Friday, November 9, 2012

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris




Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.
Nota ummi:
Abi pernah cerita, kawan abi ada ajak seorang ustaz pergi sebuah restoran.. Masuk je dalam restoran tersebut semua lauk dia hanya pandang & diam je. Air pun dia taknak minum. Dia datang restoran tersebut semata-mata kerana diajak untuk berbincang tentang projek/bisnes. Restoran tersebut sangat terkenal dengan lauk-pauk yg sedap & 24jam ramai sangat pelanggan.
Selesai perbincangan & keluar dari restoran tersebut, ustaz itu cakap semua lauk-pauk dalam restoran tersebut penuh dengan cacing & ulat yang hidup2...
Fahamlah kawan abi..nasib baik dia pun tak pesan apa-apa...huhu..

Selingan----> Dengar tentang cacing ni kan..Kawan FB ummi de bagi pic worms hari halloween. Diorang buat jelly cacing guna straw..(haram ye sapa yg sambut wlupun utk suka2..ni party yahudi.huh). Ummi kecewa tengok ramai org melayu(Ummi x sure diorang Islam or x..) joined sambut party ni. Katanya, just suka2, meraikan kawan2 yahudi mereka..Astagfirullah al-Azim..Allahumma antassalam..(Selamatkanlah kami Ya ALLAH)

4 comments:

hananhadila said...

hey , nice sharing :D insyaAllah hanan amalkan :D

Si Matatajam said...

Eeeyekkkkk tak tahan M tgk cacing tu..geli arrr... Pernah gak M baca pasal perniagaan pelaris ni..tak tahan bila jin tu jilat pinggan untuk lariskan makanan kat restoran tu..ni pengakuan seorang ustaz yg nampak perlakuan jin tu sendiri..

IntaNBerliaN said...

Ya Allah... nak termunbtah tgk gambar cacing tu... geli..!!

thanks sbb gtau cara utk tau ada khadam tu... lps2 ni blh try... :-)

Izan Ishak said...

k.izan pun pernah buat entri ni. kisahnya kat sini pun ada restoran yg macam tu. hmmm... tak pegi dahlah pastu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...