Thursday, August 2, 2012

Kita BF baby..tak payah ganti puasala..

Alhamdulillah...Dah 14hari dah kita menunaikan rukun islam ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadan. Seronok kan?Rasa tenang je bulan ni...Kat TV pun banyak cerita islamik.

Untuk mommies yang breastfeeding macam ummi camner pulak?Dah banyak tinggal?huhu... Kalau tak berdaya, bukalah puasa sebab Allah dah bagi rukhsah. Abi selalu tanya ummi, larat tak?production susu merudum tak?Hmmm,lau ikut tak larat, memang ummi buka je puasa. Tapi memikir nak mengganti tu yang leceh. Tu tak termasuk mamnuk(cuti wanita) lagi.. Ummi try je puasa..Alhamdulillah, so far ok je...Susu pun takdelah merudum sangat.Setakat ngam-ngam je. Oklah tu..Wafa sofea pun banyak makan daripada minum susu sejak akhir-akhir ni. Maybe dia faham umminya puasa...tak nak menyusahkan ummi..Syukran Wafa..:) Tapi bila malam....memang dia takkan lepaskan ummi..huhu..;p

Hm...tahun lepas ummi tinggal puasa sebab menyusukan wafa paling banyak pun 5hari...sebab masa tu wafa exclusive bf(minum susu ibu sahaja tanpa makan makanan lain). Tahun ni wafa fully bf( dah boleh makan yang lain,tapi masih meneruskan minum susu ibu ). So,perut wafa yang kecil tu banyak dengan makanan. Bila dia dahaga & time menyusu, baru baby sitter bagi susu. InsyaALLAH..moga tahun ni ummi boleh puasa tanpa menggunakan rukhsah...Amin..

Baru-baru ni ade akak kat universiti ummi ni bagitahu ummi, kalau buka puasa sebab menyusukan anak bayar fidyah jela..tak payah ganti.. "Tahun lepas akak tinggal 15hari,bayar fidyah je...tak laratlah nak ganti balik"..Ummi jawap: "sehari pun akak tak cuba ganti ke?at least gantilah seminggu..kalau larat boleh terus habiskan 15hari. Sebab akak dah tak menyusukan anak akak dah. Badan akak pun sihat je..Mesti bertenaga lagi untuk ganti puasa, Lagipun ini hutang kita dengan ALLAH. Akak nak kuruskan badan kan?lau puasa 15hari mesti turun..hehe" Saje ummi berseloroh sket..ummi risaulah kalau orang terasa...huhu.
So,akak tu cakap: "Xpela...family akak semua buat macamtu..kakak akak sebulan tak puasa. Tak larat.. So,bayar fidyah je".
Hmm...tapi pergi shopping larat lak..huhu..
Bagi ummi, kalau kita sihat...cubalah sedaya upaya mengqhadakan perkara-perkara WAJIB yang telah kita tinggalkan. Contohnya solat,kalau ada masa lapang, buat solat qhada. Ummi pernah dengar 1 hadis: Solat qhada fardhu lebih afdhal(baik) daripada solat sunat.
Ini ada hadis bagi wanita yang menyusukan baby:
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa. Boleh juga berbuka sekalipun yang menjadi sebabnya adalah soal anak.
Menurut Imam Tirmizi, sebahagian ulama mengatakan, wanita hamil dan menyusui itu boleh berbuka puasa dan memberi makan kepada fakir miskin, kalau dia mahu boleh pula dia mengqadha tanpa memberikan makanan kepada fakir miskin. Sedangkan menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.
Oh ya, ummi nak tanya..kita mazhab mana ye...Yang ummi tahu kita mengambil mazhab Syafe'i sebagai panduan hidup kita. So menurut imam Syafe'i, wanita2 yang diberi rukhsah ini hendaklah mengqhadakan puasanya.
So,tepuk dada tanya iman. Ini untuk peringatan ummi juga..:) InsyaALLAH..moga kita sentiasa utamakan ALLAH walaupun kita ada alasan tersendiri..sebab setiap apa yang kita lakukan walaupun sebesar zarah sekalipun akan disoal oleh ALLAH SWT nanti. Masa tu, nak jawap apa depan ALLAH???Takkan nak jawap,"tak laratla..." Huh..
Syayer mamam banyak nasi pada waktu siang, minum susu banyak dengan ummi pada waktu malam..
Bagi chance ummi pose tahun ni..hehe...
.


2 comments:

~aYu~ said...

mmg kdg-kdg confius gak dgn hadis-hadis ni. time preggy dulu da gak tinggal tp sy ganti pose tu.

UmmiAbi said...

Ayu: Hadis memang byk, tp pastikan hadis tu betul & sohih... Boleh rujuk ustaz @ cari dalam buku hadis 40. Untuk panduan mazhab pula,kita kena ikut mazhab imam syafe'i. Moga puasa thn ni semua ibu2 ganti balik jk trpaksa tinggal.Tapi kalau xlarat sangat3,bolehla byr fidyah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...