Monday, November 5, 2012

Zulhijjah 1433H

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam..Waminkassalam..Tabarok tarobbana wata'alaik buat Wafa Sofea, abi & keluarga ummi serta semua muslimin & muslimat yg singgah sini..:)

Dah 20 Zulhijjah..tp ummi nak cerita tentang Hari Tasyrik(10,11,12 Zuhijjah) iaitu Hari Raya Aidiladha.....Masih sempat kan..?Masih bulan Zulhijjah kan..?Huhu...Ummi nak selitkan juga untuk kenangan kami sekeluarga. Lagipun tahun ni 1st time UmmiAbi buat korban..  Bukan asbab korban tu yang ummi nak nukilkan..tapi rasa syahdu & terharu bila kita beri daging yang dikorban tu utk dikongsi ramai2 & disedekahkan.. Perasaan rendah diri wujud bila daging fresh tu kita beri pada yang memerlukan.. Terpulanglah pada individu tersebut untuk memasak, menghadiahkan atau menjual(untuk dapatkan keperluan lain) daging tersebut... Yang penting, semuanya niat kerana ALLAH SWT..

Raya pertama & ke2....
Ummiabi & Wafa Sofea balik Kuala Kubu Baharu... Abi buat korban di sana... Walaupun ambil 1 bahagian je, tapi suasana gotong royong serta kerjasama jiran2 kat sana amat meriah...
Oh ya, pagi tu Wan masak nasi minyak, chik ina buat rendang tok ditambah pula favourite Wafa, satay...
Ni korban rumah jiran Wan(nenek wafa).
Abi pergi menolong je...
Abi pakai baju Blue-black,kopiah hitam.
Ummi & Wafa pun tolong...Tolong tengok...Wafa siap makan satay sambil tengok lembu..hehe

Raya ke2 pulak, pagi2 lagi bersiap pergi Masjid KKB.. Diorang dah siapkan breakfast iaitu nasi lemak, kuih muih & air.
Suka Wafa Sofea tengok lembu...siap nak pergi dekat lembu tu...Berani betulll...Ummi yang penat kejar dia..hehe
Lebih kurang 7ekor lembu yang dikorbankan haritu..Alhamdulillah..
Petang tu terus balik BBR(Bandar Bukit Raja). Esoknya ummi pula amik bahagian buat korban...
Start korban seaawal 7.30am.. Sian Wafa kena bangun awal...hehe
Abi khusyuk menolong...:)
Abi pakai baju biru kotak2 n Berkopiah putih...
Chaiyok abi...;)

Lepas aktiviti korban, daging & tulang yang lebih kitorang buat kenduri sket.. Sedap sangat...Makan ramai2 lak tu..Lagi bertambah sedap..
Tulang lembu tu kami buat sup satu kawah...daging buat masak kicap & sayur campur goreng..Uishh,makan brtmbah2...hehe
Pepun, ummi bangga & terharu ada jiran tetangga macam penduduk Bandar Bukit Raja ni...Tak rugi beli rumah kat sini...hehee.. Susah nak jumpa dah jiran tetangga yang masih aktif berkomuniti di KL & Klang Valley ni...kan..?
Syukur Alhamdulillah..:)

3 comments:

IntaNBerliaN said...

sronok je meriah2 camni :-)

UmmiAbi said...

Seronok....masa ni baru kenal jiran2 dgn lbh dekat..:)

umialya said...

dah lama tak merasa suasana gini, maklum le beraya di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...