Thursday, May 10, 2012

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Barakallahu lakum..
Hmm..tadi de kawan ummi share something kat FB... Jom,ummi nak share lak kt sini, sebagai peringatan utk ummi bersama..


Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan TumbesaranPerut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan AkalMemberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam NyawaAir boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan TarikAir sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.


Nota Ummi:
Ummi memang tak pernah bagi air masak masa Wafa Sofea bawah 6 bulan, memang doc tak bagi masa tu. Ummi pergi kelas antenatal masa pregnant pun nurse yang bg lecture tu dah pesan awal-awal...
Tapi, kadang2 de jugak maktok suruh bagi air masak(plain water) kat Wafa Sofea. Takut Wafa dahaga coz susu ibu pekat sangat, so ummi ganti air masak dengan air zam2.. Tanye maktok, boleh tak?Maktok cakap " lagi baguihhh".hehee..tapi bagi sikit2 je ok.. So, until now Wafa Sofea sukakan air zam2 daripada air masak/air mineral..:)
Sebenarnya memang ada sebab kenapa doc tak benarkan kita bagi air masak/air mineral pada baby.. Janganlah galakkan ye.. Kesian baby.. Pada breastfeed mummies, percayalah..bagi ummi, susu ibu dah mengandungi 88% air...So, tak payah bagi airlah..Perut baby besar manalah sangat kan..nak isi air lagi, nak isi susu ibu yang sememangnya ada air..huhu.
Lagi satu, air sekarang bukan bersih sangat, semua rumah dah ada water filter..(see, semua dah ragu2 minum air yang x ditapis). Air kita sekarang banyak yang dirawat semula dari punca air sawah, air sungai, air bawah tanah, & yang merisaukan dari air kumbahan..huhu.. Tapi kita pasrah & tawakal je. Perut baby yang masih baru nak matang boleh ke terima semua ni??Ummi pun kadang2 nak termuntah bila terminum air sirap kat kenduri yang dibancuh dengan air paip...Tekak yang tak biasa minum air paip akan rasa loya sket.Rasa payau sangat..huhu. Ummi harap sangat tuan rumah yang nak wat kenduri belilah air filter. RM10-RM20 kot 1 tong...Janganlah aniaya tetamu2 sampai macamtu sekali.. Tetamu ni datang bawa 1000 rahmat, dan pulang dengan keluarkan 1000 bala dari rumah kita...
Ehh..ummi ni...dah lari tajuk pulak..hehe...maaf ye...sebagai peringatan bersama.;)


♥♥ Da habis baca, Jgn lupa share ye.. sama2 kite sebarkan info berguna ni pada ibu/bapa muda yg 1st time nk smbut bby ♥♥

3 comments:

Anonymous said...

Tp kalau bby minum susu formula cmne plak?? X blh minum air masak juga ker??

UmmiAbi said...

Anon:
Tq datang blog ni...bagi pendapat ummi, kita x digalakkan bagi baby air masak untuk baby yang bawah 6bulan coz masa tu perut baby masih belum matang. Lbh 6bulan it's ok coz dah boleh makan solid food. Utk baby yang minum FM milk,ummi sarankan minum susu je dlu utk bawah 6bulan coz masa bancuh susu tu still added water kan?So,air dah mencukupi utk baby..Jika rasa susu FM terlalu pekat, salah satu cara adalah cairkan susu FM masa bancuh..(banyakkan air). Tp make sure air yg digunakan adalah air yg ditapis...Ini pendapat ummila...:)

nuna said...

tq sis. info bguna

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...