Tuesday, May 1, 2012

Homestay Hasspura(Trip to Pegheleh)


Hi dear..Ada sapa2 nak bercuti ke utagha(utara) ka? Family Tok abah Wafa ada sediakan homestay yang selesa & murah...

Ini sebenarnya rumah nenek ummi, iaitu ibu tok abah(toknyang Wafa). Tapi toknyang Wafa dah "takde". Semua adik beradik tok abah dah ade rumah sendiri. So, kerana sayangkan rumah ni, adik beradik tok abah decide buatkan homestay je. Taklah terbiar... Banyak kenangan ummi adik beradik di rumah ni tau. Ummi main masak2 dengan sepupu ummi pun bawah rumah ni. Best tau.. Tempurung jadi mangkuk, ranting kayu jadi senduk...hehe.. Nasiknya jerami padi..Kalau balik kampung,mesti miang satu badan.Heh~
Then balik kuarters NAVY , maktok jenuh sapu ubat, xnak bagi ada parut..Yela,semua anak2 dara..hehehe..

Ummi ni kalau bab mengimbas memori, memang laju menaip..Tadi kata nak promote homestay kan..?Ok, berbalik pada tajuk, Homestay ni dekat je dari Jeti Kuala Perlis(jika nak ke Langkawi) & bandar Kangar. Tempat makan pun senang...Pekan Simpang 4 macam2 ada. Kalau nak makan bakar tepi pantai sambil dengar bunyi ombak rindu, boleh gi makan di Kuala Perlis..Makanan dia....memang sedap sangat. Ummi pastikan korang akan terasa lagi kesedapan ikan gerut bakar & jenahak 3rasa bila balik ke destinasi asal masing2...hehee..(^,^)



Sesiapa berminat boleh contact adik Tok abah(Harison & Azenan)

Dari tepi jalan..Jalan nilah nak ke Kangar, Simpang 4, Kedah, Pdg besar, Kuala Perlis, Langkawi..Semua boleh ikut jalan ni..

Ni "penanda" homestay kami



Add caption



FULLY FURNISHED..JOM MELAWAT KEADAAN DALAM RUMAH PULAK:-



Bilik

Disediakan extra comforter & tilam


view dari dalam bilik



View dari dalam bilik depan..

Laluan ke dapur
Dapur lengkap semuanya..

Nota ummi:
Harga semalam RM120, Tapi jika contact ummi boleh dapat RM100. Email je ok...Anda akan dilayan oleh mak,abah serta keluarga paksu ummi di sana(^,^)
Boleh juga klik SINI..


Jumpa anda di sanaaaa!!!

Ohya....kami ada menyediakan 1 lagi homestay yang lagi besar & selesa...iaitu HOMESTAY NORA yang dapat menempatkan 15orang tetamu. So, jika anda ramai & datang berombongan tak perlu risau... Dijamin selesa serta puas hati... Mai teghai dulu noo...(^,^)

11 comments:

Anonymous said...

InshaAllah kami akan sampai kat sana 12.12.13 ne..

UmmiAbi said...

Saper ni ye?
InsyaAllah. Ape2 call je k..:)

nora afidah said...

Available lagi ke? 28&29/11

Anonymous said...

Nak tempah utk 24 hb 5 ni boleh ke?

UmmiAbi said...

Boleh2..sekarang dah ada 2 homestay. Lagi ramai ahli keluarga boleh duduk. Nak bwk 1 kg pun boleh dah..hehee..
Boleh tgk entry ni ye..
http://nukilanummiabi.blogspot.com/2014/05/homestay-nora-trip-to-perlis.html

UmmiAbi said...

Boleh ke kiri entry ini. Dan search Homestay NORA di kotak search/carian..OK?TQ

Anonymous said...

Ummi.homestay masih kosong ke pada 28 may 2014?

UmmiAbi said...

Dah fully booked for school holiday.. For more info, pls call 0124515298 Pn Nora...

Yanto said...

29 May ada kosog tak ?

Yanto said...

29 may ada kosong lagi tak?

UmmiAbi said...

Yanto: 29th may available tp 28th n 30th dah ade guests. So that bleh 1 mlm je.. Anything u can call 0124515298

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...