Sunday, January 8, 2012

Si Kaya & Pendayung Sampan

Barakallahu lakum.

Si kaya nak menyeberangi sebatang sungai. Tapi takde titi kat situ. Yang ada hanya sebuah sampan kecil yang diurus oleh si miskin. Si kaya tiada pilihan. Mahu tak mahu kena juga guna naik sampan. Si kaya naik ke sampan dan si miskin pendayungnya. Perlahan meninggalkan tebing sungai. Si kaya bergaya kerek merenung si pendayung.



Si kaya : Selain sampan yang buruk ini, apa lagi kenderaan yang kau ada?

Pendayung : Hanya sampan ini yang saya ada.

Si kaya : Rugilah kau kerana tak seperti aku. Aku ada kereta mewah. Rumah besar. Ke seberang ni pun sebab nak tengok kebun yang akan aku beli.

Pendayung diam tak terkata. Mengenang nasibnya dengan sampan buruk yang menanti karam. Mendayung perlahan sampai ke tengah sungai. Tiba-tiba satu tampalan lubang di perut sampan tercabut. Air masuk laju memenuhi sampan. Si pendayung tak sempat nak buat apa-apa.

Pendayung : Selain pandai memandu kereta mewah, adakah tuan juga pandai berenang?

Si kaya : Tidak. Aku tidak tahu berenang.

Pendayung : Rugilah tuan kerana tak seperti saya. Saya pandai berenang. Dan sekarang saya dapat menyelamatkan diri dari lemas.



~♥ The moral of story is usah memandang rendah pada sesiapa.   Setiap orang ada kelebihan yang tersendiri. ♥~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...