Monday, November 28, 2011

Pahala seorang isteri solehah..

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Barakallahu lakum..
 Isteri adalah ketua pentadbir di dalam rumah, dalam erti memberi sumbangan yang amat besar dalam melayan keperluan suami sama ada keperluan zahir mahupun batin. Isteri yang mengetahui hakikat ini akan bertindak bijak dengan mengerahkan segala daya dan upaya untuk megabdikan dirinya kepada suami, berbuat baik dan melayan suami, demi untuk memperolehi cinta yang tulus dari suami yang dikasihinya.
Bermulanya 12 Rabiul awwal 1431H(Maulidurrasul) ummi & abi  diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Alhamdulillah..Tetapi mampukah ummi menjadi isteri solehah buat abi? Menguruskan rumah..menjaga anak-anak yang diamanahkan..di samping kerjaya ummi yang ALLAH tetapkan untuk bertugas di Universiti Malaya..?? Hmm..lau fikir penat, letih, tak berdaya..rasanya semuanya takkan berjalan dengan lancar dan sukarela. Abi selalu berpesan, buatlah kerja kerana Allah..sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, niatkan di dalam hati dan senyummmm..
Ni cenyum ke sengihh..hehe

Ummi tidak dapat menilai samada ummi seorang isteri yang solehah atau tidak kerana hakimnya adalah ALLAH. Tapi cukuplah sekadar suami redha dan bahagia dan senang hati. Kalau ummi buat sesuatu perkara, ummi akan tanya abi..ok x abi?sedap tak abi?cantik tak abi?hehe.. Kadang-kadang sampai abi maleh nak jawap dh, sekadar menjawap "ikut suka ummila..abi ok jer.." Syukur Alhamdulillah abi seorang yang  tak memilih sangat. Bagi ummi, semua wanita ingin jadi isteri solehah buat kekanda masing-masing kn..? Untuk membakar semangat wanita-wanita yang solehah semua.. Ummi nak share sket ganjaran di samping membahagiakan rumahtangga(reference:hadis-hadis Rasulullah).Moga kita dapat menjadikan rumahtangga kita harmoni dan rumah kita syurga kita..senyumm..dan senyum lagi..:))

Layan suami dengan baik dapat pahala jihad
Rasulullah menyebut dalam hadith bahawa apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik maka dia memperolehi pahala jihad.
Jihad adalah sebuah amalan yang paling besar di dalam islam. Tidak ada pahala yang lebih melainkan pahala jihad. Orang yang mati di dalam berjihad adalah mati syahid, tidak melalui zaman perhisaban, melainkan terus masuk ke dalam syurga.
Menjaga adab rumah tangga
Rasulullah menyebutkan bahawa mana-mana wanita yang menyebabkan suami keluar ke jalan Allah dan menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dahulu dari suaminya. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang kuda yang dibuat dari permata yagut.
Demikian hebatnya pahala menggalakkan suami pergi berjihad, disamping mendapat pujian dari suami, juga akan masuk syurga lebih dari suaminya, dan akan mengetuai ribuan malaikat dan bidadari. Sungguh mulia kedudukan wanita yang solehah.

Menjaga solat dan mentaati suami
Rasulullah menyebutkan bahawa wanita yang menjaga solatnya, puasa dan taat pada suami, Allah izinkan dia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka. Bayangkan, betapa indahnya menjadi isteri yang solehah, yang diizinkan oleh Allah masuk syurga dari pintu mana sahaja yang ia suka. Satu bentuk penghormatan yang diberikan Allah kepada kaum wanita kerana ketaatan mereka kepada suami.
Melayan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solatRasulullah mengatakan, kalau isteri layan suami tanpa khianat dia dapat pahala 12 tahun solat. Pahala sebegini banyak tentulah menunjukkan kasih sayang Allah kepada wanita yang melayan suami dengan ikhlas tanpa khianat sedikitpun, sama ada semasa suaminya di rumah mahupun di luar rumah.Picit suami
Sabda Rasulullah bahawa wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 lapis emas dan wanita yang picit suami bila disuruh dapat pahala 7 lapis perak.
Memicit suami apabila ketika suami baru pulang dari pejabat dan tentunya sangat letih, maka ketika itu terasa nikmat tangan isteri yang memicit kaki suaminya dengan penuh kasih mesra dan kasih sayang. Wajarlah kalau Allah memberikan pahala yang cukup besar kepada wanita yang dengan ikhlas memicit kaki suaminya.
Mendapat keredhaan suami
Wanita yang meninggal dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga. Demikian janji Rasulullah kepada kita, yakni mana-mana perempuan yang taatkan suaminya, patuh dan setia, apabila meninggal dunia dan suami meredhainya, maka ia dijamin syurga.

teka siapakah ini??;)


Isteri yang melihat suami dengan pandangan sayang
Isteri yang lihat suami dengan kasih-sayang dan suami yang lihat isteri dengan kasih-sayang maka Allah pandang dengan penuh rahmat.
Pandangan kasih seorang isteri kepada suaminya dan begitu pula sebaliknya, merupakan pahala di sisi Allah. Oleh itu lama seorang isteri memandang wajah suaminya dengan kasih sayang dan lemah lembut, semakin besar rahmat Allah akan turun kepadanya.

Meredakan kemarahan suami dapat separuh pahala jihad
Jika suami datang dengan kemarahan tetapi isteri layan dengan baik dapat separuh pahala jihad.Kemarahan suami adalah kemarahan yang boleh mencetuskan kerenggangan di dalam rumahtangga. Oleh itu kemampuan isteri meredakan kemarahan suami merupakan karya besar bagi membunuh sifat iblis yangsedang menguasai suami, sehingga Allah menjanjikan separuh pahala jihad bagi isteri yang layan suami walaupun suaminya sedang marah.
RUMAH ITU SYURGA ISTERI….
“…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan kesetiaan seorang isteri terhadap Allah dan suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau keluhan…”
KELEBIHAN ISTERI…
Melayan suaminya dijamin masuk syurga tanpa hisab dan
mengikut pintu yang disukai.
Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud…
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa bulan ramadhan,menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka mengikut pilihannya.”
“ Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka diakhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratul..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...