Tuesday, February 7, 2012

Misteri Hajarul Aswad

Barakallahu lakum. Arini ummi nak share tentang Hajarul Aswad. Jom baca..:)


Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”


Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan menjadi hitam sebab disentuh oleh orang - orang musyrik. Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat.Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )



Subhanallah..Ummi masih ingat lagi cerita ustaz ummi masa sekolah dulu...(Buku-buku nota ummi masa sekolah sampai sekarang ummi simpan tau. Nanti boleh bacakan untuk anak-anak, kan..?)
Kaabah pernah mengalami kerosakan yang teruk disebabkan oleh banjir besar yang melanda kota Mekah.. Selepas banjir surut, penduduk bergotong-royong dalam pembinaan semula Kaabah. Tetapi, berlaku pertikaian dalam menentukan siapa yang lebih berhak meletakkan Hajarul Aswad pada tempatnya hingga ada yang menghunus pedang, bersumpah untuk berjuang menuntut apa yang disangka sebagai hak mereka. At last, Aba Umaiyah mencadangkan siapa yang pertama memasuki kawasan Kaabah melalui pintu As-Safa, orang itu akan menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah mereka.Keesokan paginya Nabi Muhammad orang pertama memasuki kawasan Kaabah melalui pintu As-Safa dan dengan kebijaksanaannya Baginda meminta setiap wakil suku yang bertelagah bersama mengangkat Hajarul Aswad di atas sehelai kain.Apabila hampir dengan tempatnya, Baginda sendiri mengambil Hajarul Aswad lalu meletakkannya di tempat asalnya iaitu di penjuru timur Kaabah dan tindakan itu dipersetujui semua pihak bertelagah.~OK,sambung lagi citer Hajarul Aswad..~

Pelbagai peristiwa sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak. Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu. Mencium Hajarul Aswad adalah sunnah, tetapi menyakiti orang lain atau menyakiti diri sendiri adalah terlarang. Oleh sebab itu, dalam hal mencium Hajarul Aswad ini kita tidak boleh terlalu memaksakan diri dalam keadaan yang penuh sesak terutama bagi kaum wanita. Selain membahayakan tubuh badan, ianya selalu mendatangkan perlengkaran atau melanggar aturan hubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak halal.
Ada juga diriwayatkan, bahawa Ummul Mukminin `Aaisyah رضي الله عنها berkata kepada seorang perempuan: Janganlah engkau berasak-asak di Hajarul Aswad, kalau engkau lihat kosong maka beristilamlah, dan kalau engkau lihat penuh sesak dengan manusia maka bertakbirlah dan bacalah " لاإله إلا الله " apabila engkau sejajar dengannya dan janganlah menyakiti seseorang. (Lihat Fiqh Sunnah jilid I hal. 595). Golongan wanita hendaklah menjauhkan diri dari berhias dan memakai bau-bauan dan sebolih-bolihnya hendaklah elakkan diri berasak –asak dengan kaum lelaki kerana ini bolih menimbulkan fitnah lebih-lebih lagi berada ditempat yang suci. Hadis Saidina Umar bin al-Khattab r.a: Saidina Umar bin al-Khattab r.a pernah mengucup Hajarul Aswad. Kemudian dia berkata: Demi Allah! Aku tahu kamu hanyalah seketul batu. Sekiranya aku tidak melihat sendiri Rasulullah s.a.w mengucupmu, pasti aku tidak akan mengucupmu.

Sumber: Saya Cinta Islam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...