ni. Wafa lagi suka...:)
Ummiabi memang decide nak beli kek ni (order pun kena awal).  Kami sukakannya sebab  cheese cake  ni sangat sedap. Cheese dia sangat padat. Ummi order di Hotel Holiday Inn, Glenmarie.. (Ummi bernasib baik sebab isteri chef kat hotel ni teman sekerja ummi..hehee). Syukur, dipermudahkanNYA...
TQ ye Kak Iza & Chef Hanif...Tahun depan kami order lagi(^,^) 

Oh ya...semasa ambil Wafa dari umah babysitter, rupanya bs wafa de celebrate besday Wafa. Dia siap buat kuetiaw & bihun tomyam, nugget & french fries & kek coklat.. Then, dia panggil beberapa orang anak2 jiran sebelah rumah dia meraikan Besday Wafa.. Terharu ummi. Patutlah dia suruh UmmiAbi ambil Wafa lewat sket sebab dia nak masak..
Ummi nak ucapkan terima kasih banyak2 buat Kak Huzzana & abg Jalil sebab menjaga Wafa Sofea selama ummiAbi pergi bekerja.. Moga ALLAH merahmati mereka sekeluarga..Amin..
Kak Zana de snap beberapa gambar buat ummiabi..:
Serius je muka besday Girl..hehe
Pakat nak buat "peace"lah konon..hehe

Orang yang pertama



SIAPAKAH ORANG PERTAMA & BERTUAH???



1. Orang yang pertama menulis Bismillah :

Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :

Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :

Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :

Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :

Nabi Adam AS.


6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :

Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)


7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :

Nabi Muhammad SAW


8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :

Abu Bakar AsSiddiq RA


9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:

Umar bin Al-Khattab RA


10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:

Al-Hasan bin Ali RA


11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:

Thuwaibah RA


12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :

Al-Harith bin Abi Halah RA


13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:

Sumayyah binti Khabbat RA


14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :

Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA


15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :

Saad bin Abi Waqqas RA


16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:

Bilal bin Rabah RA


17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :

Ali bin Abi Tholib RA


18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:

Tamim Ad-dary RA


19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :

 Az-Zubair bin Al-Awwam RA


20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:

Ibban bin Othman bin Affan RA


21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :

Khadijah binti Khuwailid RA


22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :

Imam Syafie RH


23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:

Ali bin Abi Tholib RA


24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :

Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :

Harun Ar-Rasyid RH


26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal :

Umar Al-Khattab RA


27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:

Ali bn Abi Tholib RA


28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :

Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :

Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :

Nabi Muhamamad SAW






C&P dari FB
Nota ummi:

Mereka bukan sahaja yang pertama, tetapi mereka orang yg TERPILIH..:)

Wednesday, December 5, 2012

Masakan kenduri paling sedap abad ini..

Barakallahu lakum. Allahumma antassalam..Waminkassalam buat puteri ummiabi, "adik" Wafa dalam kandungan ummi ni, buat abi ,keluarga abi & keluarga ummi serta muslimin & muslimat yang dirahmati ALLAH..

Sebelum ni ummi ada mention kat entri ni yang maktok ada datang KL kan....? Memang setiap kali cuti sekolah maktok&tok wan akan datang KL tengok anak-anak di samping berjalan2 bawak Cu OL(Nasrol). Dia kan baru habis PMR(memang cuti sakan no..). Moga Cu OL berjaya & menjadi pelajar cemerlang di MRSM Beseri Perlis.
Kali ni maktok & tok wan bercuti lama sket coz maklong sekeluarga buat kenduri doa selamat sempena berkhatannya abg Amirul Hakim(sepupu wafa yang sulung-sebelah ummi). Alhamdulillah...Abg Mirul dah boleh jadi imam...hehe.

Oh ya, ummi nak cerita tentang masakan kenduri tu... Pergghhh...sedap tul "masakan mak". Semua masakan diimport dari "air tangan" maktok. Sebelum Zuhur makanan dah habis..hehe... Pagi-pagi subuh kami adik-beradik dah berkumpul di rumah maklong di Ampang. Maktok dah start masak kari/gulai daging rebung(ni rebung Perlis====>sgt sedap & totally x sama dgn rebung KL). Tokwan sponsor daging lebih kurang 15kg. Maklong peram ayam goreng berempah untuk digoreng. Rasa kalah ayam KFC kot..Garing & sedap.. Tepung ayam special dari maktok. Maktok kata resipi dari Siam...hehe..(Kat Thailand terkenal dengan pulut ayam goreng..)

Semua masak sendiri tau...Walaupun simple tapi sangat puas.. Semua orang puji.. Syukur Alhamdulillah, Yang penting semua tetamu menikmatinya & dapat dilayan sebaiknya..kan..

Ada pulut kuning, som tam ditambah juga kuih-muih yg sedap.
Makngah sponsor kuih cara berlauk. 1lagi kuih ummi xingat,tapi sedap sangat..(kaler coklat de kacang).

Haa...ni yg paling special..Som tam=kerabu Siam/Thai.
Tu maktok tengah buat. Ummi sempat jugakla belajar...hehe..
Masa kenduri ni Abg Mirul tidak dikhatankan lagi...That's why buat kenduri doa selamat. Moga dia selamat berkhatan.Hari kenduri tu bagi dia enjoy puas2..hehe...
Esoknya baru masuk bilik bedah untuk berkhatan di HUKM...
Sebelum berkhatan

Abang Amirul Hakim yang kuat... Nangis kejap je tupun selepas sedar coz ubat bius dah hilang..

OK dah tu...siap boleh baca paper...

Ni kat umah dah..Berehat depan tv. Hari Jumaat berkhatan, hari  Ahad dah boleh pakai seluar maklong cakap..hehe
Nota ummi:
Tahniah buat maklong & paklong..Terlaksana sudah tanggungjawap sebagai ibu bapa kepada dua orang anak teruna..(^,^).
Ummi masih terasa lagi kesedapan makanan kenduri hari tu...Adakah ummi dah merindui maktok???huhu..nak balik Perlisla..
Kalau makanan haritu banyak, ummi nak ajak semua orang makan bersama menikmati makanan tersebut. Nak share dengan semua orang...hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...