Tuesday, February 21, 2012

Masak sendiri,makan kat kedai or bungkus lauk?

Hai...Barakallahu lakum.
Kebanyakan ibu bapa sekarang bekerja kan..? Kalau ummi tanya kawan-kawan ummi or kawan-kawan abi, mereka sempat tak memasak selepas balik dari bekerja? Alhamdulillah..ramai yang memasak rupanya.. Tapi ada juga beberapa kawan yang lebih suka makan di luar ataupun bungkus & balik rumah terus hidang & makan je..Mereka cakap, mudah & jimat masa. Lepas makan, dah boleh melayan keluarga & tidur.Lagipun senang, tak payah susah-susah nak masak. Susah ke masak?Kalau masak berat-berat sampai 5-6 lauk,memang pukul 10lah makan dinner jawapnya..hehe.

Bagi UmmiAbi, masak tak perlu lauk banyak, biar simple asalkan sedap & kenyang. Tambahan berkhasiat pulak. Abi pun puashati. Kalau nak kata tak sempat beli lauk/bahan mentah, kadang-kadang dalam freezer ummi pun pernah kosong, tetapi memandangkan abi suka makan dari air tangan ummi(Alhamdulillah).. Ummi buat telur masak kicap je..Then goreng ikan bilis berlada. Itupun bertambah tau abi makan..hehe.. Masa hidang tu, ummi minta maaf kat abi, ummi cakap; "Maaf bi, arini makan telur je". Abi Jawap; "Alhamdulillah, nipun dah mengenyangkan"..Ummi bersyukur kerana abi tidak cerewet dalam pemakanan. Lagipun ummi nak buat pengakuan, yang ummi memang tak pandai masak.hehe.. Yela..lepas habis study,trus abi msuk meminang,salah abilah kan coz tak tunggu ummi masuk kelas memasak dulu..hihi.. Tapi Alhamdulillah, abi pernah cakap abi tak kisah masak macammana pun,janji ada rasa & perut kenyang~Alhamdulillah..hihi, ummi cayang abi;)
Teringat hadis Rasulullah..abi bagitahu ummi malam tadi..:
 “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari  berpuasa setahun”.
  “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya  lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”


Kadang-kadang..eh, selalunya abi suka tolong ummi masak tau. Kitorang masak berjemaah..:)
Dan yang paling ummi happy sekali bila abi yang volunteer nak masak(Selalu weekendlah..). Ummi boleh order je..hehe..~
Sweet kan..?
Rasulullah SAW pandai masak, buktinya Rasulullah SAW selalu tolong isteri-isteri Baginda memasak sebagai tanda terima kasih mesra di antara suami isteri..
So, suami pandai masak dikira ikut sunnah RasulullahSAW  ( ' ',)



Tapi. tak bermakna kitorang tak makan langsung kat kedai. Kadang-kadang, kalau abi tengok ummi macam tak larat je..terus dia ajak ummi makan kat kedai. Then,lau nak sambut birthday/anniversary mesti abi tak bagi ummi masak, bagi ummi rest katanya, dinner kat kedai/restoran jela.. Tapi makan kat kedai hanya bersebab/de events. Lau xde pape/free masak jela...ringkas pun xpe..kn abi??
Ummi nak bagitahu satu insiden di mana ummi secara tak sengaja ternampak seorang abang tukang masak kat sebuah kedai makan ni. Dia tengah "kalut' masak masa tu, then campak-campak je sayur ke dalam kuali. Nak dijadikan cerita, de beberapa sayur terjatuh kat lantai. Then,secara spontan dia ambil sayur kat lantai yang kotor tu & masukkan balik ke dalam kuali.Eeee,yey yekk..huhu... Lepastu, memang kitorang tak pegi dah kedai tu. Sekarang ummiabi lau nak gi kedai-kedai makan biasa ni, mesti tengok lantai & dapur. Cmner nak tengok dapur?pegi toiletla..leh spot check sekali..hihi. Sebab tu sekarang lau gi makan mesti tempat yang sama. Restoran tersebut juga menjadi pilihan. Restoran yang dah dipercayai turun-temurun..heh~

Okla...Ummi actually nak share sket perihal dapur ummi. Selalunya ummiAbi akan beli lauk/bahan mentah untuk seminggu. Kalau bahan-bahan tak mentah runcit macam tepung, gula, kicap, rempah, sos dll ummiabi bli sebulan sekali. Ni bila dapat gaji memang trus gi Jusco/Tesco/Giant/Speedmart untuk memborong barang-barang tersebut. So, dari situ kita dah boleh budget makanan/stok lauk harian kita kan..?




Kena buat dalam bekas asing2 coz ikut hari. Lau sekalikan bekas, nanti masa thawing(cairkan) banyak kali, ikan dah x fresh.


Bahagian atas tu EBM Wafa Sofea.. Bahagian bawah lauk2 untuk seminggu..;)
FYI, EBM wafa pun ummi stok untuk seminggu je lau dalam freezer wlupun in fact mengatakan EBM dalam freezer tahan 3bulan..;)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...