Thursday, January 12, 2012

Tak boleh sentuh MAHRAM ke MUHRIM?

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Barakallahu lakum..

Selalu sangat ummi dengar de orang cakap, "Jangan pegang tangan saya, kita bukan muhrim".. Sepatutnya cakapla"kita bukan mahram"..
Hmm..penggunaan bahasa pun dah salah..nanti lagi salah tafsir..at last,mulalah confuse...
Okla..Ummi nak terang tentang istilah mahram, sebab masih banyak orang yang menyebut dengan istilah muhrim, padahal yang dimaksud adalah mahram.
Dalam bahasa arab, kata muhrim (muhrimun) ertinya orang yang berihram dalam ibadah haji sebelum bertahallul. Sedangkan kata mahram (mahramun) ertinya orang-orang yang merupakan lawan jenis kita, namun haram (tidak boleh) kita nikahi selamanya. Tapi kita boleh bepergian (musafir/jalan2) dengannya, boleh melihat wajahnya, tangannya, boleh berjabat tangan, tak batal wuduk ketika bersentuhan kulit, membuka aurat yang diharuskan sesama mahram (seperti tidak wajib bertudung) dll. Contoh mahram kita yang paling jelas, of course adik beradik, parents dan tokwan/maktok/opah kita kan..? Yang ni kira mahram automatikla..disebut mahram kerana keturunan.

Ni contoh mahram.. Ummi boleh je buka tudung depan tok abah dan paksu Nasrol tanpa was2..:)
Psst..ni pic masa tunang..hehe
Secara autonya kita boleh sentuh tangan diorang ni, boleh nampak aurat... Contohnya, adik perempuan sentuh abangnya.Dah memang abangnya keturunan dia. So,memang mahram dia & secara automatiknya dia boleh je sentuh tangan & buka tudung depan abang kandungnya.
Ada juga mahram atas sebab2 tertentu.. iaitu mahram kerana penyusuan.
Lau anak ayam tu pun menyusu ngan ibu kucing, maknanya anak kucing tu saudara susuan anak ayamla..hik2..
joking je..nk tergelak tgk pic ni.TQ Uncle Google..;)

iaitu kita berhubungan dengan dia kerana penyusuan susu ibu sewaktu kecil(satu ibu susuan, dengan minimum disusui 5x sampai kenyang-5X kenyang dah jadi darah daging). Contohnya, Ahmad menyusu dengan ibu Siti semasa kecil dari baby sampai umurnya 1tahun(sah-sah lebih dari 5X kenyang). So, Ahmad & Siti adalah saudara susuan. Diorang haram berkahwin dan siti boleh je bersalaman dengan Ahmad. & Ahmad boleh tengok rambut Siti.
Ada 7 golongan mahram kerana keturunan dan penyusuan(ni bg perempuan,lau lelaki sebaliknya):
1. Ayah, atuk dan seterusnya ke atas, baik  laki-laki maupun wanita.
2. Anak lelaki, cucu lelaki, dan seterusnya, ke bawah baik laki-laki-laki maupun perempuan.

3. Saudara lelaki sekandung, seayah atau seibu.

4. Saudara lelaki ayah(ayah saudara-adik lelaki/abg kepada ayah), saudara lelaki atuk (adik lelaki/abg kepada atuk) dan seterusnya ke atas baik sekandung, seayah atau seibu.

5. Saudara lelaki ibu (ayah saudara-adik/abg kpd ibu), saudara lelaki nenek (adik lelaki/abg kpd nenek) dan seterusnya ke atas baik sekandung, seayah atau seibu.

6. Putera saudara lelaki (anak saudara kita) sekandung, seayah atau seibu, cucu lelakinya dan seterusnya ke bawah, baik dari laki-laki maupun wanita.

7. Putera saudara perempuan (anak saudara kita) sekandung, seayah atau seibu, cucu perempuannya dan seterusnya ke bawah baik dari jalur laki-laki maupun wanita.

Dan satu lagi boleh jadi mahram kita ialah mahram kerana pernikahan.

Dengan pernikahan, keluarga bertambah besar, silaturrahim bertambah erat:)


Yang ni macam ummi & abi.. Kerana pernikahan, beberapa family abi yang dahulunya ajnabi(orang asing) secara tak langsungnya menjadi mahram ummi. Contohnya ayah mertua(ayah abi) & tokki(atok abi)  dah jadi mahram ummi. Ummi boleh bersalaman dengan mereka.
Contoh mahram secara tak langsung disebabkan pernikahan ialah(ni bagi perempuan,jika lelaki sebaliknya):

1. Suami ibu (ayah tiri), suami atuk dan seterusnya ke atas, berdasarkan surat an nisa:22
   (Jika lelaki: Isteri ayah (ibu tiri), isteri atuk dan seterusnya ke atas, berdasarkan surat an nisa:22)

2. Suami anak, suami cucu dan seterusnya ke bawah berdasarkan an nisa:23
   (Isteri anak, isteri cucu dan seterusnya ke bawah berdasarkan an nisa:23)

3. Ayah mertua, ayahnya dan seterusnya ke atas, berdasarkan an nisa:23
   (Ibu mertua, ibunya dan seterusnya ke atas, berdasarkan an nisa:23)

4. Anak lelaki istri dari suami lain (rabibah), cucu lelaki istri berdasarkan surat an nisa :23
   (Anak perempuan istri dari suami lain (rabibah), cucu perempuan istri  berdasarkan surat an nisa :23)

Iklan free ummi:
So,lau takde kene-mengena selain dari di atas, kita kenalah jaga aurat ye. Pakailah tudung & jagalah aurat apabila berhadapan dengan mereke..Moga bermanfaat untuk semua:)
~Yang takde kena-mengena ni contohnya: sepupu, dua pupu dan ke atas.., abang ipar-duai, adik lelaki ipar-duai.

X faham lagi?Okla..secara ringkasnya...
Harap faham...dan tutuplah aurat walaupun ada ikatan keluarga sebab x semestinya kita bersaudara, kita adalah mahram..;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...