Tuesday, November 20, 2012

Wafa 1st time makan durian(Umur nak masuk 2tahun baru boleh makan)

Barakallahu lakum. 
Hi dear...Wafa nak tahu, nilah 1st time wafa mamam durian tau... Ni pic lama sebenarnya. Masa ni Wafa setahun 10 bulan. Umur wafa setahun++ ni baru ummiabi berani bagi wafa rasa sikit2 makanan2 yang ala-ala tough seperti durian ni tau. Ummiabi jaga perut wafa...
So, nanti Wafa besar jangan makan sesuka hati juga ye. Kesian perut tu. Bak kata Dr. Zubaidi Hj Ahmad, kesakitan kita akan datang bergantung pada pemakanan kita sekarang. Contohnya, gastrik & appendiks. Kenapa ramai kanak2 baru umur 12tahun dah kena operate appendiks??80% ibu kanak2 tersebut mengaku memberi makan kanak2 tersebut seawal umur 4 atau 5 bulan. Kesiannya... perut anak2 sekecil itu sudah disumbat makanan pejal. 
Then gigi belum tumbuh & umur belum capai setahun sudah diberi kunyah keropok, muruku, kerepek dll kononnya nak mengajar anak tersebut supaya terdedah kepada makanan pejal lebih awal. Secara tak langsung, ibu bapa berkenaan sebenarnya mendedahkan risiko penyakit lebih awal.

Suka dia makan durian ye...:)
Lepas kami makan sebiji, dia mintak kopek lagi sebiji...huhu
Malam jangan sakit perut sudah...:)
Nota ummi:
Dalam berjaga-jaga, ummiabi risau sangat... Ini kerana kami adalah ibubapa bekerjaya di mana pada hari minggu(Sabtu-Ahad) & hari cuti sahaja kami bersama anak 24jam. Selebihnya, Wafa Sofea di rumah baby sitter. Walaupun ummi dah berpesan kepada bs supaya tidak memberi wafa makanan junk food & tidak berkhasiat, namun siapa tahu kan... Ummiabi sekadar redha & memohon supaya ALLAH sahaja dapat melindungi anak kesayangan kami.
(Ummi risau sebab baru-baru ni ummi ambil wafa, ummi ternampak keropok, jajan & gula-gula pelbagai perisa digantung di luar rumah bs, bs nak jual pada kanak2 taman tu katanya...huhu, harap untuk dijual je, jangan bagi wafa sudahla...Moga ALLAH melindungi Wafa Sofea...Allahumma antassalaam).

*Bersyukur & beruntunglah mereka yang dapat tengok anak-anak membesar di hadapan mata 24jam. Hmm...ummi rasa macam nak jadi suri rumah sepenuh masa pulak. Abi izinkan tapi abi cakap, sayang juga belajar tinggi-tinggi & dah dapat kerja kerajaan(siap sah jawatan) then akhirnya berhenti. Takpela...sekurang-kurangnya hari sabtu-ahad ummi akan luangkan masa dengan anak ditambah pula ummiabi hanya kerja 8am-5pm sahaja( working hours). Apapun tetap bersyukur...Makin anak-anak membesar, makin murah rezeki kan...Alhamdulillah..
Ehh...tadi cerita pasal durian kaaan...Ummi ni, suka lari tajuk...kekeke..Sorry...

2 comments:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah suka la dia dapat makan durian hehehehe....

IntaNBerliaN said...

sronok wafa mkn doyan... :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...