Wednesday, June 13, 2012

Baby wipe tidak menghilangkan najis

Barakallahu lakum. Hi dear..
Ramai parents sekarang cuci urine(pee) & stool(poop) baby guna baby wipe. Yang menjadi tanda tanya, bersih ke?suci ke?Lepas kita cuci,mesti dukung & kadang terkena lengan baju..Confirm ke bersih??
Jom baca kata2 nasihat dari Ustaz Don Daniyal:
"Tak cukup membersihkan najis baby dgn babywipe shj, perlu dibersihkan dgn AIR MENGALIR wpun najis dah tak nampak.. sbb ia tergolong najis muttawasitah.. If pakai bbwipe shj then cover pulak dgn towel atau pass baby kat org lain pegang, sama spt kt pass najis ke merata tempat.. Astaghfirullah...
" Kita xsedar anak kita menangis sbb malaikat xnk mendekati dia sbb dia dlm keadaan berhadas.."

Bagi ummi, BABY LELAKI yang eksklusif minum susu ibu sahaja (bawah 2 tahun) je bleh wipe sebab masa tu najis BABY LELAKI ini jenis Mukhaffafah, dan perlu diingatkan lagi..BABY LELAKI SAHAJA ye...(Hmm,ingat balik x kelas fardhu ain dlu2..hehe).Baby ni mesti bawah 2 tahun dan tidak makan atau minum sesuatu selain daripada susu ibunya (susu yang dicampur dengan gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu). Tapi ummi percaya ramai parents dah bagi solid food kat anak selepas 6 bulan kan (berdasarkan konsep nutrisi pemakanan malaysia).
Najis untuk baby lain selain di atas adalah mutawassitah(sederhana). Untuk pengetahuan semua, najis mutawassitah ada 2 jenis ye,

  • Najis ainiyyah – najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat) seperti kotoran daripada haiwan.




  • Najis hukmiyyah – najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat) seperti air kencing yang sudah kering~seperti kencing budak/baby nilah, kalau pakai pampers,air kencing dah diserap & kering..Tapi masih dikira sebagai najis kerana tidak dibasuh dengan air.




  • Alang2 ummi citer sal najis ni, ummi habiskanla..(patutnya kena wat entry lain bertajuk jenis2 najis kan..?hehe)
    K,last sekali adalah najis Najis Mughallazah iaitu Najis berat seperti anjing dan khinzir serta keturunannya dan barang-barang yang diperbuat daripadanya.
    Oklah...cara2 menyucikan ialah........................................................
    (lain entrylah, coz ni nak citer tentang baby wipe sebenarnya..huhu)

    Nota ummi:
    Ummi guna baby wipe masa lepas delivered kat hospital, masa keluar jalan2 & balik kg. Tupun masa wafa 6 bulan ke bawah.. Selepas 6bulan,Ummi lebih suka pakai spray air+cotton/tisu untuk lap(for pee only,lau wafa poop trus bawak gi toilet). Kat babysitter pn ummi bagi 1 spray air..Then masa Wafa 8 bulan, samaada Wafa pee or poop,memang ummi basuh di toilet...

    7 comments:

    IntaNBerliaN said...

    a'aa betoi tu.. lgpun rs cm x besih je guna

    As Shaari said...

    dah follow!!! tq

    onlajer said...

    bagus sekali peringatan ini,walau pun kita dah belajar tapi kita mudah lupa

    drzira said...

    ohh..bru tau..thanks share ummi

    Nur Cahaya said...

    balas kunjungan..thanz sbb sudi follow blog cahaya...nice info ummi ~

    Masz Sidek said...

    infi yg sangat berguna... terima kasih berkongsi ilmu... :)

    IntaNBerliaN said...

    singgah petang..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...