Thursday, November 29, 2012

Perlu ke supplement?

Barakallahu lakum.
Hi dear...Ummi nak tanya, sape yang amik supplement? Mesti ramai kan? at least multivitamin...
Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi untuk menampung keperluan tubuh?Kadang-kadang makanan kita tak seimbang, boleh tengok dalam pinggan masing-masing. Cukup seimbang ke portion makanan kita? Ada karbohidrat, protein, zat besi & semua mencukupi? Kadang2 dalam pinggan kita ada sayur, kadang2 tak...
So, bagi ummi supplement amat penting lebih-lebih lagi untuk orang yang cerewet/memilih makanan macam ummi. Sesetengah orang yang sibuk, lagilah memerlukan supplemen tambahan. Ummi ada seorang kawan yang sangat sibuk coz dia doktor. Makan sehari sekali, tupun kuih je..Selebihnya minum air & buah. Walaupun doktor, tapi diri sendiri selalu demam.. Bijak menasihati pesakit dalam bab makanan, tapi diri sendiri?hehe..ummi selalu sakat dia..tapi badan dia maintain cantik, tak kurus x gemuk cuma selalu demam..Badan dia memerlukan nutrien... Please Zack..jaga makan even u're bz person. Itu cerita Dr. Zakiah Umairah(now@Wad PPUM 6TD).. Cerita ummi pulak, ummi suka makan, tapi ikut mood. Kalau hari ni nak makan ayam, memang nasi+ayam jela ummi makan. Sayur memang xde. Wafa jangan ikut ummi ye sayang. Makanlah dengan seimbang.. huhu..
Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.
Panjang pulak mukadimah ummi...(Sebenarnya ayat kat atas khas buat Dr Zack. hehe..Harap dia terbaca, elleh mesti busy sekarang ni..)
Vitamin dalam makanan



Jom tengok fungsi MULTIVITAMIN:


Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:


Menjaga kesihatan jantung.
Meningkatkan tahap tenaga
Meningkatkan sistem imun tubuh
Menguatkan tulang
Kesihatan mata dan penglihatan
Menjaga kualiti kulit sihat


Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.


Antara indivitu yang digalakkan mengambil MULTIVITAMIN ialah:
Wanita hamil dan menyusu anak
Pengamal diet yoyo
Perokok
Pengamal vegetarian
Pemnium alkohol yang kerap
Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.

So, supplemen apa yang anda makan? Terpulang pada anda untuk memilihnya namun rujuk pada pakar terlebih dahulu ye..:)






Sumber: SINI

5 comments:

nadia said...

setengah orang penting, setengah orang tak berapa gemar kan umi :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

banyak juga kebaikan ambil suplemen multivitamin ni kan

Izan Ishak said...

k.izan buat masa ni tak amik apa2 pun supplement. try utk makan makanan seimbang je. hmmm.. harap2 sgt cukup utk bfkan zayyan.

IntaNBerliaN said...

kak ina setakat ni mkn shaklee je

Ummu Muhammad said...

Um pun tk ambek pape..tpi tulah tak try mane tau badan lebih bertenagekan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...