Thursday, September 6, 2012

SubhanALLAH.."Ustaz Don Daniyal"

Barakallahu lakum.


Dari Prof Dr Muhaya(Motivator, Pakar Mata Prince Court Hospital~M.D, PhD of ocular immunology, University of London):

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak?

Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun.

Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabila setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.
Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah.....................................................
USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID













Barakallhu lakuma buat Ust & Husna..:) So sweet..




Moga berbahagia hingga ke syurga..
Sumber:

3 comments:

Fahz said...

Subhanallah..sungguh indah alam rumahtangga mereka..

Izan Ishak said...

moga kasih sayang mereka berdua kekal hingga ke syurga...

Maria Menado~ said...

aminn.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...