Tuesday, November 29, 2011

Alamak..lau uzur,cmner nak alihkan Al-Quran?

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Barakallahulakum. Para muslimah seringkali keliru tentang hukum memegang al-Quran ketika didatangi haid. Hmm..ummi dahulunya pun begitu sampaikan lau tidak berhadas/berwuduk, ummi sentuh berlapikkan tisu/kain untuk mengalih/meninggikan sikit Al-Quran. Niat ummi adalah kerana ummi rasa ummi tak suci untuk memegang kitab suci tersebut. Namun apabila bertanya pada abi..Abi sedikit kecewa. Bagi abi,adakah Al-Quran itu jijik@kotor hingga nak berlapik? Menghormati Al-Quran ada caranya tapi jangan silap cara. Apa pandangan org kafir jika melihat kita berbuat demikian?? Tiada hadis @ nas Al-Quran yang mengatakan wanita haid haram menyentuh Al-Quran padahal Al-Quran rujukan/panduan hidup kita tidak kira di mana pun kita berada dan bagaimana pun situasi kita.. Cara menghormati Al-Quran adalah biarkan dahulu Al-Quran tersebut dan trus ambil wuduk/mandi hadas. Seterusnya alihkannya tanpa was-was:). Lainlah jika dalam keadaan mudarat jika kita tidak segera angkat/alih, Al-Quran tersebut hampir terbakar atau jatuh dijalanraya..







So, setelah membuat sedikit research, ummi dapatlah kongsikan bersama hukum sebenar wanita haid dan Al-Quran.
Umumnya terdapat dua pendapat, yang pertama mengatakan tidak boleh manakala yang kedua berkata boleh.
Pendapat yang pertama merujuk kepada firman Allah:
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci. [al-Waqiah 56:79]

Ayat al-Qur’an yang dijadikan rujukan oleh pendapat pertama adalah tidak tepat untuk dijadikan hujah kerana perkataan al-Mutatahharun sebenarnya merujuk kepada para malaikat sebagaimana yang boleh dilihat daripada keseluruhan ayat yang berkaitan:

Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. [al-Waqiah 56:77-80][2]

Berkata Ibnu Abbas radhiallahu 'anh, ayat “fii Kitabim-maknun” bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci.[3]

Justeru keseluruhan ayat sebenarnya menerangkan tentang kitab al-Qur’an yang sebelum ini tersimpan dalam al-Lauh al-Mahfuz, di sana ia tidak disentuh oleh sesiapa kecuali para malaikat sehinggalah ia diturunkan ke bumi kepada manusia.

Hadis yang dijadikan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Taharun yang bererti suci adalah satu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz Mushtarak) dan mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut.



Pendapat kedua merujuk pada  sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.[1]
Perkataan suci dalam hadis di atas boleh bererti suci daripada najis seperti tahi dan air kencing. Boleh juga bererti suci daripada hadas besar seperti haid dan junub, dan suci daripada hadas kecil yakni seseorang yang dalam keadaan wudhu’. Ia juga boleh bererti suci dari sudut akidah sepertimana firman Allah terhadap orang-orang musyrik:
Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis. [al-Taubah 9:28]

Oleh itu perlu dicari maksud sebenar kepada perkataan suci dalam hadis di atas. Salah satu caranya ialah dengan mengkaji keseluruhan hadis di mana ia sebenarnya adalah sepucuk surat yang dihantar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada seorang sahabat di Yaman. Pada saat itu Yaman adalah sebuah wilayah yang penduduknya masih terdiri daripada campuran orang bukan Islam dan Islam, justeru kemungkinan yang besar adalah surat tersebut bertujuan melarang al-Qur’an daripada disentuh oleh orang bukan Islam.

Himpunan antara asal usul hadis dan rujukan al-Qur’an kepada orang musyrik sebagai najis dapat mengarah kepada satu petunjuk yang tepat bahawa erti suci dalam hadis di atas sebenarnya merujuk kepada orang Islam. Justeru keseluruhan hadis sebenarnya melarang orang-orang bukan Islam daripada memegang kitab atau mushaf al-Qur’an.


Kesimpulannya, antara dua pendapat di atas, yang lebih tepat adalah pendapat kedua yang membolehkan seorang wanita yang sedang haid untuk memegang al-Qur’an.Bagi ummi, hormatilah Al-Quran dengan mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum menyentuhnya kerana menyentuh Al-Quran tanpa wuduk adalah antara dosa-dosa kecil..

Iklan: Buang sampah merata-rata pun antara dosa-dosa kecil. Apa salahnya buang ke dalam tong sampah yang disediakan? Bermula dosa kecillah terjadinya dosa besar..
Anda buat, anda dapat...Selamat beramal:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...