Saturday, July 9, 2011

Dari Nursery ke rumah Babysitter

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Barakallahulakum

Alhamdulillah..UmmiAbi dah dapat Baby sitter yang boleh menjaga Wafa Sofea semasa kami bekerja. Walaupun mahal sket dari nursery,tapi kami berpuas hati.. Mungkin rezeki Wafa dapat baby sitter ni coz UmmiAbi dah nekad nak tukarkan wafa ke nursery lain@ cari baby sitter berdekatan kerana dah tak tahan... Bayangkan, Selama 2 bulan Wafa di nursery, dia langsung tak tido & merengek-rengek je(mengikut apa yang di kata oleh ketua nursery tula..) So surprise, weird and worried.. Coz yang UmmiAbi tahu, wafa sofea memang asyik tido je waktu siang(Baby 4bulan memang akan tido lama) & jarang merengek. Tapi yang peliknya, dengan kitorang ok je.. So,penah kitorang wat sport-check datang amik wafa awal daripada biasa, then kitorang nampak wafa dibiarkan meniarap je kat lantai sambil menangis(tanpa dipedulikan). Kanak-kanak lain yang boleh berlari---berlari-lari sambil menjerit-jerit. Hmm,lau macamtu, bukan saja wafa, sesiapa pun xbleh tido dalam keadaan macamtu. Tambahan Wafa ni macam abi, lau time tido memang xleh dengar pape..Lau terdengar sket je pun,bleh terjaga cari2 bunyi tu..huhu.. Di tambah pula, 1hari tu Wafa  tiba2 demam, then dalam kul 4.30pm pihak nursery called to inform us. As expected, Wafa actually started fever at noon. How come they delay to inform? Sepatutnya tgh ari tu jgk dah inform as soon as possible right..? Hmm..speechless..
So,esoknya ummi wat poster that advertise about baby sitter. Yelaa..kawasan Bandar Bukit Raja adalah perumahan baru bagi ummiabi, mana nak cari baby sitter yang fully housewife? Makcik2 yang nak jaga ke..?Malah x kenal sape2 lagi..Jiran terdekat je.. So,tu jela cara nak cari baby sitter untuk baby kami..
macamni la poster yang kami lekat..huhu

Perumahan baru kami..masa ni xkenal ramai lg..:)

Dipendekkan cerita, petang tu, ummiabi nak lekatla 1st poster kat Speedmart 99 Bandar Bukit Raja, sekali abi terpandang 1 poster yang menyatakan dia nak jaga baby. Siap tulis lagi dia seorang yang sukakan baby& kanak2. So,abi trus tanggalkan poster tu n call no. kat dalam poster tu.. Alhamdulillah. Akak tu memang mencari baby/kanak2 untuk dijaga. Kitorang trus gi umah dia. Dekat je dengan umah kitorang..Alhamdulillah.. Memang rezeki wafa dok ngan akak tu. Xsempat pun tampal poster, Allah sediakan depan mata baby sitter untuk wafa. Kata orang, rezeki anak-anak ni memang Allah dah sediakan..betul x? Then dah berkenalan ngan akak tu..UmmiAbi pn setuju nak antar wafa kt situ. Tengok wafa pun selesa..diam je bila akak tu peluk dia. Nama akak tu Maryam...dia suruh panggil akak je..Wafa plak akak ni  bahasakan mama..baik dan peramah. Dia de 2org anak lelaki. So, wafalah anak perempuan dia pasni..hehe.. Then tengok umah dia pun bersih dan tenang..Umah dia 1 tingkat..better coz nanti wafa xla panjat2 tangga kn..? Lagi 1 yang ummi suka tentang mama is she can speak English very well even she's a housewife. Anak2 dia pun speak English. Harap2 nanti wafa besar dapatla belajar dari mama..InsyaALLAH..
So,sekarang ummiabi amat lega dan xpening kepala dah bila keluar bekerja. Ummi doakan wafa baik-baik dan moga Allah permudahkan urusan mama untuk menjaga Wafa Sofea. Moga Allah juga menjaga wafa di mana jua wafa berada..Amin..Amin..Amin..

Wafa dengan abang Mikhael(anak baby sitter). Abang Mikhael seorang yang sukakan budak2. Alhamdulillah.. Excited dia layan wafa..;)

3 comments:

Lady Naza said...

Assalamualaikum,
Maaf nak tumpang tanye, saya bakal duduk di bandar bukit raja..nak tanye kalau2 tahu mane2 pengasuh untuk anak saya usia 6 bulan perempuan..kalo ade harap sudi contact saya Naza di 0192510172. Trima kasih byk2

Kuat Kuasa said...

Salam puan.. Boley ke saya nak contact pengasuh puan utk bertanyakan kalau2 dia boley mengasuh anak saya yg masih kecil.. Kerjasama puan amat saya hargai..

fifie said...

salam sis.boleh saya dapatkan no akk maryam baby sister ni?saya mencari baby sister area kaw bandar bukit raja klang
0133929724

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...