Tuesday, July 3, 2012

Coklat oh coklat

Assalamualaikum.
Barakallahu lakum.
Best kan bila dapat makan coklat? Anak ummi sorang ni pun suka coklat macam ummiabi gak..
Baru-baru ni kitorang gi borong coklat kat Glenmarie Shah Alam.. kilang Network Food Industries wat Warehouse Sale..So,apalagi,kitorang yg peminat coklat ni pergilah terjah..hehe


Inilah hasil memborong


Pilih nak makan mana dulu..


Uihh...sedapnya...


Mehla matan..;p

Antara kelebihan COKLAT ialah:

*Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik. Ni antara tips nak cegah bau mulut.. Memang berkesan bagi ummi. Kalau korang makan petai or durian & terperasan mulut bau, so, belilah coklat bar & kunyah sehingga hilang bau...hehehe

*Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.

Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol. Ni betul tau...Ummi dah makan coklat banyak sangat,tp x gemuk2..huhu..

*Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

*Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semula jadi. Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membukitkan bahawa coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.

*Coklat mengurangkan kadar serangan strok.Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.

*Boleh melawan diabetis. Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.

*Coklat melindungi kulit anda.
Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!

*Coklat memberikan anda mood yang baik.Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress. Masa ummi study dlu, ummi selalu beli coklat..Lau nak dekat exam lagilah...Duit elaun beli coklat je...Tapi memang hilangkan stress tau..Rasa best je kunyah2 coklat tu..hehe

*Coklat membantu meningkatkan peraliran darah. Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.

*Coklat boleh membuatkan anda bijak. Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar, Kajian di britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.

*Coklat boleh mengisi perut anda.
Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar. kajian juga menunjukkan coklat gelap lebih baik berbanding susu.

Coklat yang berada dipasaran sekarang ini banyak mengandungi bahan-bahan tambahan lain seperti gula, butter yang meningkatkan jumlah kalori. Pastikan sebelum anda membeli coklat di kedai, kandungan coklat yang terkandung adalah 70% atau lebih.
Satu sudu coklat asli mengandungi hanya 12 kalori, berbanding satu sudu gula iaitu 30 kalori. Coklat juga mengadungi kaffeine. satu auns coklat mengandungi 23mg kaffeine. Tapi tak perlu risau, satu bar coklat hanya mengandungi 100mg kaffeine yang hanya bersamaan dengan satu cawan kopi.


Notaummi: Coklat memang bayak kebaikannya..Namun makan coklat berlebihan akan menyebabkan kerosakan gigi, Obesiti & Diabetes kerana kandungan gula yang tinggi. So,lau nak makan coklat,berpada-padalah.. Kalau ummi makan coklat, suka minum air masak banyak2 sebab coklat kan manis.. Bagi baby/kanak2 yang tak pernah terdedah dengan makanan bergula/manis macam Wafa, so parents must be ready ok...Anak korang akan jadi hyperactive dan susah nak tidur...huhuu..

1 comment:

IntaNBerliaN said...

oooo coklat baik utk kulit jugak yer.. baru tau.. hehheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...