Tuesday, August 2, 2011

1st time puasa+breastfeeding dibantu oleh KURMA

السـَّلامُ عـَـلـَـيـْـكـُـمْ
Salam dear.. harini ummi macam penat sikit.. Entahla,maybe bangun sahur pagi tadi tak makan nasi, juz sandwich peanut butter+air nestum +kurma.  Tapi masih bertahan..Alhamdulillah..coz xlapar,cuma tekak rase haus je. Xpela as long as production susu x merudum utk ank ummi minum nanti.. Susu yang dipump kul 10am tadi Alhamdulillah,dapatlah 6Oz even lau bln biase ummi dapat 7-8Oz.. It's ok,puasa kn..?Air pun dehydrated dlm badan ni..

As usual, belah kanan lagi banyak..;)
Tapi betullah orang cakap kurma adalah serat yang baik.. Ummi lau sahur x makan kurma memang dehydration sangat. Letih semacam je..macam xmakan sahur.

Meh sini ummi share sket sal khasiat kurma:
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Diserap Serta-merta: Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.


 So,ummi nasihatkan pada all muslim especially BF mums, lau xlalu makan nasi or makanan berat2,bolehla diganti dengan kurma supaya badan anda sentiasa bertenaga walaupun berpuasa...:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...