Tuesday, February 28, 2012

Ish..nak jugak enter frame..Nasib baik comelll;)

Cakkk!!!
Comel kan..?

Monday, February 27, 2012

Info tentang bayi yang kita tidak tahu..So sweet~

Barakallahu lakum.
Tiba2 ummi teringat waktu pregnantkan kekasih ummiAbi,Wafa... Time tu, abi selalu sembang dengan dia, tanya tengah buat apa..? Kalau ade ultrasound kat rumah, mesti rasa nak scan setiap saat, nak tengok baby kita buat apa kan..?
Hmm..jom selami dunia si kecil ini..


1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.


2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.


4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.



6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥
Memang mengagumkan...SubhanALLAH~

Thursday, February 23, 2012

Faris Nur Daniel..syurgalah tempatmu sayang..

Barakallahu lakum buat semua & keluarga arwah Faris Nur Daniel. Sedih, sebak & terharu ummi membaca kisah adik Faris. Al-Fatihah buat adik Faris..Moga Allah tabahkan hati keluarga ahli jannah ini. Untuk cerita penuh, boleh klik SINI.



Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...
1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.
2. Bila anak mintak mainan...... atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.....

Tuesday, February 21, 2012

Masak sendiri,makan kat kedai or bungkus lauk?

Hai...Barakallahu lakum.
Kebanyakan ibu bapa sekarang bekerja kan..? Kalau ummi tanya kawan-kawan ummi or kawan-kawan abi, mereka sempat tak memasak selepas balik dari bekerja? Alhamdulillah..ramai yang memasak rupanya.. Tapi ada juga beberapa kawan yang lebih suka makan di luar ataupun bungkus & balik rumah terus hidang & makan je..Mereka cakap, mudah & jimat masa. Lepas makan, dah boleh melayan keluarga & tidur.Lagipun senang, tak payah susah-susah nak masak. Susah ke masak?Kalau masak berat-berat sampai 5-6 lauk,memang pukul 10lah makan dinner jawapnya..hehe.

Bagi UmmiAbi, masak tak perlu lauk banyak, biar simple asalkan sedap & kenyang. Tambahan berkhasiat pulak. Abi pun puashati. Kalau nak kata tak sempat beli lauk/bahan mentah, kadang-kadang dalam freezer ummi pun pernah kosong, tetapi memandangkan abi suka makan dari air tangan ummi(Alhamdulillah).. Ummi buat telur masak kicap je..Then goreng ikan bilis berlada. Itupun bertambah tau abi makan..hehe.. Masa hidang tu, ummi minta maaf kat abi, ummi cakap; "Maaf bi, arini makan telur je". Abi Jawap; "Alhamdulillah, nipun dah mengenyangkan"..Ummi bersyukur kerana abi tidak cerewet dalam pemakanan. Lagipun ummi nak buat pengakuan, yang ummi memang tak pandai masak.hehe.. Yela..lepas habis study,trus abi msuk meminang,salah abilah kan coz tak tunggu ummi masuk kelas memasak dulu..hihi.. Tapi Alhamdulillah, abi pernah cakap abi tak kisah masak macammana pun,janji ada rasa & perut kenyang~Alhamdulillah..hihi, ummi cayang abi;)
Teringat hadis Rasulullah..abi bagitahu ummi malam tadi..:
 “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari  berpuasa setahun”.
  “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya  lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”


Kadang-kadang..eh, selalunya abi suka tolong ummi masak tau. Kitorang masak berjemaah..:)
Dan yang paling ummi happy sekali bila abi yang volunteer nak masak(Selalu weekendlah..). Ummi boleh order je..hehe..~
Sweet kan..?
Rasulullah SAW pandai masak, buktinya Rasulullah SAW selalu tolong isteri-isteri Baginda memasak sebagai tanda terima kasih mesra di antara suami isteri..
So, suami pandai masak dikira ikut sunnah RasulullahSAW  ( ' ',)



Tapi. tak bermakna kitorang tak makan langsung kat kedai. Kadang-kadang, kalau abi tengok ummi macam tak larat je..terus dia ajak ummi makan kat kedai. Then,lau nak sambut birthday/anniversary mesti abi tak bagi ummi masak, bagi ummi rest katanya, dinner kat kedai/restoran jela.. Tapi makan kat kedai hanya bersebab/de events. Lau xde pape/free masak jela...ringkas pun xpe..kn abi??
Ummi nak bagitahu satu insiden di mana ummi secara tak sengaja ternampak seorang abang tukang masak kat sebuah kedai makan ni. Dia tengah "kalut' masak masa tu, then campak-campak je sayur ke dalam kuali. Nak dijadikan cerita, de beberapa sayur terjatuh kat lantai. Then,secara spontan dia ambil sayur kat lantai yang kotor tu & masukkan balik ke dalam kuali.Eeee,yey yekk..huhu... Lepastu, memang kitorang tak pegi dah kedai tu. Sekarang ummiabi lau nak gi kedai-kedai makan biasa ni, mesti tengok lantai & dapur. Cmner nak tengok dapur?pegi toiletla..leh spot check sekali..hihi. Sebab tu sekarang lau gi makan mesti tempat yang sama. Restoran tersebut juga menjadi pilihan. Restoran yang dah dipercayai turun-temurun..heh~

Okla...Ummi actually nak share sket perihal dapur ummi. Selalunya ummiAbi akan beli lauk/bahan mentah untuk seminggu. Kalau bahan-bahan tak mentah runcit macam tepung, gula, kicap, rempah, sos dll ummiabi bli sebulan sekali. Ni bila dapat gaji memang trus gi Jusco/Tesco/Giant/Speedmart untuk memborong barang-barang tersebut. So, dari situ kita dah boleh budget makanan/stok lauk harian kita kan..?




Kena buat dalam bekas asing2 coz ikut hari. Lau sekalikan bekas, nanti masa thawing(cairkan) banyak kali, ikan dah x fresh.


Bahagian atas tu EBM Wafa Sofea.. Bahagian bawah lauk2 untuk seminggu..;)
FYI, EBM wafa pun ummi stok untuk seminggu je lau dalam freezer wlupun in fact mengatakan EBM dalam freezer tahan 3bulan..;)


Monday, February 20, 2012

Weekend activity~Tolong ummi kemas rumah & exercise


Weekend baru-baru ni Wafa Sofea busy sangat okke...
Wafa dah pandai "mengemas". Then, untuk menguatkan lagi stamina, Wafa Sofea testing power gi exercise naik tangga.. Best taw kawan2..hehe

Happy btul dia...;)

Xpela sayang...rumah boleh kemas, janji Wafa happy..Ummi & abi pun happy.. ;)

Thursday, February 9, 2012

Nak khusyuk dalam solat?

Barakallahu lakum.
Ustaz ummi pernah bagitahu, kalau nak khusyuk dalam solat, mesti baca dengan betul dan faham bacaan2 dalam solat tu...Jom, ummi kongsi maksud bacaan dalam solat. Moga mendapat manfaat bersama...




  • Takbiratul-Ihram & Takbir


  • Allah Maha Besar..
    .


  • Doa Iftitah


  • Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam..
    .


  • Al-Fatihah


  • Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


  • Bacaan ketika rukuk


  • Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya..


  • Bacaan ketika bangun dari rukuk


  • Allah mendengar pujian orang yang memujinya..


  • Bacaan ketika iktidal


  • Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian..


  • Bacaan ketika sujud


  • Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya..


  • Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


  • Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

  • Bacaan ketika Tahiyat Awal


  • Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
    .. 

  • Bacaan ketika Tahiyat Akhir


  • Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan keatas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


  • Doa Qunut


  • Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.  Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.  Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.  Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.  Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.  Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.  Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.  Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya





    
    Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t yang bermaksud
    "Telah berjayalah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya"
    [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

    Firman-Nya lagi
    "Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk"


    [Surah Al-Baqarah : ayat 238]
    dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi yang bermaksud :

    "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya."

    [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

    "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."

    Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :

    "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

    Hadis lain dari Rasulullah s.a.w.
    "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang".

    serta
    "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan".
    
    Sumber: FB

    Khusyuk dalam solat??

    Barakallahu lakum.
    Hmm...susahnyer nak khusyuk dalam solat kan..? Ade je perkara bermain-main di fikiran waktu tengah solat. Kadang-kadang time tu jugak tiba-tiba teringat macam-macam.  Perkara yang kita lupa pun boleh teringat bila solat.. Astagfirullah al-azim...syaitan sentiasa berusaha untuk melalaikan hamba2 ALLAH.. Justeru itu, kita perlu berusaha mengkhusyukkan solat kita.
    InsyaALLAH..bak kata ustaz Rahman dalam filem " Hafalan Shalat Delisa"...Ummi recall balik k.. Lebih kurang macamni dialog Ust Rahman & Delisa:

    Ustaz Rahman: Solat khusyuk tumpukan perhatian, fikirannya satu (Masa ni Ust Rahman ceritakan tentang seorang hamba ALLAH yang khusyuk solat walaupun digigit kala jengking, langsung tidak rasa kesakitannya)

    Delisa: Fikiran satu tu apa maksudnya, ustaz?

    Ustaz Rahman: Begini, misalnya awak bermain bola. Awak suka bermain bola,kann?

    Delisa: suka..

    Ustaz Rahman: Fikiran awak cuma satu. Tendang bola. Jadi, walaupun awak terseliuh awak akan terus main bola..  Walaupun hujan, awak akan terus main.  Walaupun mak awak panggil awak, awak akan terus main bola juga..  Sebab apa? Sebab dalam fikiran awak cuma satu..MAIN BOLA..:)
    Jadi, kita mesti solat dengan khusyuk. Walaupun ada banyak gangguan di sekeliling kita, kita jangan bergerak. hanya tumpukan perhatian pada SOLAT..



    Nak khusyuk dalam solat..Jom baca tips ini

    Alahai si dara

    Barakallahu lakum.


    Teruna: Kenapa kau tak tutup aurat?

    Dara : Eleh! Orang yang tutup aurat belum tentu masuk Syurga!

    Teruna : Seandainya Rasulullah masih hidup. Adakah kau juga akan bercakap begitu kepada baginda?
    Dara : Err... ini, aku...

    Teruna : Seandainya Rasulullah masih hidup, mungkin hancur luluh hati baginda mendengar jawapan kau! Umatnya! Seandainya baginda di depan kau, mungkin baginda dengan pantas mengeluarkan air mata! Tidakkah kau rindu padanya? Tidakkah kau kasih padanya? Tidakkah kau cinta padanya? Tidakkah kau tahu betapa baginda sayangkan umatnya? Tentu baginda kecewa dengan kau kerana tidak mematuhi perintah baginda! Pakai tudung, baju lengan pendek. Adakah ini yang diajar Nabi kita?

    Dara : (menangis) aku tak tahu... aku tak tahu...

    Wednesday, February 8, 2012

    Owh..patutla..

    Barakallahu lakum.
    Hmm..lau ummi pergi Shopping mall mesti tertarik tengok patung yang memperagakan baju berjenama kat situ(Baju berjenama selalunya sexy n ketat kan..ish2). Ummi rase macam nak yang patung tu pakai je..hehe. Nice..ngam2 je ngan badan dia.
    Then bila ummi try at fitting room, menggelebehla..besarla..x sesuai langsung..huhu.. Lagi satu, bila tengok kat dalam magazine, baju-baju yang model/artis ni pakai "ngam-ngam soy" jer...padan ngan diorang. Maybe sebab badan ummi ni kecik kot.. Xsesuai pakai baju fesyen2 ni..huhu. Tapi sekali-sekala nak pakai depan abi, apa salahnya kannn..hehehe..;)
    Kat depan suami je bleh pakai baju macam model/artis ni.. Tapi makhaii, baju nak pakai kat rumah lebih mahal daripada pakai kat luar. Lau pakaian untuk ke luar rumah selalunya baju kurung, blouse longgar @ jubah..harga bawah RM150 je pun.. Tapi baju  yang tak cukup kain ni berfeyen/berjenama ni plak yang mahal. Takpela, ummi tulis tadi sekali-sekala kan..? Lainla model2 tu, berkali2 & berkala2 plak pakai "baju untuk suami" kat luar rumah. Itu membazir namanya..Lainlah lau untuk suami=dapat pahala lagi..;)
    Owh..patutla...

    Tuesday, February 7, 2012

    Misteri Hajarul Aswad

    Barakallahu lakum. Arini ummi nak share tentang Hajarul Aswad. Jom baca..:)


    Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

    Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”


    Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

    Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

    Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

    Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

    Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

    Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan menjadi hitam sebab disentuh oleh orang - orang musyrik. Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat.Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )



    Subhanallah..Ummi masih ingat lagi cerita ustaz ummi masa sekolah dulu...(Buku-buku nota ummi masa sekolah sampai sekarang ummi simpan tau. Nanti boleh bacakan untuk anak-anak, kan..?)
    Kaabah pernah mengalami kerosakan yang teruk disebabkan oleh banjir besar yang melanda kota Mekah.. Selepas banjir surut, penduduk bergotong-royong dalam pembinaan semula Kaabah. Tetapi, berlaku pertikaian dalam menentukan siapa yang lebih berhak meletakkan Hajarul Aswad pada tempatnya hingga ada yang menghunus pedang, bersumpah untuk berjuang menuntut apa yang disangka sebagai hak mereka. At last, Aba Umaiyah mencadangkan siapa yang pertama memasuki kawasan Kaabah melalui pintu As-Safa, orang itu akan menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah mereka.Keesokan paginya Nabi Muhammad orang pertama memasuki kawasan Kaabah melalui pintu As-Safa dan dengan kebijaksanaannya Baginda meminta setiap wakil suku yang bertelagah bersama mengangkat Hajarul Aswad di atas sehelai kain.Apabila hampir dengan tempatnya, Baginda sendiri mengambil Hajarul Aswad lalu meletakkannya di tempat asalnya iaitu di penjuru timur Kaabah dan tindakan itu dipersetujui semua pihak bertelagah.~OK,sambung lagi citer Hajarul Aswad..~

    Pelbagai peristiwa sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak. Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu. Mencium Hajarul Aswad adalah sunnah, tetapi menyakiti orang lain atau menyakiti diri sendiri adalah terlarang. Oleh sebab itu, dalam hal mencium Hajarul Aswad ini kita tidak boleh terlalu memaksakan diri dalam keadaan yang penuh sesak terutama bagi kaum wanita. Selain membahayakan tubuh badan, ianya selalu mendatangkan perlengkaran atau melanggar aturan hubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak halal.
    Ada juga diriwayatkan, bahawa Ummul Mukminin `Aaisyah رضي الله عنها berkata kepada seorang perempuan: Janganlah engkau berasak-asak di Hajarul Aswad, kalau engkau lihat kosong maka beristilamlah, dan kalau engkau lihat penuh sesak dengan manusia maka bertakbirlah dan bacalah " لاإله إلا الله " apabila engkau sejajar dengannya dan janganlah menyakiti seseorang. (Lihat Fiqh Sunnah jilid I hal. 595). Golongan wanita hendaklah menjauhkan diri dari berhias dan memakai bau-bauan dan sebolih-bolihnya hendaklah elakkan diri berasak –asak dengan kaum lelaki kerana ini bolih menimbulkan fitnah lebih-lebih lagi berada ditempat yang suci. Hadis Saidina Umar bin al-Khattab r.a: Saidina Umar bin al-Khattab r.a pernah mengucup Hajarul Aswad. Kemudian dia berkata: Demi Allah! Aku tahu kamu hanyalah seketul batu. Sekiranya aku tidak melihat sendiri Rasulullah s.a.w mengucupmu, pasti aku tidak akan mengucupmu.

    Sumber: Saya Cinta Islam

    Thursday, February 2, 2012

    Holiday at Berjaya Hills~

    Barakallahu lakum.
    Cuti Gong Xi Fa Chai aritu UmmiAbi bawak wafa jalan2... Memang abi dah niat nak bawak wafa & ummi jalan2 kat tempat2 natural environment, iaitu tempat yang tinggi, sejuk dan terutamanya jauh dari carbon monoksida kenderaan, asap rokok manusia, dan pencemaran bunyi di KUALA LUMPUR tu..huhu.. Cadangnya nak gi Cameron Highlands or Genting Highland or Bukit Fraser.. Tapi tempat-tempat ni sudahpasti ramailah manusia lebih-lebih lagi musim cuti sekolah+public holiday disebabkan Chinese New Year ni.. So,abi decide gi Berjaya Hills, Bukit Tinggi je..memandangkan ummiabi pun tak penah pegi lagi. Lagipun, dekat..dalam 40minit je dari KL..
    Kitorang sampai dalam kul 10am. Cuaca tak sejuk sangat, & tak panas sangat. Tapi masih rasa angin sejuk.. 5jam gakla kat atas tu..Dalam kul 3pm baru kitorang turun.. Yang pastinya, Wafa Sofea happy & enjoy sangat haritu.. Ummiabi pun happy tengok wafa camtu.. Nanti nak bawak wafa jalan-jalan lagi.InsyaALLAH..;)












    Nota kaki ummi:
    Lau nak naik Bukit Tinggi ni, ummi nasihatkan bawak bekal dari rumah or beli siap2 kat kedai coz makanan kat restoran atas ni sangatlah mahal..:)

    Wafa Sofea tempah hotel 12hari 12malam

    Barakallahu lakum.
    Wafa Sofea baru-baru ni tempah hotel 5bintang kat Hospital Ampang.. Hehe, yelaa.."hotel" siap air-cond, water-heater n 4X makan sedap2 taw.. Sukerr dia masuk hotel ni ye.
    By the way, Wafa masuk ward sebab demam tinggi sangat. Above 38 degree. Ibu bapa manalah yang x risau. Kali ni maybe ummi & abi dengan rela menyerah wafa kat hospital coz klinik bagi ubat n suruh balik je..(itu je?)(Pengalaman banyak mengajar kami). Wafa active as usual..Main x berhenti..makan pun banyak.. Cuma malam tu kami nampak dada wafa berombak-ombak semasa dia tidur. Tapi dia tidur lena bukan main lagi..huhu..  Dalam kul 1am, abi kejut ummi cakap yang dada wafa still berombak-ombak(macam kurang Oxygen). So,trus kemas baju & bawak wafa ke Hospital Ampang (Memandangkan kes wafa dari newborn memang Pakar Hospital Ampang yang handle--->check up semua kat Ampang walaupun ummi kerja PPUM).
    So,apelagi...wafa admitted as expected..hehe, memang dah tahu..That's Y tadi terus kemas baju..he..
    Doc cakap maybe sebab pneumonia(Virus pneumococcal). So,doc nak masukkan antibiotics kat wafa sampai lung wafa betul2 clear. Apa yang merunsingkan ummi waktu ni adalah ummi confuse coz wafa dah injected with Pneumococal vaccine(2 doses, waiting for another 1). So,nape ade  pneumonia/lung infection ni?? Hmm,maybe vaccine yang wafa ambil tu tak betul2 complete lagi coz dia baru dapat 2doses, tinggal satu je lagi nak ambil untuk bulan ni..Huh, xsabar2 virus ni. Tunggulah Wafa complete dose dulu, barula antibodi wafa cukup kuat menentang anda.. Huhu, ummi nak ajak abi cucuk wafa yang 3rd dose tu..biar complete. Xnak masuk hotel 5bintang ni lagi ye wafa. Actually best dok sni..(Best??sedapkan hati..)nurses & doc baik3 sangat. Tapi 2,3 hari ok kot lau lebih dari hari tu memang boring...sakit pinggang & macam-macam lagi. 1st day macam dok hotel, dah masuk 3hari dah macam dok penjara lak..hehe. Yela...kita dok je dalam tu, tak tengok dunia luar langsung even makan cukup,siap de tv..tapi jumpa orang yang sama n buat perkara yang sama hari2..huhu,ummi tak tahannn...

    Wafa Sofea actually vaccinated with pneumonia vaccine as  Synflorix(recommended by doctor). For your further information about synflorix , please click here . Actually pneumonia vaccine ada satu lagi jenis prevenar (prevenar 7 & prevenar 13). Click here about prevenar.

    Alhamdulillah..wafa dah discaj sehari sebelum hari wilayah(1 feb). So,Hari wilayah tu ummi abi dapat cuti free, then mainla puas2 dengan si comei wafa sofea.. Ummi siap masakkan macaroni sup ayam untuk wafa. Dia makan dengan licin sekali...n ummiabi pun happy..;)
    Ni pic masa wafa  warded sbb pneumonia ni..Masa ni memang ummiabi hari2 nangis sampai wafa betul2 sihat.. Tengokla, dh sihat..hepy sangat pic yang last tu..hihi
    Ummi sentiasa doakan Nurul wafa sofea kesayangan ummiabi ni sihat walafiat, dipanjangkan umur,  dipermudahkan urusan di dunia & akhirat, menjadi anak yang solehah dan diberkati ALLAH sehingga akhir hayat wafa..Amin..Amin..Amin

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...