Wednesday, November 14, 2012

Wafa & breastfeeding..Alhamdulillah

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam...waminkassalam...Tabaroktarobbana wata 'alaik buat puteri ummi, Wafa Sofea, kekasih ummi, abi tercinta, family ummi serta muslimin & muslimat..



Hari ini ummi ingin panjatkan kesyukuran buat Pemberi nikmat rezeki...ALLAH SWT kerana dengan limpah kurniaNYA pada harini genap 2tahun (29 Zulhijjah 1431H - 29 Zulhijjah 1433H) tempoh penyusuan Nurul Wafa Sofea dengan ummi. Tertunai sudah impian ummi untuk menyusukan Wafa dengan susu ajaib kurniaan ALLAH ini.
 Ummi telah tunaikan hak Wafa Sofea dan Ummi minta maaf jika ada yang terkurang dalam memenuhi hak Wafa Sofea... Moga Wafa menjadi anak yang solehah buat ummiabi & mukminah yang bertaqwa kepada ALLAH..Amin



Oh ya..buat ibu2 yang menyusukan anak dengan susu ibu, tempoh penyusuan 2tahun dalam Islam(yang dinyatakan dalam Al-Quran) adalah mengikut kalendar Hijrah ye(sebagai panduan bersama)..Untuk itu, ummi doakan semoga ibu2 juga berjaya & cekal meneruskan penyusuan 2tahun atau lebih..Syabas untuk diri sendiri..:)Alhamdulillah..


P/S:

WANITA YANG ENGGAN MENYUSUKAN ANAK-ANAKNYA TANPA UZUR
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلَانِ، فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ، فَأَتَيَا بِي جَبَلًا وَعْرًا... ثُمَّ انْطَلَقَ بِي، فَإِذَا أَنَا بِنِسَاءٍ تَنْهَشُ ثُدِيَّهُنَّ الْحَيَّاتُ، قُلْتُ: مَا بَالُ هَؤُلَاءِ؟ قَالَ: هَؤُلَاءِ يَمْنَعْنَ أَوْلَادَهُنَّ أَلْبَانَهُنَّ

“Ketika aku sedang tidur, dua orang lelaki mendatangiku dan memegang kedua lenganku, lalu keduanya membawa aku ke gunung yang keras lagi kasar… kemudian aku diperjalankan, tiba-tiba aku di hadapkan kepada para wanita yang payudara mereka di patuk oleh ular-ular. Aku bertanya, “Kenapa dengan mereka itu?” Dia menjawab, ‘Mereka adalah para wanita yang menahan susu-susu mereka terhadap anak-anaknya.”
(Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 1986. Shahih Ibnu Hibban, no. 7491)

Nauzubillah...Ummi harap sangat dapat menyusukan anak-anak ummi..

7 comments:

Ummu Muhammad said...

alhamdulillh wafa da dpt phd bf! doakkn mkcik utk abdullah! ;)

UmmiAbi said...

Alhamdulillah UM...Syukur pada ALLAH kerana itu adalah impian ummi wlupun banyak dugaan ditempuhi...Syukurlaah..
Moga UM jg dapat menyusukan Abdullah dengan jayanya serta dirahmati ALLAH..:)

Izan Ishak said...

tahniah ummi! doakan kak izan juga utk berjaya susukan bby zayyan sampai cukup 2 thn~

UmmiAbi said...

Alhamdulillah kak izan~
Moga k'izan juga berjaya susukan baby Zayyan sampai 2tahun.... Chaiyokkk..hehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alhamdulillah...tahniah ummi :-)

IntaNBerliaN said...

alhamdulillah... murah rezeki wafa... harap2 aqilah pun dpt susu yg terbaik ni selama 2 tahun :-)

UmmiAbi said...

Wanieys:
Alhamdulillah..syukur pada Allah..:)

IntanBerlian:
Alhamdulillah..Chaiyok k'ina..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...