Thursday, June 7, 2012

Amalan ketika anak tidur

Barakallahu lakum.
Hi dear...tarbiah buat anak-anak bukan setakat anak di depan mata & semasa mereka terjaga je tau.. Sebenarnya ia berlanjutan(continous) selagi kita masih hidup bersama mereka. Contohnya DOA, sentiasa mendoakan mereka selagi hayat kita...:)
Walaupun anak kita tidur, doa & tarbiah masih diperlukan oleh rohani anak2 kita. So, Ummi nak share  sedikit amalan simple yang boleh dibuat walaupun anak tidur sebagai pedoman bersama..
Comey x saya tido...?hehe, jangan marah ye wafa..;p
♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, 

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ ..



Nota ummi:
Semua ibu bapa inginkan anak soleh wa musleh..:) kerana doa anak2 soleh solehah ini boleh dijadikan bekalan di akhirat nanti...Allahu Alah~

1 comment:

amengs88 said...

terima kasih atas nasihat ni... sangat berguna..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...