Thursday, March 1, 2012

‎11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

Barakallahu lakum. Sempena hari Jumaat yang barakah ni ummi nak share 11 orang daripada kita yang mendapat doa malaikat. Untungnya kan..?Doa malaikat didengar & dikabul Allah SWT sebab malaikat adalah suci & tiada dosa.. Marilah sama-sama kita amalkan..
1.  Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.



Akhir kata..anda buat, anda dapat..;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...