Monday, July 9, 2012

Peringatan untuk diri...Insafnyerr

Assalamualaikum.
Barakallahu lakum.

Ramadan makin hampir...(Lagi seminggu je)
Alhamdulillah...Tinggal lagi sehari (esok) untuk ummi melangsaikan hutang puasa ganti. Ummi "terpaksa" buka puasa masa Ramadhan tahun lepas disebabkan rukhsah..iaitu masa tu ummi fully breasfeeding wafa(sampai sekarang,Alhamdulillah). So, Wafa memang totally minum susu ibu je,then risaukan puasa boleh memudaratkan wafa, ummi berbuka..Puasa mana yang termampu. Nasib baik 7hari je. Hari2 lain ummi gagahkan jua berpuasa selagi boleh(Risau nak "berganti" plk..hehe). So,nk dekat2 puasa ni gigih ummi habiskan hutang puasa ummi..Alhamdulillah~Sebelum ni ummi risaukan kemerosotan bekalan susu ibu untuk Wafa... Ummi pernah puasa masa Wafa setahun,tapi hasil mengepam drop terus. Daripada 2botol 4Oz bawak balik umah, jadi sebotol je. So,abi cakap xpayah puasa lagi.Sian Wafa x cukup susu..
So,bulan ni wafa dah setahun 7 bulan..Byk makan dari minum susu...Ummi boleh puasa direct walaupun bekalan susu ibu 1botol je bawak balik dari ofis. Tupun syukur Alhamdulillah...:)
Ummi nekad nak wean off wafa genap 2tahun or lebih... InsyaALLAH..Moga ALLAH teruskan limpah rezeki susu ibu buat Nurul Wafa Sofea sampai usianya 2tahun..

Hmm...Kalau Ramadan,mesti ramai terfikirkan "Bazar Ramadan" kan? Mcm2 jenis lauk & kuih.. Ummi x suka pergi "Bazar Ramadan" kecuali bila terpaksa. Bukan setakat terlalu ramai orang, tapi takut membazir. Memang banyak kali gak membazir bila beli kat Bazar Ramadan ni. Macam tahun lepas ada gak UmmiAbi pergi Bazar Ramadan, beli ikan bakar sebab teringin sangat2. Tapi bila time berbuka, nak makn rasa ikan bakar tu dah berbau. Mengucap panjang abi. Macam ni ke berniaga untuk juadah orang berbuka?huhu... Daripada sakit perut, so terpaksalah buang..huhuhu
Lagi satu, kalau pergi bazar ramadan ni rasa nafsu makan melonjak-lonjak..Rasa semua juadah tu nak makan..huhu.

So,bulan puasa tahun ni, kita muhasabahlah diri..Jangan ikut nafsu. Yang paling penting, jangan membazir. Peringatan untuk diri sendiri juga...huhu


Seorang kanak-kanak di Selatan Sudan mengheret mayat ibunya sambil menangis tanpa mengetahui bahawa ibunya telah meninggal dunia akibat dahaga dan kebuluran.. (T_T)

Apa nilai gambar ini di mata anda jika anda masih membazir makanan walaupun sebiji nasi atau setitis air?

Astaghfirullahhala'zim...~

1 comment:

IntaNBerliaN said...

a'aa bila kita g bazar mcm2 rs nak beli tp bila sampai ms berbuka xhbs...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...