Thursday, February 9, 2012

Khusyuk dalam solat??

Barakallahu lakum.
Hmm...susahnyer nak khusyuk dalam solat kan..? Ade je perkara bermain-main di fikiran waktu tengah solat. Kadang-kadang time tu jugak tiba-tiba teringat macam-macam.  Perkara yang kita lupa pun boleh teringat bila solat.. Astagfirullah al-azim...syaitan sentiasa berusaha untuk melalaikan hamba2 ALLAH.. Justeru itu, kita perlu berusaha mengkhusyukkan solat kita.
InsyaALLAH..bak kata ustaz Rahman dalam filem " Hafalan Shalat Delisa"...Ummi recall balik k.. Lebih kurang macamni dialog Ust Rahman & Delisa:

Ustaz Rahman: Solat khusyuk tumpukan perhatian, fikirannya satu (Masa ni Ust Rahman ceritakan tentang seorang hamba ALLAH yang khusyuk solat walaupun digigit kala jengking, langsung tidak rasa kesakitannya)

Delisa: Fikiran satu tu apa maksudnya, ustaz?

Ustaz Rahman: Begini, misalnya awak bermain bola. Awak suka bermain bola,kann?

Delisa: suka..

Ustaz Rahman: Fikiran awak cuma satu. Tendang bola. Jadi, walaupun awak terseliuh awak akan terus main bola..  Walaupun hujan, awak akan terus main.  Walaupun mak awak panggil awak, awak akan terus main bola juga..  Sebab apa? Sebab dalam fikiran awak cuma satu..MAIN BOLA..:)
Jadi, kita mesti solat dengan khusyuk. Walaupun ada banyak gangguan di sekeliling kita, kita jangan bergerak. hanya tumpukan perhatian pada SOLAT..



Nak khusyuk dalam solat..Jom baca tips ini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...