Tuesday, April 24, 2012

Best ke kahwin?

Barakallahu lakum.
Hmmm...ramai kawan-kawan ummi yang nak mendirikan rumahtangga bulan ni.. Alhamdulillah..
Sempat jugak beberapa orang classsmate yang terjumpa masa makan bertanyakan ummi, BEST TAK KAHWIN??
Hmmm...Alhamdulillah.. bagi ummi jika kita ada suami & anak(means family), segalanya untuk mereka.. Apa yang kita buat sekarang pun mesti minta pendapat suami dan dengan izin suami..Best tau.. Rasa ada je orang caring.. Kalau dulu orang yang paling risau tentang kesihatan kita ialah ibu bapa, sekarang orang yang lebih risau adalah suami.
Bagi ummi, insan bernama SUAMI merupakan salah satu kunci untuk kita (muslimah) memasuki syurga.

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)


Abi selalu sangat sebut hadis kat atas ni..huhu...sampai leh hafal dah..;) 

Redha mereka amat penting bagi kita.. Nak dapatkan redha mereka, mestilah kena jaga hati & perasaan mereka.. juga maruah mereka.. Redha Allah terletak pada redha suami kita..:)

Satu rahsia yang nak dikongsi.... kalau berkahwin, jangan risau tentang rezeki.. Allah mesti cukupkan walau camne pun. Jika ada anak, setiap anak itu Allah dah tulis rezeki mereka.. Tapi, jangan boros..sebab jika kita ikut perangai syaitan, Allah bagi banyak mana pun tidak akan cukup. Itu yang menyebabkan masalah kewangan berlaku. Yang penting zakat & sedekah jangan tinggal..InsyaALLAH..berganda Allah ganti balik..:)
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (an-nur : 32)
"Perkahwinan juga dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan".
Ya...memang benar.. ummi dapat rasakan sendiri setelah berkahwin...:) Moga ALLAH terus memberikan sinar kebahagiaan buat kami..Amin.
Ministry of moment

Hadiah perkahwinan daripada ALLAH :)

2 comments:

Izan Ishak said...

jawapannya mmg lah best... tak sama langsung hidup bujang kan. lagi2 kalau dah anak2 anak sbg penyeri rumahtangga ni...

UmmiAbi said...

Alhamdulillah..betul tu k'izan... Nikmat kahwin tu kalau kita hayati & ikut sunnah2 yang ditunjukkan Rasulullah SAW, kebahagiaan berkahwin tu x ternilai rasanya..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...