Sunday, January 8, 2012

Aurat perempuan nampak jer..Aurat lelaki diremehkan..

Barakallahu lakum.

Pada suatu petang ada seorang budak laki menegur seorang budak perempuan kerana ternampak rambut yang terkeluar sikit dari tudungnya..

LELAKI : Weyh kenapa nampak rambut ni..pakai tudung tu betul-betullah, nama je sekolah agama..benda ni pun tak tau..

Budak perempuan itu pun membetulkan tudungnya..lalu budak perempuan itu pun memandang lelaki itu dari atas sampai bawah..

PEREMPUAN : Lelaki boleh ke pakai seluar pendek nampak lutut, nampak pusat? Ada ke dalam Al-Quran MEMBENARKAN memakai seluar pendek nampak lutut kalau main bola?

LELAKI : Kau perempuan, apa kau tau..(dah malu).

PEREMPUAN : Hang lagi teruk sebab SENGAJA PAKAI SELUAR PENDEK atas alasan BERSUKAN..bagi ayat Quran/Hadis yang membenarkan lelaki memakai seluar pendek nampak LUTUT, Hah,baru terdiam..lelaki ini hanya nampak aurat perempuan sahaja tetapi TIDAK SEDAR..diri sendiri pun punyai aurat tersendiri..

✿~ AURAT : Aurat adalah suatu KEHORMATAN DIRI bagi seseorang, yang WAJIB DIJAGA dan DIPELIHARA sepanjang masa..walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat..

✿~ AURAT LELAKI >> AURAT DARI PUSAT HINGGA LUTUT..
Walaupun bermain futsal/bola sepak, hendaklah memakai seluar yang menutup lutut/peha..

✿~ AURAT PEREMPUAN >> Semua kecuali MUKA dan TAPAK TANGAN..ini bermakna KAKI kena PAKAI STOKIN..dan pakaian hendaklah longgar dan menutup aurat dengan sempurna..


Iklan free:
Yang ni lelaki selalu buat..Harap niat kerana sunnah,bukan trend @ berfesyen k..:)
Ni pesanan Ustaz Azhar Idrus pulak...

2 comments:

Anonymous said...

salam, nak tanya tentang aurat lelaki kan antara pusat dan lutut, 'antara' kan, maksudnya pusat tak termasuk la kan? sebab saya tengok kebanyakan lelaki zaman skrg pakai seluar bawah pusat (termasuk saya hehe) jadi kekadang tu bila tak berbaju ternampaklah pusat tu..cmne tu?

P/S: dah terbiasa pakai seluar bawah pusat..susah skit..hehe

UmmiAbi said...

Tq singgah blog ni..:)
Hmm,bg pndapat ummi...islam ni mudah,semua logical. Kalau difikir dgn logik akal,confident ke seluar tu ngam2 je kat pusat?tak terlondeh langsung ke seluar tu?At least terlondeh 1inci oleh tarikan graviti pun dah kira aurat kan?So, Seandainya saudara mengikat kain (atau seluar) di bawah paras pusat (pusat tidak tertutup), sudah tentu ia dapat dilihat , maka batal sembahyangnya. Kerana aurat dikira terdedah. Sebaliknya jika saudara mengikat kain di atas paras pusat, sudah tentu tidak menjadi apa-apa.
So,bagi ummi,kalau saudara nak pakai seluar bawah pusat x salah,tetapi pakailah baju labuh yang dikira yakin tutup aurat semasa rukuk @ sujud...
P/s: nk pakai apepun xpe dan bagaimana caranya adalah terpulang… Asalkan dapat menutup batas-batas aurat yang telah ditetapkan di dalam sembahyang. Hatta, jika bersembahyang dengan tidak memakai baju… Hanya pakai kain pelikat – Dengan menutup anggota aurat asasi sahaja – ia sudah dikira sah sembahyangnya! Walaupun sah sembahyangnya, tetapi dari segi adab antara makhluk dan al-Khaliq dikira sebagai sangat tidak patut.
Sharing is caring:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...