Thursday, November 29, 2012

Perlu ke supplement?

Barakallahu lakum.
Hi dear...Ummi nak tanya, sape yang amik supplement? Mesti ramai kan? at least multivitamin...
Siapa kata makanan yang diambil sudah mencukupi untuk menampung keperluan tubuh?Kadang-kadang makanan kita tak seimbang, boleh tengok dalam pinggan masing-masing. Cukup seimbang ke portion makanan kita? Ada karbohidrat, protein, zat besi & semua mencukupi? Kadang2 dalam pinggan kita ada sayur, kadang2 tak...
So, bagi ummi supplement amat penting lebih-lebih lagi untuk orang yang cerewet/memilih makanan macam ummi. Sesetengah orang yang sibuk, lagilah memerlukan supplemen tambahan. Ummi ada seorang kawan yang sangat sibuk coz dia doktor. Makan sehari sekali, tupun kuih je..Selebihnya minum air & buah. Walaupun doktor, tapi diri sendiri selalu demam.. Bijak menasihati pesakit dalam bab makanan, tapi diri sendiri?hehe..ummi selalu sakat dia..tapi badan dia maintain cantik, tak kurus x gemuk cuma selalu demam..Badan dia memerlukan nutrien... Please Zack..jaga makan even u're bz person. Itu cerita Dr. Zakiah Umairah(now@Wad PPUM 6TD).. Cerita ummi pulak, ummi suka makan, tapi ikut mood. Kalau hari ni nak makan ayam, memang nasi+ayam jela ummi makan. Sayur memang xde. Wafa jangan ikut ummi ye sayang. Makanlah dengan seimbang.. huhu..
Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.
Panjang pulak mukadimah ummi...(Sebenarnya ayat kat atas khas buat Dr Zack. hehe..Harap dia terbaca, elleh mesti busy sekarang ni..)
Vitamin dalam makanan



Jom tengok fungsi MULTIVITAMIN:


Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:


Menjaga kesihatan jantung.
Meningkatkan tahap tenaga
Meningkatkan sistem imun tubuh
Menguatkan tulang
Kesihatan mata dan penglihatan
Menjaga kualiti kulit sihat


Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.


Antara indivitu yang digalakkan mengambil MULTIVITAMIN ialah:
Wanita hamil dan menyusu anak
Pengamal diet yoyo
Perokok
Pengamal vegetarian
Pemnium alkohol yang kerap
Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.

So, supplemen apa yang anda makan? Terpulang pada anda untuk memilihnya namun rujuk pada pakar terlebih dahulu ye..:)






Sumber: SINI

Wednesday, November 28, 2012

Permintaan abi

Hi dear.. Barakallahu lakum.
Petang tadi ummi dapat PM(private msg) dari abi...
So, untuk tidak menghampakan abi(macam gaya deejay radio plak), ummi masukkan video ni..Khas buat Wafa & adik2..
Ingat pesan abi ni ye... Abi cakap, macammana pun ibu kita, dialah yang terbaik buat kita lebih2 lagi anak lelaki..Letakkan ummi/ibu/mama/mak/mummy No.1 dalam hati :) Ingat..U only have ONE MUM...:)

video
Nota ummi: 
Ummi hari2 kalau boleh nak dengar suara maktok(mak ummi). Kalau ada masalah, ummi mesti kena bagitahu maktok jugak walaupun masalah tu dah selesai sebab maktok pendengar setia ummi.. Nasihat maktok paling terbaik setakat ini. Kalau org lain ummi boleh argue, dengan maktok ummi akan terdiam kerana setiap perkataan & cara maktok beri nasihat sentiasa tertanam dalam hati ummi. Mencairkan hati ummi...Power kan?he
Ummi perasan, abi juga suka telefon wan bila susah & senang...Kalau balik KKB, dia masih tidur atas riba wan, Anak bongsu kan..hehe..
 Kalau buka wallet abi ade gambar abi & wan(mak abi)... Sejak bujang lagi gambar tu tak pernah keluar dari wallet abi..Kalau ummi belikan wallet baru untuk abi, mesti abi akan letak gambar tu kat depan/tempat yg sama jugak.(Ehh..tadi ummi tulis xpernah keluarkan, tp wallet abi sama je design baru or lama..so,nmpak sama je. Dlm mesti de gambar abi & wan..hehe)
Tapi gambar ummi, abi & wafa...sentiasa terpampang dalam background laptop abi... Adil kan...?Ibu didahulukan, keluarga diutamakan...(^,^)

Moga ALLAH memberikan kesihatan yang baik & barakah buat Maktok(mak ummi), tokwan(abah ummi) & Wan(mak abi) di dunia & akhirat..

Mandi kolam di Ampang

Hi dear..
Barakallhu lakum.
Kalau sebelum ni kitorang suka pergi mandi kolam kat Putrajaya, So memandangkan anak-anak suka mandi kolam ummi ade beli kolam untuk diorang main.. Lepasni x payah pergi jauh-jauh. Pam & mandi je. Ummi beli online di facebook...Beli kat sini. Dia complete set dengan slide & pam letrik..So, x lenguh kaki/tangan nak pam berbanding guna manual..
Kat bawah ni kolam yang ummi beli:)

Kat bawah kolam boleh letak paip n jadikan air pancut..
Best kan?
Nampak besar, rupanya xlah besar sangat..Standard size..Cuma ummiabi xleh joinlah..hehe,ada hati mau join...

So, yang testimonialnya di bawah:
Tersengih Wafa Sofea di situ..Sekali sekala bagilah enjoy bersama sepupu2nya..
Ada lagi beberapa benda yang abi x pam.. Contoh pelampung kecil Warna-warni & gegelung atas gelongsor tu. Abi cakap pam dah panas.hehe..
So, budak-budak ni main kolam je.. Itupun dah seronok..hehe

Masa ni perasmian/1st time buka kolam ni di rumah maklong kat Ampang..Lagipun depan umah maklong luas..
Pas mandi, semua pakat nak makan. Dah sejuk, mesti lapar kan..? Nasib baik rumah Maklong banyak makanan..hehe.
K,pasni bila ada masa free lagi kita main kolam lagi ye..:)

Tuesday, November 27, 2012

Aktifkan otak anak untuk mencapai kecerdasan(PART 2)



Berdasarkan jenis kecerdasan yang ummi nyatakan di SINI, ummi dapati dalam umur Wafa Sofea menjangkau 2tahun, bentuk kecerdasan yang terserlah setakat ini adalah LINGUISTIK, KINESTETIK, MUZIKAL, INTERPERSONAL & NATURAL... VISUAL maybe ada tapi tidak begitu menyerlah.Wafa tak minat sangat..

Ummi elaborate sikit bagaimana mengenalpasti tahap kecerdasan tersebut:


1. Kecerdasan Linguistik
Kecerdasan Linguistik adalah kemampuan menggunakan kata-kata secara efektif, baik untuk mempengaruhi mahupun memanipulasi. Dalam kehidupan sehari-hari kecerdasan linguistik bermanfaat untuk: berbicara, mendengarkan, membaca, dan menulis.
Contoh Pekerjaan yang mengutamakan kecerdasan ini antara lain: guru, operator, bintang film, presenter TV,
pengacara, penulis,motivator, penceramah dsb

2. Kecerdasan Matematika
Kecerdasan Logik-Matematis melibatkan ketrampilan mengolah angka atau kemahiran menggunakan logikal atau akal sihat.
Dalam kehidupan sehari-hari kecerdasan ini bermanfaat untuk: menganalisa laporan kewangan, memahami perhitungan hutang nasional, atau
merencana laporan sebuah penelitian. 
Pekerjaan yg sesuai dengan kecerdasan ini antara lain: akauntan, programmer, ahli matematik,
ilmuwan, guru math dsb.

3. Kecerdasan Visual-Spasial: Picture Smart
Kecerdasan Spasial melibatkan kemampuan seseorang untuk memvisualisasikan gambar di dalam minda (membayangkan/berimaginasi) atau menciptakannya
dalam bentuk dua atau tiga dimensi. . Kita mengaplikasikan kecerdasan ini dalam hidup seharian juga, contohnya menghias rumah(decoration)
atau merancang taman, menggambar atau melukis, menikmati karya seni, dsb. Pekerjaan yang mengutamakan kecerdasan spasial
antara lain: arkitek, pemahat, penemu, designer, chef dsb.

4. Kecerdasan Kinestetik-Jasmani: Body Smart
Kecerdasan Kinestetik-Jasmani adalah kecerdasan seluruh tubuh(body language) dan juga kecerdasan tangan. Dalam dunia sehari-hari kita sangat memerlukan
kecerdasan yang satu ini, misalnya: membuka tutup botol, memasang lampu di rumah, membaiki alatan, olah raga, menari, dsb.
Jenis pekerjaan yang menuntut kecerdasan ini antara lain: atlet, penari, pelakon, tukang jahit, ahli bedah, guru PJ, jurutera dsb.

5. Kecerdasan Muzikal: Music Smart
Kecerdasan Muzikal melibatkan kemampuan menyanyikan lagu, mengingat melodi musik/lirik, mempunyai kepekaan akan irama, atau sekadar menikmati muzik. Dalam kehidupan seharian, kita mendapat manfaat dari kecerdasan ini dalam banyak perkara, misalnya: saat kita menyanyi, memainkan alat muzik, menikmati muzik di TV / radio, dsb. Ada juga yang 
Pekerjaan yang bersesuaian dengan kecerdasan ini antara lain: penyanyi,organizer, disc jokey (DJ),translator, tukang stem piano, guru dll

6. Kecerdasan Interpersonal/peribadi: People Smart
Kecerdasan Anterperibadi melibatkan kemampuan untuk memahami dan bekerja dengan orang lain. Dalam kehidupan seharian, baik untuk peribadi, keluarga, dan pekerjaan, kecerdasan ini dinilai mutlak diperlukan - dan seringkali disebut sebagai "yang lebih penting" dari kecerdasan lainnya untuk sukses dalam hidup. Kecerdasan Interperibadi ini melibatkan banyak hal, misalnya:: public figure, pemimpin, guru, kaunselor, pensyarah, motivator, doktor dll.

7. Kecerdasan Intrapersonal/peribadi: Self Smart
Kecerdasan Intraperibadi adalah kecerdasan memahami diri sendiri, kecerdasan untuk mengetahui “siapa diri saya sebenarnya” - untuk mengetahui “apa kekuatan dan kelemahan saya”. Ini juga merupakan kecerdasan untuk merenungkan tujuan hidup sendiri dan untuk mempercayai diri sendiri. Pekerjaan yang cenderung dengan kecerdasan Intraperibadi antara lain: pengusaha, kaunselor, pakar terapi, doktor dll.

8. Kecerdasan Naturalis: Nature Smart
Kecerdasan Naturalis melibatkan kemampuan mengenali bentuk-bentuk alam di sekitar kita. Dengan kata lain, mencintai alam sekitar. Dalam kehidupan seharian kita cenderung kepada kecerdasan ini untuk: berkebun, berkemah, atau melakukan projek ekologi.
Pekerjaan yang melibatkan kecerdasan Naturalis antara lain: ahli biologi, doktor haiwan, penyelidik dll.

So, untuk penyediaan awal, ummi hanya menyediakan bahan-bahan ringkas untuk support kecerdasan wafa setakat ini (Lagipun Wafa baru 2tahun, banyak lagi kecerdasan minda yang tersirat belum diwujudkan lagi, namun kita boleh memperkenalkannya kan..?)

Memandangkan Wafa Sofea lebih cenderung kepada kinestetik, ummi beli beberapa wooden toys.. Naturalis pulak, ummi ada download beberapa short visual tentang alam sekitar. Ternyata, dia memang sukakannya. Setiap hari suruh ummi buka gambar "flower" & main wooden toys bersama ummi atau abi...  

Kalau tgk tv x fokus tapi kalau main wooden toys ni boleh pulak Wafa fokus. Sebab tu ummi mention dia jenis kinestetik.. memerlukan pergerakan badan & tangan selain otak berjalan.. Masa nilah ummi buat kerja2 rumah seperti memasak dll..hehe

Ni kalau jmpa paed...  Setiap kali ke sini, dia suka explore "playhouse" tu... Kalau ada geng, lagi lamalah dalam "pondok" tu..he
Memang suka explore...Kalau tak boleh idea ini, dia guna idea lain..
Dalam diam ummi bersyukur ade budak genius+kinestetik ni..Tahu kenapa? Budak kinestetik suka pergerakan badan & tangan kan.., So kerja rumah menjadi lebih senang..
Masa ni Wafa tumpahkan susu, so ummi nak mop, then dia mintak mop tu, "Naak..naak"... Ummi tgk dia mop susu yg tumpah tu...
Dalam hati ummi, "Hmm, boleh diharap"..hehe

Nota ummi"
Alhamdulillah..setiap anak Allah anugerahkan kelebihan masing2.. Cuma kita sebagai parents kena olah & kembangkan minda mereka supaya menjadi lebih kompleks, tidak tertumpu pada 1 kelompok pemikiran sahaja. So, bersyukurlah dengan anak-anak kurniaan ILAHI ini...Ingat..mereka pewaris kita..:)

Monday, November 26, 2012

Aktifkan otak anak untuk mencapai kecerdasan(PART 1)




Barakallahu lakum. Hi dear..

Ummi ada research tentang kecerdasan otak anak-anak ni. Sebabnya, ummi nak tahu tahap kecerdasan Wafa Sofea ni. Wafa Sofea ni otaknya macammana kan..? Wafa ni jenis tak suka visual contoh kartun. Ummi tengok ramai kanak-kanak boleh duduk diam fokus tv. Kawan-kawan ummi cakap ramai anak diorang suka kartun lebih-lebih lagi channel BabyTV. Ummi ada juga try buka channel tu since kitorang dah pasang Astro ni. Hmm...tak layan.. Dia hanya nak tengok bila ummi@abi kat sebelah dia, tupun adalah dalam 5minit paling lama. Tapi apa yang ummiabi perhatikan Wafa suka visual yang cepat &ada muzik contohnya iklan. For start & end story about 5-10minutes only right?So,she's can stay watching untill finishing the story. Easy..No need to stay sampai boring..hehe.. Pendek kata, dia cepat boring..huhu..

Penelitian mutakhir mengenai selok-belok OTAK telah membuktikan bahawa kecerdasan manusia tidak dapat disimpulkan hanya dengan penilaian intelligence quotient(IQ) saja. Menurut para ahli, nilai test IQ( intelligence quotient) hanya menggambarkan kualiti 2 jenis kecerdasan saja, iaitu kecerdasan bahasa dan kecerdasan matematik(pengiraan--->macam adik Adi Putra). Tinggi rendahnya nilai test IQ anak juga tidak boleh dipakai untuk meramalkan kecemerlangan(success) anak tersebut ketika dia sudah dewasa. Test IQ bukan mengukur kualiti  untuk sukses dalam pekerjaan, seperti keyakinan(confident), percaya diri, motivasi, ataupun kecerdasan sosial.

Howard Gardner, ahli yang pertama mencetuskan kecerdasan majmuk, menemukan bahawa ada banyak kecerdasan lainnya, selain IQ yang selama ini sudah dikenali. Hingga saat ini, para pakar pendidikan telah berhasil menemukan minimum 9 Jenis Kecerdasan, yang kemudian dikenali dengan Kecerdasan Majmuk atau Multiple Intelligences.

8 bentuk kecerdasan yang dimiliki setiap anak, antara lain sebagai berikut:

1) Kecerdasan linguistik(lisan).
2) Kecerdasan matematika-logik(pengiraan/logikal).
3) Kecerdasan visual-spasial(picture smart)
4) Kecerdasan kinestetik-jasmani(memerlukan gerak tangan & tubuh).
5) Kecerdasan muzikal(menikmati melodi/mengingati lirik)
6) Kecerdasan interpersonal(people smart-bijak berkomunikasi dengan orang)
7) Kecerdasan intrapersonal(self smart-memahami diri sendiri/berkeyakinan).
8) Kecerdasan natural(lebih cenderung kepada alam sekitar/"go green" person).



Model kecerdasan majmuk boleh dipakai sebagai framework untuk merencanakan berbagai macam kecerdasan yang dimiliki setiap anak.
Oleh itu, sebagai ibu bapa kita yang perlu mengembangkan jenis kecerdasan anak masing-masing seoptimum mungkin. Dengan mengembangkan semua kecerdasan, akan lebih banyak bahagian dari otak anak yang ditumbuhkan secara maksimum. Semakin banyak bahagian otak yang diaktifkan, akan semakin banyak sambungan sel otak (sinap) yang terbentuk. Hal ini biasanya berkorelasi positif dengan kecerdasan anak, dan hasilnya kita dapat lihat dari kemampuan anak untuk menyerap hal-hal yang lebih kompleks.

Untuk mencapai semua kecerdasan tersebut, kita perlu mempelajari cara mewujudkannya dan menciptakan lingkungan yang lebih memudahkan bagi anak.

Jika Anda telah mengembangkan kecerdasan majmuk pada anak, bersiaplah untuk menerima hasil yang luar biasa, antara lain sebagai berikut.

1) Semua kecerdasan anak akan wujud & mengembang secara baik.

2) Masing-masing kecerdasan bergantung pada perkembangan kecerdasan lainnya

sehingga terjadilah multiplier effect.

3) Bakat anak akan mudah teridentifikasi atau mudah untuk kita kenalpasti.

Dengan meraih ketiga hal di atas, nescaya anak membesar menjadi manusia berkeyakinan, manusia dewasa yang mencapai potensi terbaik/cemerlang.Untuk makluman, setiap kecerdasan anak dapat berkembang ke tahap level tertinggi. Bahkan, dengan method yang tepat, tahap kecerdasan tersebut boleh mencapai peringkat prestasi yang luar biasa.

Nota Ummi:
So, setiap parents mesti tahu kan tahap kecerdasan anak masing-masing...? Kita lah yang perlu mengembang & memberi suntikan untuk mengoptimumkan kecerdasan tersebut. Sediakan bahan-bahan yang dapat mengaktifkan kecerdasan tersebut.. Jangan kita salahkan anak-anak jika kita yang salah memberi bahan tetapi tidak menarik minat anak-anak. Membeli bahan berdasarkan kecenderungan minat/jenis kecerdasan anak-anak, bukan minat kita ok..
Go mummies & daddies... (Untuk peringatan ummiAbi juga)

Susu Kambing vs Susu Lembu

Barakallahu lakum.
Hi dear..Ramai yang tanya ummi, kenapa ummi pilih susu kambing berbanding susu lembu?
Ummi dah research awal2 lagi masa Wafa Sofea setahun++ tentang kebaikan susu kambing ni walaupun masa tu Wafa tidak memerlukan susu formula sebab dia fully breastfeed. Tetapi perancangan awal tu kan penting...
Kenapa ummiabi pilih susu kambing???Boleh klik SINI.
Lagipun susu kambing kegemaran para nabi..

So, ummi nak kongsi kat sini KELEBIHAN SUSU KAMBING berbanding SUSU LEMBU:

Versus

  • Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu kerana kedua-duanya bersifat alkali disamping komposisi yang menghampiri antara satu sama lain. Manakala, susu lembu pula bersifat asid.Oleh itu, susu kambing sangat sesuai bagi merawat ulcer dan gastrik.
  • Susu kambing memerlukan 20 min untuk dihadamkan sedangkan susu lembu mengambil masa 2jam. Ini disebabkan susu kambing mempunyai molekul lemak yang 1/5 lebih kecil dari susu lembu.
  • Tidak terdapat mukus (phlegm) didalam susu kambing oleh itu ia sangat sesuai untuk pesakit asthma dan mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
  • Susu kambing mempunyai lebih banyak kandungan kalsium (32.6%) berbanding susu lembu (29.7%) dalam kuantiti yang sama. Kalsium penting dalam melindungi usus besar daripada bahan penyebab kanser, membantu menguatkan tulang akibat faktor usia atau monopous, mengurangkan simptom pening dan migrain serta melancarkan proses metabolisma dan fungsi organ tubuh badan.
  • Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
  • Kandungan potassium & calcium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  • Susu kambing mempunyai keupayaan untuk melembutkan sistem usus dan membantu mengatasi masalah sembelit.
  • Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan dan mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
  • Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
  • Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
  • Kalau perhatikan dari segi fizikal kambing & lembu itu sendiri, kambing lebih aktif berbanding lembu yang "slow".
  • Wallahu'alam...

Ummi kongsi ilmu ini dari SINI.Syukran..:)

Nota ummi:
Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya. Si ibu bersusah payah mengandung & melahirkan & tanggungjawab si ayah yang tidak ternilai membesarkan anak-anaknya.
Bagi ummi, tak salah kita nak memilih susu lembu atau susu kambing buat si anak, asalkan kita yakin itu adalah yang terbaik buat permata hati kita. Ummiabi buat research & kaji tentang susu kambing ni hampir setahun untuk beri Wafa Sofea yang terbaik... Setiap ibu bapa ada pendirian tersendiri... Walaupun Wafa Sofea tak besar/gemuk bam-bam macam sesetengah budak lain. Tapi ummiabi yang membesarkannya tahu sejauh mana tumbesaran fizikal serta IQ Wafa. Tahap antibodi Wafa, Alhamdulillah...dia memang jarang sakit or demam(Kalau demam pun paling lama 2hari). Syukur padaMU Ya ALLAH... Ujian kecerdasan minda Wafa juga terbukti lain dari yang lain.Alhamdulillah..Doc cakap Wafa kecil2 cili padi..Syukur pada MU Ya ALLAH... Ummiabi bangga denganmu sayang.. Untuk pengetahuan semua, Wafa Sofea adalah prem-baby yang kena check up 6bulan sekali.. Syukur juga setiap 6bulan sekali kami dapat tengok tahap fizikal & mental Wafa Sofea. Bukan senang nak jumpa pakar 6bulan sekali kan.. Ini pun dah bersyukur walaupun ummiabi kena ambil cuti dan time-off bila pergi check up Wafa. Result Wafa? mantop...doc selalu cakap Wafa xde masalah..(^,^)
Kadang-kadang masa check up Wafa, ummi cakap kat doc,
" Ramai cakap Wafa kecik, doctor..huhu.. Siap suruh saya tukar susu..huhu"
Doc: "La...tengok mak ayah dialah...kecik comel je..takkan mak kecik,anak debab..Nanti xlarat mak nak dukung kaan. Kalau tukar susu anak debab, tapi xsihat, cirit birit, asyik demam..xguna juga...
Saya dulu pun kecik..., Wafa macam saya, nanti besar tinggi dia pun macam saya..heee"
"Ameeeen(Moga makbul doa doc tersebut)" Ummi aminkan dalam hati, bukan sahaja kecil macam doc,mana tahu jadi doctor..kan..:)

Psst..setiap kali pergi check up Wafa kat Specialist Hosp Ampang, mesti ada yang tegur ummi & abi, Yang tegur doc pulak tu...muahaha..hehe..
"MO(medical officer) sini ke?"
"Awak student medik UKM ke dulu?coz muka awak macam classmate saya masa medik"
Hehee...Ummi staf Pusat Perubatan UM & Fakulti Perubatan UM...(belajar pn kat UM)  but not mbbs(doctor). Hajat nak jadi doctor x kesampaian...hanya mampu mengajar & guide students medic buat masa ni(Tulaa..kahwin awai sangat...entah bila boleh further study lagi kan..?)
So, ummi mohon doktor2 yang co-incident bertanya ummi tu, tolong doakan anak-anak ummi yang akan meneruskan hajat ummi ye...Moga tercapai impian ummi. Tgk anak-anak berjaya pun dah cukup buat ummi..(^,^)



Thursday, November 22, 2012

Dapat 8A SPM sebab nak tuntut hadiah


Barakallahu lakum. Hi dear...
Jom baca dialog seorang calon SPM dengan ustazahnya..:)

Pelajar : Ustazah,doakan saya ustazah,saya nak dapat 8A dalam SPM ni. Serius.
Ustazah:Ya,insyaAllah saya doakan.
Pelajar : Ustazah kata nak doakan,tapi ustazah tak mintak nama saya pun.
Ustazah :Ya,apa nama awak?
Pelajar : Adam, ustazah.

Ustazah : Kenapa awak macam beria-ia sangat ni?
Pelajar : Saya kena dapatkan 8A jugak,sebab saya nak tuntut hadiah dari mak saya.
Mak saya kata,kalau saya dapat 8A,saya boleh mintak apa saja. Mak saya tak tahu lagi apa saya nak.
Ustazah : Boleh ustazah tahu apa permintaan Adam?
Pelajar : Saya nak mak saya tutup aurat ustazah.

Ustazah terkejut dan terharu,lantas beliau mengangkat dua tangannya dan terus berdoa untuk si pelajar tadi. Allahu Rabbi..♥♥



Nota Ummi:
Ramai ibu bapa sekarang menghantar anak ke kelas agama, tapi diri sendiri tidak belajar agama... Moga muhasabah diri..
Kita nak anak berjaya dunia & akhirat, oleh itu kita kena cemerlang ke arah itu terlebih dahulu. Kitalah "role model" mereka. Jangan sampai mereka kecewa dengan kita kerana doa mereka juga diperlukan bila kita TIADA nanti....

Tuesday, November 20, 2012

Wordless Wednesday#12~Sanggup MATI untuk tunaikan SOLAT~





Mereka ==> SANGGUP mati untuk tunaikan SOLAT !
Kita ==> Nak MATI ,baru ingat SOLAT !


Moga dapat dijadikan pedoman...Solatlah walau bagaimana situasi sekalipun...Mengadulah padaNYA...

Wafa 1st time makan durian(Umur nak masuk 2tahun baru boleh makan)

Barakallahu lakum. 
Hi dear...Wafa nak tahu, nilah 1st time wafa mamam durian tau... Ni pic lama sebenarnya. Masa ni Wafa setahun 10 bulan. Umur wafa setahun++ ni baru ummiabi berani bagi wafa rasa sikit2 makanan2 yang ala-ala tough seperti durian ni tau. Ummiabi jaga perut wafa...
So, nanti Wafa besar jangan makan sesuka hati juga ye. Kesian perut tu. Bak kata Dr. Zubaidi Hj Ahmad, kesakitan kita akan datang bergantung pada pemakanan kita sekarang. Contohnya, gastrik & appendiks. Kenapa ramai kanak2 baru umur 12tahun dah kena operate appendiks??80% ibu kanak2 tersebut mengaku memberi makan kanak2 tersebut seawal umur 4 atau 5 bulan. Kesiannya... perut anak2 sekecil itu sudah disumbat makanan pejal. 
Then gigi belum tumbuh & umur belum capai setahun sudah diberi kunyah keropok, muruku, kerepek dll kononnya nak mengajar anak tersebut supaya terdedah kepada makanan pejal lebih awal. Secara tak langsung, ibu bapa berkenaan sebenarnya mendedahkan risiko penyakit lebih awal.

Suka dia makan durian ye...:)
Lepas kami makan sebiji, dia mintak kopek lagi sebiji...huhu
Malam jangan sakit perut sudah...:)
Nota ummi:
Dalam berjaga-jaga, ummiabi risau sangat... Ini kerana kami adalah ibubapa bekerjaya di mana pada hari minggu(Sabtu-Ahad) & hari cuti sahaja kami bersama anak 24jam. Selebihnya, Wafa Sofea di rumah baby sitter. Walaupun ummi dah berpesan kepada bs supaya tidak memberi wafa makanan junk food & tidak berkhasiat, namun siapa tahu kan... Ummiabi sekadar redha & memohon supaya ALLAH sahaja dapat melindungi anak kesayangan kami.
(Ummi risau sebab baru-baru ni ummi ambil wafa, ummi ternampak keropok, jajan & gula-gula pelbagai perisa digantung di luar rumah bs, bs nak jual pada kanak2 taman tu katanya...huhu, harap untuk dijual je, jangan bagi wafa sudahla...Moga ALLAH melindungi Wafa Sofea...Allahumma antassalaam).

*Bersyukur & beruntunglah mereka yang dapat tengok anak-anak membesar di hadapan mata 24jam. Hmm...ummi rasa macam nak jadi suri rumah sepenuh masa pulak. Abi izinkan tapi abi cakap, sayang juga belajar tinggi-tinggi & dah dapat kerja kerajaan(siap sah jawatan) then akhirnya berhenti. Takpela...sekurang-kurangnya hari sabtu-ahad ummi akan luangkan masa dengan anak ditambah pula ummiabi hanya kerja 8am-5pm sahaja( working hours). Apapun tetap bersyukur...Makin anak-anak membesar, makin murah rezeki kan...Alhamdulillah..
Ehh...tadi cerita pasal durian kaaan...Ummi ni, suka lari tajuk...kekeke..Sorry...

Monday, November 19, 2012

Wafa Sofea + Nasi Arab = SELERA

Barakallahu lakum.
Wafa Sofea kalau pergi nasi arab memang berselera... Ummi suka tengok Wafa Sofea makan nasi arab tu...
Baru-baru ni kami sekeluarga pergi makan Nasi Arab lagi(entah kali ke berapa dah..hehe). 2 lokasi berbeza..tapi cukup mengenyangkan my princess sorang ni..hehe

She likes it...












Nota ummi:
Suka tengok anak ada selera makan kan...?
Ummi?huhu...selera xde lagi...makan 2,3 suap dah surrender.. Kesian abi, kena habiskan...hehe..

Wednesday, November 14, 2012

Wafa & breastfeeding..Alhamdulillah

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam...waminkassalam...Tabaroktarobbana wata 'alaik buat puteri ummi, Wafa Sofea, kekasih ummi, abi tercinta, family ummi serta muslimin & muslimat..



Hari ini ummi ingin panjatkan kesyukuran buat Pemberi nikmat rezeki...ALLAH SWT kerana dengan limpah kurniaNYA pada harini genap 2tahun (29 Zulhijjah 1431H - 29 Zulhijjah 1433H) tempoh penyusuan Nurul Wafa Sofea dengan ummi. Tertunai sudah impian ummi untuk menyusukan Wafa dengan susu ajaib kurniaan ALLAH ini.
 Ummi telah tunaikan hak Wafa Sofea dan Ummi minta maaf jika ada yang terkurang dalam memenuhi hak Wafa Sofea... Moga Wafa menjadi anak yang solehah buat ummiabi & mukminah yang bertaqwa kepada ALLAH..Amin



Oh ya..buat ibu2 yang menyusukan anak dengan susu ibu, tempoh penyusuan 2tahun dalam Islam(yang dinyatakan dalam Al-Quran) adalah mengikut kalendar Hijrah ye(sebagai panduan bersama)..Untuk itu, ummi doakan semoga ibu2 juga berjaya & cekal meneruskan penyusuan 2tahun atau lebih..Syabas untuk diri sendiri..:)Alhamdulillah..


P/S:

WANITA YANG ENGGAN MENYUSUKAN ANAK-ANAKNYA TANPA UZUR
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلَانِ، فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ، فَأَتَيَا بِي جَبَلًا وَعْرًا... ثُمَّ انْطَلَقَ بِي، فَإِذَا أَنَا بِنِسَاءٍ تَنْهَشُ ثُدِيَّهُنَّ الْحَيَّاتُ، قُلْتُ: مَا بَالُ هَؤُلَاءِ؟ قَالَ: هَؤُلَاءِ يَمْنَعْنَ أَوْلَادَهُنَّ أَلْبَانَهُنَّ

“Ketika aku sedang tidur, dua orang lelaki mendatangiku dan memegang kedua lenganku, lalu keduanya membawa aku ke gunung yang keras lagi kasar… kemudian aku diperjalankan, tiba-tiba aku di hadapkan kepada para wanita yang payudara mereka di patuk oleh ular-ular. Aku bertanya, “Kenapa dengan mereka itu?” Dia menjawab, ‘Mereka adalah para wanita yang menahan susu-susu mereka terhadap anak-anaknya.”
(Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 1986. Shahih Ibnu Hibban, no. 7491)

Nauzubillah...Ummi harap sangat dapat menyusukan anak-anak ummi..

Tuesday, November 13, 2012

Respect pada NINJA MUSLIMAH




Barakallahu lakum.
Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya,
dia segera pergi ke kaunter utk membayar.
Kebetulan cashier yg ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tdk dpt lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan,
"Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, Purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut... Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata,
"Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah,

Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)




Semoga cerita sederhana ini dapat memberikan pengajaran yang berharga kepada kita agar tetap memperjuangkan dan mempertahankan agama kita..

ALLAH,tersentap hati dgn cerita ni..
Pertahanan kain kecil ajaib oleh si pemakainya berbeza bila ALLAH sendiri menyentuh hatinya..
Sejauh mana pertahanan niqabis2 sekalian dgn kain kecil itu?Subhanallah..untuk kalian..
jangan kerana kita kain itu dipersalahkan…
kerana nila setitik rosak susu sebelanga…
ingatlah kamu sedang pegang amanah dan tanggungjawab…

Sama2 merenung sambil termenung ya…
TAMPAR PIPI,TANYA IMAN…

Kredit pada FB.

Nota ummi:
Ummi ada sahabat2 yang pakai niqab... Bila kat luar negara seperti Makkah, Jordan & Mesir(tempat mereka belajar) terasa tenang memakainya..Tidak dipersoalkan.
Balik ke Malaysia...memang dipandang jelek & kanak2 siap panggil "Ninja" & takut akan mereka..
Merekalah ninja muslimah sejati, yg dipandang mulia oleh ALLAH walaupun diejek masyarakat. Yang mengejek itu ade berannn...?huhu...berpegangan ISLAM sehebat ini? Ramai sanggup  berpegang pada adat daripada agama..
Malah, muslimat di Perancis lebih rela didenda dpd membuka niqab mereka...
Antara kelebihan berpurdah ialah;
Allah swt. akan tingkatkan Nur pada wajah, 13 kali ganda daripada wajah asli. Kecantikan wajah seseorang wanita terletak bila Allah swt. beri nur wajah ini.
Manafaat di dunia dengan memakai purdah sepenuhnya. Di syurga Allah swt. beri 70 kali ganda kecantikan La’ibah ketua bidadari. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat dari Allah swt.

(Bayan Masturat-Syed Ahmad Khan)

Sangat respect dengan "NINJA ISLAM" ini..
Ummi kagum... Jangan sesekali diejek mereka ini kerana pegangan ISLAM mereka kuat (MENJAGA AGAMA ALLAH_MENGHINDARI FITNAH_MENJAGA MARUAH_MENJAGA AURAT_KERANA SUNNAH )sebaliknya cermin diri kita dulu...Adakah iman kita terpelihara seperti mereka..? Moga ALLAH menjaga kita sebagaimana menjaga mereka..AMIN...

P/s: Suuuungguhhh....mereka ini sangat cantik...Kawan2 ummi yang pakai niqab semua cantik. Jika ummi jumpa mereka, ummi rindu sangat wajah mereka....terlalu suci, kulit macam sutera.. Tak berkelip mata memandang coz x puas.
Sahabat2  Masturat/wanita sek 4 Shah Alam...Ummi rindu anda semua....Dah setahun ummi tak jumpa antum semua..(menitis air mata...ALLAHU ALLAH...)
Rindu kerana ALLAH lain macam sket...huhu......................................
Abi...ketemukan ummi dengan mereka...please...Kita tinggalkan urusan dunia ni sekejap....(T,T)

Friday, November 9, 2012

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris




Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.
Nota ummi:
Abi pernah cerita, kawan abi ada ajak seorang ustaz pergi sebuah restoran.. Masuk je dalam restoran tersebut semua lauk dia hanya pandang & diam je. Air pun dia taknak minum. Dia datang restoran tersebut semata-mata kerana diajak untuk berbincang tentang projek/bisnes. Restoran tersebut sangat terkenal dengan lauk-pauk yg sedap & 24jam ramai sangat pelanggan.
Selesai perbincangan & keluar dari restoran tersebut, ustaz itu cakap semua lauk-pauk dalam restoran tersebut penuh dengan cacing & ulat yang hidup2...
Fahamlah kawan abi..nasib baik dia pun tak pesan apa-apa...huhu..

Selingan----> Dengar tentang cacing ni kan..Kawan FB ummi de bagi pic worms hari halloween. Diorang buat jelly cacing guna straw..(haram ye sapa yg sambut wlupun utk suka2..ni party yahudi.huh). Ummi kecewa tengok ramai org melayu(Ummi x sure diorang Islam or x..) joined sambut party ni. Katanya, just suka2, meraikan kawan2 yahudi mereka..Astagfirullah al-Azim..Allahumma antassalam..(Selamatkanlah kami Ya ALLAH)

Thursday, November 8, 2012

Laksa bujang versi ummi

Barakallahu lakum. 
Allahumma antassalam..waminkassalam..Tabarok tarobbana wata'alaik buat Abi, Wafa, family ummiabi & semua muslimin & muslimat yang singgah sini.

Baru-baru ni ummi ada buat laksa.. Inilah 1st time ummi buat laksa sendri. Kalau x, maktok yang akan memenuhi permintaan ummi..hehe.. Ummi hanya menolong jer ..;)

Alhamdulillah...jadi gak walaupun bujang je..(xde ulam). 
Tp ummi memang x suka letak ulam..Yang penting cili padi ada..Tu pun dah buat ummi x sabar nak makan..hehe. Lagi satu, kuah mesti panas2..heh~ 
Ni laksa utara...Recipe semestinya mintak kat maktok...hehehe..


Rupanya senang je buat laksa ni... Buat sendri jimat...boleh tambah berkali-kali. Lau makan kat kedai selalu x puas..hehe..

Ni ummi bagi recipe maktok(nt senang kalau ummi @ wafa nak buat bl besar kan wafa...?):

Rebus laksa dulu...(Ummi beli yang siap punye...balik rebus jer)

Untuk buat kuah..Rebus ikan(ummi guna ikan kembung 1kg). Siang & cuci bersih ikan tersebut & ambil isinya sahaja.
Hancur2kan isi ikan tu kasar2. Kalau nak blend pun skejap je(Jangan sampai hancur).
Tulang ikan pulak kita asingkan & blend halus. Kemudian tapis & ambil airnya sahaja.(Air ni digunakan untuk blend bahan2 kisar nanti)

Bahan2 kisar: 5biji cili merah(buang biji) + 5biji cilipadi + 2cm belacan(dibakar dulu) + 5ulas bawang merah + 5ulas bawang putih
Blend semua bahan di atas dengan air tapis tulang ikan tadi...

Masukkan air rebusan & isi ikan dalam periuk. Kemudian masukkan bahan2 dikisar tadi + 5keping asam gelugor(Ummi lebihkan coz suka masam2) + 1tangkai daun kesum + 2tangkai bunga kantan..
Masak hingga kuah mendidih.
Last sekali masukkan garam secukup rasa. Hidang. Selalunya orang utara akan makan ditambah ulam-ulaman seperti bawang besar yg dipotong halus + timun yg dipotong halus + daun selom(dicincang halus) + cilipadi dipotong halus..

Ummi punyer versi:

Ni pun ummi dah puas...heheheh
Nota ummi:
Ummi buat 1periuk...Nak makan ummi sorang je...Abi punyer mulut ada ulcer, dia takut nak makan katanya..huhu...
Nasib baik ada jiran tetangga.. Licin ummi sedekahkan..
Pssst...jiran sebelah msg kata sedaaaap..Alhamdulillah..heh~malunye ummi,dahla laksa bujang je..huhu..

Tuesday, November 6, 2012

Segmen Grand BW

Barakallahu lakum..


Bulan ini ummi terpanggil-panggil,
Untuk online shopping dengan "Milk a Deal..."

Alahai..sampai sekarang menunggu en. posmen,
Sambil menunggu, jom join segmen.

Segmen BW ada penaja,
Jom kita cuba...

hehehehe..makin merapu ummi ni..
Mana encik posmen ni..???

So, sape2 nak join boleh klik banner kat bawah ni ye...

Nak join ada syarat2 yer... Senang jer syarat2 yang adik Nabila kita buat...Klik..klik je..sambil tu bleh tambah kenalan..:)

Wordless Wednesday#11~Makkah clock tower~



Monday, November 5, 2012

Zulhijjah 1433H

Barakallahu lakum.
Allahumma antassalam..Waminkassalam..Tabarok tarobbana wata'alaik buat Wafa Sofea, abi & keluarga ummi serta semua muslimin & muslimat yg singgah sini..:)

Dah 20 Zulhijjah..tp ummi nak cerita tentang Hari Tasyrik(10,11,12 Zuhijjah) iaitu Hari Raya Aidiladha.....Masih sempat kan..?Masih bulan Zulhijjah kan..?Huhu...Ummi nak selitkan juga untuk kenangan kami sekeluarga. Lagipun tahun ni 1st time UmmiAbi buat korban..  Bukan asbab korban tu yang ummi nak nukilkan..tapi rasa syahdu & terharu bila kita beri daging yang dikorban tu utk dikongsi ramai2 & disedekahkan.. Perasaan rendah diri wujud bila daging fresh tu kita beri pada yang memerlukan.. Terpulanglah pada individu tersebut untuk memasak, menghadiahkan atau menjual(untuk dapatkan keperluan lain) daging tersebut... Yang penting, semuanya niat kerana ALLAH SWT..

Raya pertama & ke2....
Ummiabi & Wafa Sofea balik Kuala Kubu Baharu... Abi buat korban di sana... Walaupun ambil 1 bahagian je, tapi suasana gotong royong serta kerjasama jiran2 kat sana amat meriah...
Oh ya, pagi tu Wan masak nasi minyak, chik ina buat rendang tok ditambah pula favourite Wafa, satay...
Ni korban rumah jiran Wan(nenek wafa).
Abi pergi menolong je...
Abi pakai baju Blue-black,kopiah hitam.
Ummi & Wafa pun tolong...Tolong tengok...Wafa siap makan satay sambil tengok lembu..hehe

Raya ke2 pulak, pagi2 lagi bersiap pergi Masjid KKB.. Diorang dah siapkan breakfast iaitu nasi lemak, kuih muih & air.
Suka Wafa Sofea tengok lembu...siap nak pergi dekat lembu tu...Berani betulll...Ummi yang penat kejar dia..hehe
Lebih kurang 7ekor lembu yang dikorbankan haritu..Alhamdulillah..
Petang tu terus balik BBR(Bandar Bukit Raja). Esoknya ummi pula amik bahagian buat korban...
Start korban seaawal 7.30am.. Sian Wafa kena bangun awal...hehe
Abi khusyuk menolong...:)
Abi pakai baju biru kotak2 n Berkopiah putih...
Chaiyok abi...;)

Lepas aktiviti korban, daging & tulang yang lebih kitorang buat kenduri sket.. Sedap sangat...Makan ramai2 lak tu..Lagi bertambah sedap..
Tulang lembu tu kami buat sup satu kawah...daging buat masak kicap & sayur campur goreng..Uishh,makan brtmbah2...hehe
Pepun, ummi bangga & terharu ada jiran tetangga macam penduduk Bandar Bukit Raja ni...Tak rugi beli rumah kat sini...hehee.. Susah nak jumpa dah jiran tetangga yang masih aktif berkomuniti di KL & Klang Valley ni...kan..?
Syukur Alhamdulillah..:)

Thursday, November 1, 2012

Western ala abi

Alhamdulillah...daging korban masih banyak memenuhi freezer..
 Semalam tak makan nasi, abi buatkan western..Makan ni pun dah kenyang..hehe.
Terima kasih abi..nanti buat lagi..





Nota ummi:
 Kalau western serahkan pada abi...pasti gembira di hati;)
Nyummilicious...Rasa dia kalah restoran...(Bagi citarasa ummilah...hehe)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...