Monday, July 9, 2012

Kematian KAMAL ATARTUK yang menyeksakan

Assalamualaikum.
Barakallahu lakum.


Mustafa Kamal Antartuk (1881-10 November 1938) adalah pengasas Republik Turki dalam dasar sekularnya melarangkan rakyat memakai pakaian simbol Islam di pejabat-pejabat.Lelaki dilarang pakai jubah atau apa saja berbentuk Islam.Wanita dilarang memakai hijab dan sebagainya.Tetapi Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.Juga membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

Siapakah dia ini?

Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kamal Atatürk

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

.................................................................................................................................................

Sebagai selingan & menyejukkan hati(Panas je baca tentang Kamal terkutuk Atartuk ni kan):
Jom baca tentang RACHID NEKKAZ..our true hero...(^,^)

Kalau anda nak tahu inilah Rachid Nekkaz,

Seorang ahli perniagaan muslim Perancis yang mengumumkan dia akan membayar setiap denda bagi wanita yang didakwa dengan kesalahan memakai niqab -

Bukan sahaja di Perancis tetapi "dalam mana-mana negara lain di dunia yang melarang wanita daripada berbuat demikian"
Lanjut boleh  baca kat SINI


Nota Ummi: Sepatutnya Malaysia pun kena buat denda bagi wanita yang tidak bertudung. Itukan wajib..Ini baru denda dunia. Denda Allah???

2 comments:

iEdA said...

Betol 2..dia sorg pemimpin yg kejam yg nk mghilangkan agama Islam dr bumi turki..ms stadi dulu, ada bljr pasal dia sbb mlibatkan turki..

UmmiAbi said...

Owh..yeke? Kejam Kamal Atartuk ni...bencikan dia. Msa study dlu mesti iEdA minat sejarah kan?hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...