Wednesday, August 10, 2011

Rindunyerr pada Rasulullah...

السـَّلامُ عـَـلـَـيـْـكـُـمْ

Selawat ke atas junjungan Rasul Kita, Nabi Muhammad SAW... Bulan mulia ini terasa rindu buat kekasih ALLAH yang dikasihi ini. Rasullullah contoh teladan yang amat baik. Terlalu perfect..
Ummi nak kongsi sket kisah Rasulullah yang amat ummi kasihi..terharu sangat,Ni baru sket.. Lau baca kisah Rasulullah sepanjang hidup baginda, betapa terharunya kita mengetahui kemuliaan hati kekasih ALLAH ini... Nanti ummi sharing2 lg ye..:) Kisah2 baginda ini patut dicontohi dan diteladani...
1) Kalau ada  pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya  sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya.  Beliau juga memerah susu
kambing untuk  keperluan
keluarga mahupun untuk  dijual.


2)  Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum  baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur.  Sayidatina
'Aisyah menceritakan  'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu  membantu
urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai  sembahyang.'


4) Pernah baginda  pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda  teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya  tiada apa pun yang
ada untuk sarapan.  Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina  'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah  yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah,  'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku  puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut  wajah baginda.


5) Sebaliknya  baginda sangat marah tatkala
melihat  seorang suami sedang
memukul isterinya.  Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul  isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan  agak gementar,
'Isteriku sangat  keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia  tetap degil juga, jadi
aku pukul lah  dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,'  sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan  mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan  ibu kepada
anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik  lelaki
adalah yang paling  baik,kasih
dan lemah lembut terhadap  isterinya.' Prihatin,
sabar dan  tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua  keluarga langsung
tidak sedikitpun  menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin  umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam  solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun  ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup  seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser  antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda  itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah  tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan  segar.'


'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di  tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.  Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti  sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar  baginda.
Batu-batu kecil itulah yang  menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap  kali
bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan  lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak  para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.  Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai  pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku  kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan  di
Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung  sedikitpun
makan di sebelah  seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan  kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain  rida'nya
direntap dengan kasar  oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas  merah di
lehernya. Dan dengan penuh  rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang  dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan  itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH  swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw  menolak
sama sekali rasa ke  tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari  ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain,  ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka  seluas-luasnya
untuk baginda,  baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu  sepi malam hari,
terus-menerus  beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh  lantaran kakinya
sudah  bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah  tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya  yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina  'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau  masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah,  bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi  hamba-Nya
yang bersyukur.'

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH  PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT"
sumber: Uncle Google n Rahsia Perkahwinan..Syukran Jazilan

2 comments:

Dzarief Zuhdi said...

Nice entry.. Suka baca sirah2 Nabi..:D
Happi blogging..

Ezreen Fara / Muhd Salim said...

Hepy blogging too...TQ,Ummi pn suker bc sirah nabi ni.. Boleh diteladani kn..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...