Wednesday, August 24, 2011

BF mom..



Barakallahu lakum.

BREASTFEEDING...Itulah impian ummi sebaik mengandungkan Wafa Sofea...
Ditambah pula banyak ayat Al-Quran & hadis yang menyarankan penyusuan susu ibu.

Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 14 :
Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Firman allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 233:
Maksudnya : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu".

Imam As-Syafie berkata
"Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan".

Kelebihan menyusukan anak :
Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.
Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Gigih ummi kumpul duit untuk membeli
Medela freestyle breastpump. The best breastpump in the world. I love it..:)
Masa ummi beli harganya RM1600+. Tapi sekarang maybe dah murah sikit.. Bagi yang tak mampu beli, manual pump pun dah memadai. Ummi pun sebelum beli Medela ummi dah try beberapa jenis pump seperti Battery operated pump Pureen, & Pam manual ANAKKU. Tapi tak sesuai dengan ummi, keluar sikit je susu padahal bila ummi perah guna tangan banyak pulak. Then guna Medela memang mencurah-curah..Alhamdulillah..

Ummi start pumping session masa ummi start bekerja. Sepanjang ummi berpantang & bersama Wafa Sofea ummi langsung tak buat stok..huhu. Memang silap ummi tak buat stok dari awal, that's y now ummi gigih kais pagi makan pagi untuk feeding keesokannya untuk wafa..huhuhu..Adalah pump jugak tapi hanya untuk mengurangkan bengkak susu je..Buat stok pun if ummi nak pegi belajar memandu(Ummi cuti confinement 3bulan,sebulan tu sempat gi blajar memandu keta tau..hehe). That's all. Selebihnya ummi direct feeding je.. Direct feeding best.. Ummi boleh belai & sembang2 dengan wafa..macam bagi botol tak boleh sembang kan..hehe.

So, sekarang ummi menjadi pengepam tegar di ofis & di lab. Kalau gi kursus, orang lain bawak file je, ummi dengan beg besar dalamnya ada pump n cooler beg lagi.huhu..Time rehat berkejar-kejar pegi surau untuk solat & terus pam.tapi ummi bangga & terharu jika ada makcik2/kakak2 yang memahami tanya ummi.."Bagi anak susu badan ke..?" Sambil tersenyum, ummi jawap "A'ah...susu badan". Diorang selalu akan cakap "Bagusnya awak...lagipun susu badan untuk anak sihat kan?". Alhamdulillah..setakat ni ummi tak pernah lagi berdepan dengan orang yang condemn susu ibu ni..Kalau kat ofis, ummi pam kat meja ummi je...senang. Alhamdulillah..bos ummi, prof, pegawai sains n staf-staf kat dalam jabatan ummi support breasfeeding. Kalau ummi ngah pumping, tiba-tiba ada prof/Dr. or students hantar samples or nak jumpa ummi, staf-staf yang tahu ummi tengah pam akan cakap: "xpe Reen, akak tolong cover". Ummi bersyukur sangat...


Ni sesi mengepam ummi di ofis. Kalau perasan, botol besar belah kanan & botol kecil belah kiri. Bermaksud hasil belah kanan lebih banyak, kadang2 sampai melimpah. Tapi belah kiri paling banyak pun 3 Oz. Ini disebabkan Wafa Sofea suka minum belah kanan.huhu...So, stimulating belah kanan lebih.
Alhamdulillah...rezeki Wafa Sofea..
Susu yang dipam di ofis ummi akan simpan di dalam fridge ofis. Then nak bawak balik rumah ummi letak dalam cooler bag. Dah sampai rumah trus masukkan dalam fridge. Sebelum tu ummi nak ingatkan selepas pam susu dalam botol, pastikan kita label tarikh & masa kita pam susu bagi mengelakkan susu-susu di dalam freezer dapat digunakan sebelum tarikh luput(sebelum 3bulan)..

**Oh ya, jika kita nak campurkan susu yang dipam pada masa berlainan, make sure dalam tempoh 24jam & suhu susu sama ye. Contohnya, pukul 9am ummi pam dapat 3 Oz, then kul 12noon ummi pam dapat 3 OZ lg. So, ummi simpan kedua-dua botol dalam fridge lbh kurang 1/2 jam untuk samakan suhunya, baru ummi campurkan kedua-duanya jadi= 6 Oz..


Ni cara penyimpanan EBM(Expressed Breast Milk).
Tapi ummi's rules=3 rules
Dalam bilik/suhu bilik=3 jam
Dalam fridge=3hari
Dalam freezer=3 bulan
Easy to remember right?

Cara cairkankan susu WAFA SOFEA
~Kalau EBM yang beku(dalam freezer/peti beku), ummi akan keluarkan siap-siap transfer masuk fridge(peti sejuk)sebelum masuk tidur untyuk dicairkan semalaman.. Make sure pilih botol yang bertarikh paling lama. Esok pagi insyaALLAH susu dah cair. Atau kalau ummi tidur lewat & takut susu tak sempat cair, ummi rendam dalam bekas berisi air dan terus masukkan dalam fridge. Yang ni confirm susu akan cair esoknya..

Pengendalian susu WAFA SOFEA

1. Botol susu Wafa di tag dari No. 1-5
   ( 3 Oz @ 4 Oz diisi setiap botol)
2. Bagi susu ikut turutan No.1-5
   (sebab No. 1-3=frozen milk, 4&5=fresh milk..So,if no.5 xdigunakan, still boleh simpan
untuk keesokan hari)
3.Bagi susu pada Wafa setiap 2 atau 3 jam
   (tapi kalau dia still lapar, bagi je..Yang penting mesti habiskan susu no.1-4)
Cara panaskan susu
4. Keluarkan susu dari fridge untuk panaskan.
   (Susu tu akan ada 2 lapisan foremilk-cair & hindmilk-pekat. So, sebelum panaskan kita mesti goyangkan botol tu dulu untuk sebatikan susu. Jangan goyang terlalu kuat macam goyang susu tepung. Nanti hilang zatnya. Goyang manja gitu)

5.Isikan air dalam warmer & masukkan botol dalam warmer dan setkan suhu 1 1/2(warmer)= 37 C.
6. Rasa susu samaada panas @ suam sebelum bagi wafa minum.
Note:
7. Susu yang wafa belum minum tapi dah dikeluarkan dari fridge perlu dihabiskan dalam 3-4jam.
8. Susu yang wafa dah minum tapi tak habis time tu perlu dihabiskan dalam masa 1jam selepas tu.
9. Susu frozen yang dah dicairkan perlu habiskan dalam masa 24jam.
AMARAN KERAS !!!
- JANGAN cairkan EBM beku dalam suhu bilik.
- JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan EBM beku kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
- JANGAN masak EBM beku di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
- Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
- Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula.
TIPS
- Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
- Pangku bayi anda ketika memberi EBM
- Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman.
- Sesudah minum, BURP kan bayi anda.

Cara ummi senang je...Ummi buat poster note & tampal kat fridge & bagi kat baby sitter wafa untuk dia tampal kat fridge dia jugak..:) Untuk maklumat semua, ummi sediakan warmer untuk babysitter(mama wafa). So, senang mama nak panaskan susu wafa, tidak perlu memanaskan air semata-mata untuk merendam susu.
Penggunaan warmer amat digalakkan kerana suhu boleh di set pada suhu 37 C. Suhu melebihi 40 C boleh merosakkan nutrient.


Ni warmer yang ummi guna..Jenama Tommee Tippee..
Suhu 37 C = ummi setkan pada laras 1 1/2 (suam)
Sharing is caring..Sape nak,bolehla mintak kat comments ye..Nanti ummi bagi izin right click..:)

Nota ummi:
Sambil pumping, kita boleh berselawat, membaca Al-Quran serta membaca buku ilmiah. Selalulah berdoa kepada ALLAH agar dimurahkan rezeki anak & dipermudahkan urusan menyusukan anak sehingga dia berusia 2 tahun..Moga anak kita menjadi anak soleh-solehah & diberkati ALLAH..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...