Friday, July 20, 2012

Tips bersahur dari maktok

Barakallahu lakum..
Esok dah berpuasa..Ramadhan Kareem... Selamat berpuasa semua..:) Moga Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan tahun2 lepas..Amin..

So, esok pagi dah kena bangun sahur ye... Hmm,mesti ramai liat nak bangun sahur kan?Siap ada yang makan siap-siap malam ni sebab malas nak bangun.Ish2..tu bukan bersahur, tu makan tengah malam..nanti gemuk tau..hehe.

Ummi sekeluarga bangun makan sahur mesti makan makanan berat seperti nasi. Teringat maktok, masa ummi adik-beradik kecil2 lagi dia mesti masak seawal pukul 4.30am dan kejutkan kami pukul 5am. Selalunya lauk kering-kering je. Lau de kuah pun tak heavy seperti masak asam, masak kicap, etc. Lau masak lemak or kari, mesti tokwan je yang habiskan. Bagi ummi, makan nasi dengan lauk kering2 ni lagi berselera contohnya dengan ikan bilis goreng bawang atau berlada, telur dadar & ikan/telur masin..Ikan bakar+air asam lagilah...:) Makan sahur pun boleh bertambah tau..Pastu, maktok siap buat air teh & air milo(nak Ho,Ho,Horlicks pn bleh) sementara nak tunggu masuk imsak habis atau azan subuh tu... Pandai maktok pancing selera anak-anak. Maktok memang rajin.. InsyaALLAH, ummi akan buat juga begitu untuk keluarga ummi. Mesti kreatif untuk mengajar anak-anak serta bapaknya untuk suka bersahur.hehe.. Bersahur adalah sunnah, bukan bangun kerana terpaksa~tapi ingin mengejar pahala..:)


Bersabda Nabi saw:
“Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Nabi bersabda:
“Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu hanya meneguk air. Kerana Allah dan para malaikatNya akan mengucapkan selawat kepada orang-orang yang bersahur.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:
Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).
Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

Nota ummi: Selamat bersahur & berpuasa dari Abi, Ummi & Wafa Sofea:)
Oh ya..lupa pulak...Kalau bersahur jangan lupa makan kurma..Ummi pun nak suruh abi belikan kurmalah..


2 comments:

IntaNBerliaN said...

a'aa sy pun kalu sahur sk yg simple2 yg kering2 tu.. mmg leh bertambah lah mkn.. :-)

UmmiAbi said...

K'ina:kan...mkn kering2 nilah pmbuka selera...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...