Monday, November 26, 2012

Susu Kambing vs Susu Lembu

Barakallahu lakum.
Hi dear..Ramai yang tanya ummi, kenapa ummi pilih susu kambing berbanding susu lembu?
Ummi dah research awal2 lagi masa Wafa Sofea setahun++ tentang kebaikan susu kambing ni walaupun masa tu Wafa tidak memerlukan susu formula sebab dia fully breastfeed. Tetapi perancangan awal tu kan penting...
Kenapa ummiabi pilih susu kambing???Boleh klik SINI.
Lagipun susu kambing kegemaran para nabi..

So, ummi nak kongsi kat sini KELEBIHAN SUSU KAMBING berbanding SUSU LEMBU:

Versus

  • Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu kerana kedua-duanya bersifat alkali disamping komposisi yang menghampiri antara satu sama lain. Manakala, susu lembu pula bersifat asid.Oleh itu, susu kambing sangat sesuai bagi merawat ulcer dan gastrik.
  • Susu kambing memerlukan 20 min untuk dihadamkan sedangkan susu lembu mengambil masa 2jam. Ini disebabkan susu kambing mempunyai molekul lemak yang 1/5 lebih kecil dari susu lembu.
  • Tidak terdapat mukus (phlegm) didalam susu kambing oleh itu ia sangat sesuai untuk pesakit asthma dan mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
  • Susu kambing mempunyai lebih banyak kandungan kalsium (32.6%) berbanding susu lembu (29.7%) dalam kuantiti yang sama. Kalsium penting dalam melindungi usus besar daripada bahan penyebab kanser, membantu menguatkan tulang akibat faktor usia atau monopous, mengurangkan simptom pening dan migrain serta melancarkan proses metabolisma dan fungsi organ tubuh badan.
  • Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
  • Kandungan potassium & calcium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  • Susu kambing mempunyai keupayaan untuk melembutkan sistem usus dan membantu mengatasi masalah sembelit.
  • Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan dan mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
  • Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
  • Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
  • Kalau perhatikan dari segi fizikal kambing & lembu itu sendiri, kambing lebih aktif berbanding lembu yang "slow".
  • Wallahu'alam...

Ummi kongsi ilmu ini dari SINI.Syukran..:)

Nota ummi:
Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya. Si ibu bersusah payah mengandung & melahirkan & tanggungjawab si ayah yang tidak ternilai membesarkan anak-anaknya.
Bagi ummi, tak salah kita nak memilih susu lembu atau susu kambing buat si anak, asalkan kita yakin itu adalah yang terbaik buat permata hati kita. Ummiabi buat research & kaji tentang susu kambing ni hampir setahun untuk beri Wafa Sofea yang terbaik... Setiap ibu bapa ada pendirian tersendiri... Walaupun Wafa Sofea tak besar/gemuk bam-bam macam sesetengah budak lain. Tapi ummiabi yang membesarkannya tahu sejauh mana tumbesaran fizikal serta IQ Wafa. Tahap antibodi Wafa, Alhamdulillah...dia memang jarang sakit or demam(Kalau demam pun paling lama 2hari). Syukur padaMU Ya ALLAH... Ujian kecerdasan minda Wafa juga terbukti lain dari yang lain.Alhamdulillah..Doc cakap Wafa kecil2 cili padi..Syukur pada MU Ya ALLAH... Ummiabi bangga denganmu sayang.. Untuk pengetahuan semua, Wafa Sofea adalah prem-baby yang kena check up 6bulan sekali.. Syukur juga setiap 6bulan sekali kami dapat tengok tahap fizikal & mental Wafa Sofea. Bukan senang nak jumpa pakar 6bulan sekali kan.. Ini pun dah bersyukur walaupun ummiabi kena ambil cuti dan time-off bila pergi check up Wafa. Result Wafa? mantop...doc selalu cakap Wafa xde masalah..(^,^)
Kadang-kadang masa check up Wafa, ummi cakap kat doc,
" Ramai cakap Wafa kecik, doctor..huhu.. Siap suruh saya tukar susu..huhu"
Doc: "La...tengok mak ayah dialah...kecik comel je..takkan mak kecik,anak debab..Nanti xlarat mak nak dukung kaan. Kalau tukar susu anak debab, tapi xsihat, cirit birit, asyik demam..xguna juga...
Saya dulu pun kecik..., Wafa macam saya, nanti besar tinggi dia pun macam saya..heee"
"Ameeeen(Moga makbul doa doc tersebut)" Ummi aminkan dalam hati, bukan sahaja kecil macam doc,mana tahu jadi doctor..kan..:)

Psst..setiap kali pergi check up Wafa kat Specialist Hosp Ampang, mesti ada yang tegur ummi & abi, Yang tegur doc pulak tu...muahaha..hehe..
"MO(medical officer) sini ke?"
"Awak student medik UKM ke dulu?coz muka awak macam classmate saya masa medik"
Hehee...Ummi staf Pusat Perubatan UM & Fakulti Perubatan UM...(belajar pn kat UM)  but not mbbs(doctor). Hajat nak jadi doctor x kesampaian...hanya mampu mengajar & guide students medic buat masa ni(Tulaa..kahwin awai sangat...entah bila boleh further study lagi kan..?)
So, ummi mohon doktor2 yang co-incident bertanya ummi tu, tolong doakan anak-anak ummi yang akan meneruskan hajat ummi ye...Moga tercapai impian ummi. Tgk anak-anak berjaya pun dah cukup buat ummi..(^,^)



4 comments:

Sue-Rya Qistina said...

kita tau apa yg terbaik utk anak2 kita kan. hehehe :)

UmmiAbi said...

Sue Rya:
A'ah..kita yang kena bijak memilih utk diorang masa ni..coz diorang xdapat bezakan lg yg mana baik & buruk..:)

DAHLIA Story said...

terima kasih utk perkongsian ini :-(

DAHLIA Story said...

:-)*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...