Tuesday, July 17, 2012

Betul ke Bulan Ramadhan syaitan kena ikat??

Barakallahu lakum.
Hmmm....ada kawan ummi tanya, bulan Ramadan ni syaitan kena ikat kan?tapi kenapa ye masih ada manusia tak berpuasa, masih buat maksiat, masih mencuri di bulan Ramadan?Yang lagi pelik pernah kawan hostel kena histeria pada bulan Ramadan???

Ustazah ummi pernah cerita dulu, bulan puasa syaitan memang kena ikat, tapi tak semua...Hanya syaitan yang berpangkat besar & kuat je contohnya Iblis, Jeneral syaitan, ketua, JKKK, & AJK2 syaitan je...yang anak buah bawahan ni masih bersama kita. Sebab tu, masa bulan Ramadan ni kena banyakkan membaca Al-Quran, berzikir & membuat kebaikan. So, setakat ahli keturunan syaitan/jin  yang kecil-kecil InsyaALLAH kita dapat tewaskan..

Diantara hadith yang sering disebut setiap kali hadirnya Bulan Ramadhan ialah hadith yang berbunyi :
“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta dibelenggu syaitan-syaitan”.
... Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Ia adalah hadith yang sahih yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari
(lihat Ibnu Hajar, Ahmad bin Ali bin Hajar(1998), Fathul Bari, Kaherah : Dar al-Hadis, jld.4, hlm.140)

Hadith di atas memberikan gambaran kepada segelintir Umat Islam bahawa Bulan Ramadhan adalah Bulan yang bersih dari segala perlakuan maksiat manusia dan dosa.
Ini kerana, punca manusia membuat angkara dan terjebak ke kancah dosa, iaitu syaitan telah "dibelenggu dan diikat"


Oklah...Jom berkenalan dengan geng Syaitan ni...(Termasuk syaitan yang akan dibelenggu next week nanti):



 Nota Ummi:
Memang ada jin islam...malah lebih baik dari manusia. Tapi ingat,jangan sesekali terpedaya dengan jin/syaitan yang jahat-jahat ni terutama iblis laknatullah...

5 comments:

Surishariff said...

Moga kita selalu terpelihara dari hasutan syaitan

Waalid5035 ™ said...

Saya pernah mendengar dalam satu pengajian(lupa siapa yang mengajar),dalam badan kita ada 2 benda yang sentiasa menghasut kita.

syaitan dan nafsu

bila syaitan diikat,nafsulah yang bermaharajalela..kerana (ان النفس لأمارة بالسوء)
"sesungguhnya nafsu sentiasa menyuruh kepada keburukan"

wallahua'lam

IntaNBerliaN said...

moga kita tak terpedaya dgn hasutan syaitan...

naz said...

admin mintak izin nak copy gambar ye

naz said...

assalamualaikum..admin mintak izin nak copy gambar ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...